Pandangan ulamak-ulamak Mazhab Syafie

 

Saya sertakan pandangan ulamak-ulamak Mazhab Syafie untuk dikongsi bersama…

“Sampai pahala dan usaha mereka yang masih hidup kepada mereka yang sudah meninggal dunia.”

MAZHAB SYAFI’E

(1)Syekhul Islam Zakaria Al Anshory – seorang yang diakui sebagai Al-Abdal di zamannya. Beliau menyebut didalam Syarh Ar Raudh (Asnal Matholib) pada Kitab al Ijarah : ” (furu’) Mengupahkan bacaan Quran (dengan bayaran) diatas kubur dimasa yang tertentu, atau dengan kadar (bayaran) yang ma’lum maka adalah Harus .Kerana

(1) mengambil manfaat dengan sebab turun rahmat ketika dibaca Quran ,berdasarkan Qias pada pengupahan azan dan mengajar Quran . Adalah orang yang mati sama seperti orang hidup yang hadir (sekarang), samaada diiringkan selepas membaca Quran tersebut oleh bacaan doa atau tiada ,samaada dijadikan (diberikan) pahala bacaan tersebut kepada nya (simati) atau tiada, nescaya kembalilah (dapat) manfaat Quran tersebut kepada simati.

(2) Kerana bahawasanya doa’ berhubung (sampai) kepada si mati, padahal doa’ (yang dibacakan) selepas membaca Quran (untuk simati) lebih hampir (harapan ) diperkenankan dan lebih berkat.

(3) dan kerana bahawasanya apabila dijadikan (diberikan ) pahala yang hasil dengan sebab bacaan Quran yaitu didoakan(pahala bacaan tersebut diberikan) untuk mayyit,maka dapat manfaat mayyit tersebut. Berkenaan perkataan Imam Syafiey yang mengatakan’ tidak sampai bacaan kepada mayyit’, adalah diihtimal kan (dimaksudkan) atas jalan (cara) yang selain tersebut (ya’ni tidak berdekatan mayyit , tidak diberikan pahala kepada mayyit dan tidak diiringi dengan doa’) .

Bahkan ,berkata Imam Subky ,mengikut Ibnu Rifa’h selepas beliau (Ibnu Rif’ah) mengihtimalkan pendapat yang mengatakan ‘tak sampai’ adalah ditujukan kepada masaalah berniat(atau tidak) si pembaca, selain itu ada lagi bentuk pahala bacaan sampai kepada mayyit tanpa melalui doa,bahkan bahawasa(yaitu)beristidlal dengan jalan (cara) istinbath pada hadis( ya’ni hadis riwayat Bukhry berkenaan jampi dengan ayat al fatihah pada seorang sahabat yang disengat kala). Bahawa AlQuran ,apabila diqosodkan (diniatkan) oleh seseorang dengan bacaannya (untuk)memberi manfaat bagi orang mati , nescaya memberi manfa’atlah ia. Kerana telah sabit (pada hadis sahih) bahawa orang yang membaca (Quran) berniat dengan bacaannya untuk manfaat orang yang disengat kala,lalu memberi manfa,at lah bacaan tersebut .Dan telah mengakui oleh Nabi saw perkara tersebut dengan sabda baginda:”Wa ma yud riika innaha ruq ya tun”. Apa yang menunjukki dikau pada bahawa Ia (bacaan al fatihah)itu adalah satujampian?”. Bilamana boleh memberi manf’aat bacaan kepada orang yang hidup dengan adanya Qosod (niat), maka memberi manfaat bacaan untuk simati adalah lebih utama. Kerana boleh berlaku gantian-gantian ibadat pada orang yang mati tanpa perlu izin ,tidaklah sebagaimana pada orang yang masih hidup ,(tak boleh sekali-sekali diganti-ganti orang lain melakukannya).

[Ulasan : Pada paragraf akhir ini, bermaksud berlaku Qiyas Aulawy atas Hadis sohih tersebut menunjukkan berlaku manfaat bacaan pada si hidup yang kebiasaannya perlu keizinan untuk dibacakan pun berlaku, maka adalah berlaku manfa’at pada si mati adalah terlebih utama berlakunya,lantaran bacaan lebih bebas dibaca tanpa perlu adanya keizinan. Jika dikatakan tak ada dalam hadis tersebut Rasulullah saw kata “redho” atau “boleh baca” ?.Maka dijawab, Istifham yang Rasulullah saw sebut pada hadis itu adalah IstifhamTaqriry, bukan Istifham Inkaary, kalau ada orang kata istifham inkaary pada hadis tersebut, maka dipersilakan kepadanya datangkan dalil. Lagi pula Ada Qorinah redho Rasulullah saw dengan ketawa Baginda dan Rasullah saw tak komen apa-apa pun, samaada dalam bentuk isyarat atau ima’ atau sebarang dilalah yang menunjukkan larangan . Inilah maksud qo’idah “Assukut alar ridho (diam itu tanda setuju),bahkan Rasulullah bersabda “Asob tum” maknanya kamu betul “. Kalau ada pula orang yang berkata hadis tersebut mengisahkan perkara jampian dan tak sah berqiyas dengan hadis ini pada menunjukkan bermanfaat mayyit dengan bacaan yang hidup ,juga dipersila datangkan bukti tak sahnya berQiyas].

(2) Syekh Ramly: Beliau berkata dalam kitab Nihayah syarh Al Minhaj pada bab Al Wa shooyaa: Bahawasanya berdoa dengan sampainya bacaan untuk orang mati adalah diterima dengan putus (tiada khilaf). Seterusnya beliau menukilkan kata Ibnu Sholah : “Seyugianya putus (jazam tanpa ada perbahasan lagi ) bermanfaatnya ,dengan berkata (doa’) oleh yang membaca itu (dengan doa): ‘Allahumma au shil sawaa ba maa qara, naahu’ Wahai Allah ,sampaikanlah pahala perkara yang telah kami baca kepada Nya (simayyit)”.{Ulasan : Jikalau ada orang yang berkata perkataan Ibnu Sholah ini tak betul ,tak ada dalilnya, maka di jawab: Dalil perkataan Ibnu Sholah itu adalah ‘ain’ dalil -dalil harus berdoa’ untuk mayyit. Jika dikatakan macamana pulak?. Jawabnya: Perkataan Ibnu Sholah tersebut adalah salah satu afrad doa-doa untuk mayyit. Maka tidak adalah helah lagi bagi mereka yang kontra ,dengan mengatakan pada contoh doa’ Ibnu Sholah tersebut sebagai ‘Tidak termasuk doa untuk mayyit’. Kalau betul seperti dakwa mereka, silalah bawakkan dalil pula. Mungkin sekuat-kuat hujjah mereka ‘orang salaf tak buat macam tu’. Itu lah saja modal mereka, padahal lupa mereka pada ‘ Ijmak mengatakan doa adalah sampai’ dan yang dikatakan doa itu tidaklah semestinya mengikut lafaz warid nya. Kalau mereka kata “mesti ikut warid” ,silakanlah nyatakan dalilnya. Taklah akan mampu mereka nak membawakan hujjah lagi, lantaran lupa mereka pada dalil -dalil doa untuk mayyit adalah bersifat umum. Lagi pula ,langsung tak ada dalil samaada Nas ke, Ijmak ke ,Qiyas ke yang menunjjukkan larangan buat berlafaz begitu , maka mafhumnya menunjjukkan harusnya berlafaz begitu. Lagi pula Ibnu Sholah berkata begitu hanyalah dalam konteks pentahkikan pada harapan penerimaan amalan bacaan untuk simati . Kalaulah sekiranya tak dibuat seperti fatwa Ibnu Sholah tersebut pun, tidaklah cedera kesampaian pahala bacaan untuk mayyit. Sebab barangkali ada yang suka membaca quran terus di kubur misalnya.Maka tak perlulah dibaca seperti itu Perhatikan lah dengan sebaik-baik pemerhatian.

(3) Al Imam Nawawi : Tersebut dalam Majmuk Syarah Muhazzab , “Disunnatkan bagi orang yang menziarahi kubur bahawa membaca apa-apa yang mudah dari Al Quran dan mendoakan untuk mereka (yang mati) selepas bacaan (Quran). Telah meNashkan (ya’ni menyebut dengan terang/ jelas) oleh Imam Syafie padanya. Ashhab (juga) telah sependapat (pada masaalah ini). Menambah beliau (Imam Syafie) ditempat lain dengan katanya ‘Jika mengkhatam bacaan Quran oleh mereka (yang hidup) diatas (sisi) kubur lebih lah afdhalnya”. Dalam Riyadhussolihin pada bicara bab doa’ untuk mayyit, selepas menanamnya ,duduk disisi kuburnya sejenak , berdoa’ memohon ampun dan bacaan ,beliau menulis di akhir bab : ” Berkata Imam Syafie, rahimahu Allah taala: Disunnatkan bahawa dibacakan disisinya (mayyit) sesuatu (sedikit) daripada Quran, , dan jika mengkhatam mereka seluruh quran , adalah lebih bagus”. Berkenaan catatan Imam Nawawi didalam Kitab Syarah Muslim, yang mana beliau mencatit pendapat-pendapat ulamak selain Mazhab Syafie dan disebut juga disitu Qaul masyhur Mazhab syafie , tidak sampai pahala bacaan kepada mayyit , telah saya bahaskan pada penulisan saya sedikit masa dulu. Saya ringkaskan disini, Nawawi menyebut dalam Bab sampai pahala sembahyang ,puasa dan bacaan Quran kepada mayyit, juzuk 1 ms 90 : Beliau hanya menaqalkan pendapat -pendapat yang mengatakan sampai kepada mayyit, sembahyang untuknya, puasa,bacaan dan segala ibadat badaniah,khususnya ‘bacaan’ adalah mazhab dhoif , disebut juga dalil Imam Syafie mengatakan tak sampai berdalilkan hadis,Mati anak Adam meninggalkan 3 perkara yang bermanfaat.Ini pun tidaklah menjadi kemusykilan pada kita , sebab Nawawi mengistilahkannya sebagai Qaul masyhur. Itu istilah yang dipakai dalam Mazhab ini. Memuktamadkan sesuatu fatwa dalam mazhab ini, adalah satu perkara lain pula. Lihat kembali apa ulasan Syekhul Islam Zakaria al anshory di atas, apa ulasan beliau. Lihat lagi apa pula kata Nawawi sendiri dalam kitab beliau yang lain disini misalnya: Al Azkar: Fal Ikhtiyar an yaqula al qori ba’da qiroatihi ‘Allahumma au shil sawaba maa qaratuhu ila fulan’ , wallahu a’lam. Maka yang muktamad ,bahawa berkatalah (berdoa’) oleh yang membaca selepas bacaan nya ‘ Ya Allah sampaikan pahala apa yang telah ku bacakan kepada si fulan’,

{Ulasan : Kalimat Ikhtiyar bermakna muktamad, dalilnya Ibnu Hajar menaqalkan dalam Fatawa Hadisiyah, dengan kalimat ‘Al Mukhtar’ , ertinya muktamad yang di fatwakan. }.

(4) Al-Allamah Khatib Syarbini: Beliau menyebut dalam Al Iqna’ syarh ghoyah wat taqrib: Pada fashal Jenazah, ms,203 ,juzuk 1 ,darul fikar bairut.: “Dan di bacakan disisi mereka (mayyit) apa-apa yang mudah daripada Al quran ,kerana sesungguhnya rahmat turun pada tempat yang dibacakan Quran. Padahal mayyit adalah seperti orang yang hadir (hidup juga) yang diharapkan rahmat untuknya. Dan berdoalah untuk mayyit mengiringi (selepas) bacaan (Quran), Kerana sesungguhnya doa’ mengiringi (bacaan) Quran adalah terlebih diharap kepada ijabah(diterima).
(5) Syeikh Sulaiman Bujairimy Beliau menghasyikan Kitab Iqna’ tersebut, pada muka surat yang sama dengan katanya ” Sesungguhnya telah menaqalkan oleh Al Hafiz As Sayuthi ,bahawa jumhur salaf dan Imam-Imam yang tiga , menjalani atas sampai bacaan kepada mayyit, tetapi (bahkan) telah menyebut Al Qorafi bahawa Mazhab Malik, (menjalani kepada pendapat) ‘tidak sampai”.

{Ulasan : Berkenaan Al Qorafi ini telah kita sebutkan dulu pada bahasan Mazhab Maliki, dimana beliau juga membuat ihtimal. Al Qorafi berkata seterusnya (sambungan dari yang sudah saya nyatakan dulu), “Kerana perkara-perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan kita, dan (sebenarnya) tidaklah khilaf (pada masaalah bacaan ini) pada hukum syara’ (ya’ni pada keharusannya) , hanyalah yang khilaf itu pada yang berlaku (adakah sampai atau tidak) adakah seperti itu atau tidak. Dan sama (jugalah) dengan Tahlil yang telah berlaku adat manusia mengamalkannya oleh mereka sekarang ini, seyugianya bahawa diamalkan dia, dan yang dipegangi pada demikian itu (amalan) adalah atas limpah kurnia Tuhan .Dan dituntut limpah kurniaanNya pada tiap tiap sebab yang mumkin , dan daripada Allah taala kemurahan dan berbuat baik”.

Tersebut dalam ‘Kitab Kasfu Syubahaat An Ih daa Al Qiraah Wa saairi Qurab lil Amwat’ karangan Syekh Mahmud Hasan Rabi’, min ulama Al Azhar Syarif ., cetakan Maktabah Hijazzi ms 179, beliau menyebut; ” Khulasah Mazhab Maliki,

Dan pada ‘bacaan’ ,tiga pendapat: (1) Bahawa pahalanya muthlaq sampai . (2) Bahawa muthlaq tak sampai . (3) Bahawa sampai ,jikalau adalah bacaan disisi kubur Qaul yang kedua itulah yang Mazhabnya, tetapi Qaul yang yang pertama telah memfatwa oleh Ibnu Rushd dan menjalani padanya oleh kebanyakkan amalan (ahli Mazhab Maliki).

Hasil kesimpulannya ,bahawa ‘Bacaan’ baginya beberapa surah (gambaran): {Pertama}: Bahawa berdoa (pembaca) dengan menyampaikan pahala (kepada mayyit) selepas bacaan, Ini ,menurut Pengarang Kitab Al Madkhal (Allamah Ibnu Al Haj) , ‘tiada khilaf padanya’.

{Kedua}:Bahawa berniatlah(pembaca)menyampaikan, pahala (bacaan) sebelum membacanya lagi atau serentak (niat dengan) bacaan,maka sampai pahala pada surah (bentuk masaalah)ini disisi Muhakkikiin.

{Ketiga}: Bahawa berniat (pembaca ,bacaannya sebagai) menggantikan (bacaan) mayyit.Maka yang Sohih, bahawa tidaklah bermanfaat mayyit dengannya.

{Keempat}: Bahawa tidak berniat menyampaikan pahala dan tidak juga meniatkan menggantikan, semenjak dari permulaan bacaan, bahkan tidak juga berniat selepas bacaan (dibacakan) , ataupun hanya berkata ‘Aku Hadiahkan’ sahaja tanpa berdoa , maka takkan lah berpindah pula pahala kepada mayyit.

{Kelima} Bahawa membaca pembaca disisi kubur , sekalipun tidak berniat (menyampaikan pahala kepada mayyit) ,maka bermanfaat mayyit , sebagaimana bermanfaatnya tasbih pelepah tamar yang basah (yang pada hadis sohih tersebut dulu). Bilamana engkau mengetahui (keadaan ) ini. Nyatalah bagi engkau bahawa (khilaf) tiga pendapat (yang berlaku dalam Mazhab ini) ,hanyalah berlaku pada gambaran kedua dan kelima sahaja.

Maka: Pendapat yang pertama ,(bermaksud) sampai pahala pada gambaran kedua dan kelima. Pendapat yang kedua (bermaksud) tidak sampai pada gambaran kedua dan kelima. Pendapat yang ketiga (bermaksud) sampai hanya pada gambaran kelima , tapi sebaliknya pula tak sampai pada gambaran kedua”. Seterusnya Syekh Sulaiman Al Bujairimy ini menambahkan lagi bahasnya: Beliau berkata: di muka surat yang sama,: “Dan adapun ayat ‘ Dan tiadalah bagi seseorang manusia ,melainkan perkara yang ia usahakan’. Surah An Najmi ayat 39 ,maka adalah ayat yang ‘aam’, yang (telah) ‘ditakhsiskan’ dengan (dalil) Ijmak dan lainnya. Kata sebahagian ulamak ‘mansukh’. Yang aula( ya’ni bahas mansukh pada ayat tersebut ) bahawa dikatakan ‘ia’ adalah Syariat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, (berdalilkan ) firman Allah taala: S. AnNajmy ,ayat 36,37 dan 38. Bermaksud:” Adakah tidak pernah di beritakan dengan perkara yang didalam Suhuf Musa dan Ibraahim yang …….al aayah.

Padahal (sabit satu qoidah yaitu) ‘ Syariat’ sebelum kita , bukan syariat kita’ ; ‘Syar u’n min qablina laisa syar’an lanaa’. Sepertimana bermanfaat mayyit dengan sebab yang tersebut (telah terdahulu bahasannya),bermanfaat(juga) orang yang bersedekah dan yang berdoa’,dan hasillah (dapat) kepada mayyit pahala bacaan apabila berniat (pembaca) atau membacanya disisi kubur atau berdoa’ selepasnya. Kemudian, tempat (berlaku) khilaf pendapat (ya’ani fokusnya) ialah sekira-sekira (pembaca) tidak mengtakhrijkannya pada tempat takhrij doa’ seumpama berkata:”Wahai Allah jadikanlah pahala bacaanku untuk si fulan”.(sebaliknya jika dibuat begitu ) maka adalah Ijmak (sampainya) seperti yang telah menyebutkan (oleh lbnul Hajj ) dalam (kitab beliau) AlMadkhal. Beliau menaqalkan lagi bahasan ayat Surah AnNajmi dimuka surat yang sama , catatan Tafsir Khazin : Berkata Ibnu Abbas “Ini (adalah ayat) yang dimansukhkan hukumnya pada syariat dengan Firman Allah taala pada ayat S.Athuur, ayat 21. ‘ Dan kami hubungkan mereka (yang telah mati) dengan zuriyyat -zuriyyat mereka”. Maka memasukkan kesyurga anak-anak dengan sebab kebaikan bapa-bapa.

Berkenaan Sembahyang ,beliau menjelaskan: “Adapun sembahyang ,maka yang (muktamad) raajih, bahawa tiada (boleh) seseorang menjadikan pahalanya (sembahyang) atau sejuzuk pahala (sembahyang) untuk orang lain.Jikalau seseorang buatjuga begitu,tidaklah berhasil(dapat) sedikitpun pada (mayyit)yang diberikan (pahala tersebut).

{Ulasan : Adapun masaalah sembahyang yang ditinggallkan oleh mayyit, qaul yang mu’tamad dalam Mazhab Syafie adalah seperti yang dinyatakan oleh Syekh Bujairimy diatas. Terdapat juga pendapat yang membolehkan mengQadha sembahyang untuk mayyit, seperti yang dinaqalkan daripada Imam Subky satu qaul daripada Imam Syafie.Tapi bukanlah maksud kita nak memanjangkan bahas yang lebih jauh, sebab perbahasan kita hanyalah sekitar bacaan wirid yang dibaca dalam majlis tahlil arwah sahaja.}

Berkenaan sedekah ,beliau menyebut dalil hadis Muslim riwayat Ibnu Abbas, tentang seorang lelaki yang kematian ibunya…..apakah bermanfaat jika aku bersedekah menggantikannya? .
Jawab baginda ‘ Ya’. Au kamaa qaal.
6) Syekhul Islam Ibnu Hajar Al Asqolany. Beliau menjelaskan masaalah mengupah Quran . Berkata dalam Fathul Baary ms, 530 juzuk 4. Pada Kitab Al Ijarah semasa menghuraikan perkataan Al Bukhary, ” Bab perkara ‘Jampian’ keatas beberapa puak Arab dengan permulaan Quran ,ya’ni Al Fatihah. “Berkata Ibnu Abbas r,anhuma daripada Nabi saw: “Perkara yang sebenar yang lebih berhak kamu ambil upahNya ialah Kitab Allah, ya’ni Al Quran “.

Ibnu Hajar mengulas: “Inilah sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh pengarang (Bukhary ) dengan sanad yang telah mengwasalkannya oleh pengarang didalam Kitab Atthib. Telah berdalil dengan(hadis ini) oleh Jumhur ulamak atas ‘Keharusan’ mengambil upah mengajar Al Quran. Khilaf pada ulamak Hanafi ,maka mereka menegah (mengambil upah) pada mengajarkan Quran ,dan (tetapi) mereka mengharuskan (mengambil) upah pada jampian sepertimana (harusnya upahan) pada ubat. Mereka (Hanafiah) berkata,kerana mengajar Quran adalah ibadat dan pahala pada(ibadat)adalah atas Allah ta’ala (Padahal) Ianya (yaitu mengajar Quran) adalah (di) Qiyas (kan) pada jampian (bahkan) tetapi mereka mengharuskan (upah) jampian kerana (berdasarkan) hadis ini (pula?). Mengihtimalkan oleh sebahagian mereka (Hanafiah) pada hadis ini kepada (maksud) pahala (bacaan saja yang tak dapat pahala,adapun pengupahan adalah harus).Padahal “ibarat” pada hadis kisah hadis (jampian tersebut) enggan (menerima) pada ta,wil ini (disebabkan tidak munasabah) . Mendakwa sebahagian mereka(Hanafiah pula)telah menasakhkannya(hadis upah mengajar ini) oleh hadis-hadis yang warid berkenaan wa’id (ancaman) keatas mereka yang mengambil upah mengajar Quran ,dan sesungguhnya telah meriwayatkannya oleh Abu Daud dan selain daripada beliau.

Ianya dikritik/dibangkang dengan (Qo’idah) bahawa mensabitkan nasakh dengan (jalan) ihtimal adalah tertolak (mardud). Dan (lagi pula) segala hadis (Wa’id tersebut) tak terdapat padanya ( hadis-hadis tersebut ) kesorihan tegahan (mengambil upah) atas (jalan) muthlaq. Bahkan yang berlaku adalah hal-hal yang diihtimalkan (dengan) ta,wil supaya muwafakat dengan segala hadis yang sohih seperti dua hadis sohih yang (terdapat) dalam bab ini. Dan (juga) semua hadis (wa’id) yang tersebut ,tak ada padanya satu hadis pun yg boleh ditegakkan (buat) berhujjah (lantaran dai’fnya), maka tiadalah boleh dikatakan) ianya berlawanan dengan hadis-hadis yang sohih .

{Ulasan : sebagaimana yang telah disebutkan pada catatan terdahulu , daripada Syekhul Islam Zakaria Al Ansory dalam kitab beliau Asnal Matholib, yaitu “Harus upahan bacaan Quran adalah berdasarkan Qiyas kepada upahan azan dan mengajar Quran” dan “Harus upahan mengajar Quran” pula adalah berdasarkan nas hadis , sebagaimana yang telah dibahaskan oleh Syekhul Islam Ibnu Hajar Al Asqalaany.

Suka juga saya nyatakan sedikit latar belakang perihal hubungan sebahagian ulamak yang nama mereka tercatit dalam perbahasan ini ,antaranya Syekhul Islam Ibn Hajar ini, mempunyai ramai murid dikalangan ulamak terbilang, antaranya ialah Syekhul Islam Zakaria Al Ansory dan Al Muhaqqiq Kamal bin Humam . Manakala S.I Zakaria Al Ansory adalah guru kepada Ibnu Hajar Al Haitimy dan Syekh Ramli . Syekh Ibnu Hajar Haitamy pula adalah guru kepada Mulla Ali Al Qoory . Manakala hubungan Hafiz As Sayuthi dengan S.I Ibnu Hajar Asqoolany pula,Hafiz As Sayuthy adalah murid kepada Sirajul Bulqiny,Sirajul Bulqiny ini pula adalah murid kepada Ibnu Mulqqin,sedangkan Sirajul Bulqiiny dan Ibnu Mulaqqin,kedua-duanya adalah diantara guru S.I Ibnu Hajar Al Asqoolany pula.

Begitulah hubung kait silsilah tradisi keilmuan yang terpelihara rapi dan cantik, sehingga mereka bertolong-tolongan , bantu membantu antara satu sama lain , mengihtimalkan Qaul-qaul yang bercangah kepada tempat yang sewajarnya. Wallaahu a’lam.

Demikianlah sedikit sedutan daripada perbahasan para ulamak berkenaan “Sampai pahala dan usaha mereka yang masih hidup kepada mereka yang sudah meninggal dunia.” Yang sempat saya catitkan serta sedikit penjelasan ala kadar yang seringkas mungkin, untuk memudahkan kefahaman kita bersama. Kesimpulanya , Hujjah-hujjah mereka yang menentang pada masaalah ini adalah tertolak jika mereka hanya beralasankan “Tidak Sampai Pahala Bacaan yang dikirimkan kepada mayyit” maka majlis Kenduri Arwah yang di lakukan adalah semata-mata membazir pula.

Setelah kita mengamat-amati sepenuh pengamatan , maka kita akan dapati daripada penjelasan Para Ulamak Mazhab tersebut ,adalah tidaklah terkeluar daripada dasar-dasar berhukum yang menjadi garisan dan panduan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , yaitu: Quran ,Hadis, Ijmak dan Qiyas yang sohih. Betapa tidaknya? Padahal merekalah diantara yang di telah dititlekan sebagai Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kalau lah mereka pun tak mengikut Quran ,Hadis, agaknya siapalah yang ikut Quran ,Hadis??}

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: