NOORDIN TOP SEBAR FAHAMAN WAHABI

KUALA LUMPUR – Pengganas yang paling dikehendaki, Noordin Mohamed Top, dipercayai antara pihak bertanggungjawab menyemai fahaman Wahabi radikal yang membentuk rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) di Malaysia, melalui ajaran guru agama Indonesia, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir.

Abdullah merupakan pengasas JI Indonesia dan Abu Bakar pula adalah penggantinya selepas Abdullah meninggal dunia. Noordin pula yang merupakan anak murid Abu Bakar bertindak sebagai Operatif Kanan JI, lapor akhbar Utusan Malaysia semalam. Noordin yang mengenali Abdullah dan Abu Bakar semasa menuntut dengan Abu Bakar di Serting, Negeri Sembilan, dipercayai telah membantu kedua-duanya melarikan diri ke Malaysia daripada tahanan pihak berkuasa Indonesia yang ketika itu diperintah oleh Presiden Suharto.

Sumber-sumber perisikan memberitahu akhbar itu bahawa pada awalnya Abdullah dan Abu Bakar dikesan menyampaikan fahaman tersebut secara sembunyi-sembunyi kepada masyarakat di sebuah surau di Banting, Selangor semasa mengajar kelas agama. Mereka juga mengajar di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung dan pada masa sama mengumpul keahlian JI Malaysia. ‘

Abdullah dan Abu Bakar kemudian membuka sebuah madrasah agama rendah di Ulu Tiram, Johor, pada awal 90-an dan membawa guru-guru agama dari Indonesia sebagai tenaga pengajar. ‘Murid-murid di madrasah tersebut pula dikesan merupakan anak-anak anggota JI Malaysia yang datang dari serata Semenanjung,’ kata sumber itu.

Akhbar Mingguan Malaysia kelmarin mendedahkan perkembangan fahaman Wahabi yang mengetepikan amalan Sunah Waljamaah yang diamalkan di negara ini sejak turun-temurun. Aliran itu, menurut laporan itu, kini semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda. Sumber itu menambah, selepas beberapa ketika, Noordin yang juga anggota JI dilantik menjadi pengetua di madrasah tersebut. – Utusan Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: