siapakah ahlus sunnah..oleh ust Uthman El-Muhammady

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah itu? Antara mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah itu ialah sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina’lFiraq nya.’-3 Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.

Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa’d Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa’id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta’til daripada perkara-perkara bid’ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra’y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas daripada berpegang kepada Qur’an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri’tikad tentang dasar-dasar agama (usulu’d-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu’tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta’til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa’at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni’mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kkepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthinan dan ‘Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma’at di belakang para imam Jumu’at bersih diri mereka daripada bid’ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu. Mereka ini juga berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari’at daripada Qur’an dan Sunnah dan ijma’ para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu’) dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut’ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di dalam perkara yan bukan ma’siat terhadap Allah.

Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi’i, Auza’i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid’ah-bid’ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang ‘sakit’, dan mereka tahu tentang sebab-sebab ‘cedera’nya para periwayat, dan ‘adil’nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali’l, Abu ‘Amru bin al-‘Ala, Sibawaih, al-Farra’, al-Akhfash, al-Asma’i, al-Mazini dan Abi ‘Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid’ah-bid’ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid’ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi.

Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur’an (qira’at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur’an dan ta’wil-ta’wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli’s Sunnah wal-Jama’ah, dan bukan ta’wil-ta’wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa’khtabaru) serta mereka mengambil i’tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu’ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan ‘ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria’ dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur’an.

Maksudnya: ‘Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar’.

Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: ‘Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami’.

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi’ar-syi’ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri’tikad tentang benarnya ulama’ Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa’d, wa’id, dan mereka merujuk kepada ulama’ Ahli’s-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama’ dalam perkara-perkara furu’ berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri’tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin.

Inilah yang dikatakan golongan Ahli’s-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian ‘Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan ‘crystallization’ daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama perbincangan ini.

Dalam membela kebenaran Ahli’s-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa:

‘Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat radiya’Llahu ‘anhum melainkan golongan Ahli’sSunnah wal-Jama’ah dari kalangan para fuqaha’ ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah’.

Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya. Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah.39

Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya bahawa para Ahli’s-Sunnah berijma’ tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama’ dan mereka mengatakan tentang peri sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri. Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta’iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i’tikad-i’tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara dharuri.

Bagi Ahli’s-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga jenis ilmu.

Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya. Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti. Kalau lanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama.

Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu’ hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir dengan ia mengingkari qiyas secara syar’i itu. Golongan Ahli’s-Sunnah menerima pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan pancaindera adalah diterima.

Golongan Ahli’s-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satujalan ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang adanya para anbiya’ dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benamya pengakuan para anbiya’tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.

Golongan Ahli’s-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya. Khabar mutawatir yang mustahil lanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan.

Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam kesaksian. Dan dengan khabarjenis inilah maka para fuqaha’menthabitkan kebanyakan daripada furu’hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu’amalat, dan lain-lain bab haial haram. Dan golongan Ahli’sSunnah menganggapkan sesat mereka yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij dan lain-lain golongan sesat.

Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti ‘dak muktasab. Dan khabar jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-khabar tentang para anbiya’. Tertnasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar. Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu’jizat-mu’jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma’ bahawa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa’at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir.

Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab zakat, had bagi yang n-dnum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma’kan oleh fuqaha’. Maka golongan Ahli’s-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak

memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut’ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka ma’rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan – dari kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahawa Allah tidak mewajibkan ma’rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahawa ma’rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma’rifatnya.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar’iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini – kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujah dalam Qur’an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rej am, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri yang mencun’ sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kahwin mut’ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka ma’rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan – dari kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahawa Allah tidak mewajibkan ma’rifat terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahawa ma’rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak termesti kepada ma’rifatnya.

Golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar’iyah adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini – kalau pada zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujjah dalam Qur’an dan Sunnah kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

(jolongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith kerana pada pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir.

Merekaj’uga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma’ dan hujjah daripada riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma’ dalam kesesatan (ijtima’al-ummah ‘ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong. Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli’s-Sunnah dalam hubungan dengan rukun yang pertama.40 –

Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii’s-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma’kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma’kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu daripada juzuk alam ini.

Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan ‘arad (pl. Jawahir dan a’arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a’arad.

Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi. Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud:

Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu.’ (Surah al-Jin;28)

Golongan Ahli’s-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.
Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli falsafah dan Mu’tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa ni’mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.

Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli’s-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan ‘arad-‘arad. Mereka menganggap kafir Mu’ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada ‘arad-‘arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.

Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahawa Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh’Arsy, dan’golongan Syihamiyah dan Karramiyah. Ahli’s-Sunnah juga berijma’ menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan.

Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Allah Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya.

Ahli’s-Sunnah juga berijma’Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada’Ali yang merupakan Khaliq yang kedua.

Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli’s Sunnah berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama’Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi. Golongan Mu’tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta’ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.

Ahli’s-Sunnah berijma’bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu’tazilah dalam hubungan dengan hal ini.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Ilmu Allah adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama’, Basar.

Golongan Ahli’-Sunnah berijma’ bahawa Sifat Sama’ dan Basar Tuhan meliputi segala yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya dan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu’tazilah.

Golongan Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahawa Iradat Allah adalah Masyi’ah atau KehendakNya; dan mereka ijma’kan bahawa KehendakNya lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan.

Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur’an dan Sunnah yang sahih.

Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli’s-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya’disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah.

Dasar kelapan berkenaan dengan mu’jizat dan karamat; mu’jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya’ diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah.

Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya.

Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib, mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya.

Dasar kesebelas tentang fana’nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa’ah.

Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu. ‘Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa’ al-Rashidin mengi ‘kut tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma’rlfat. Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.

Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya’, imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya.

Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP

Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan Ahli’s-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.

Wallahu a’lam. Wasalla’Llahu ‘ala Sayyidina Miihammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wasallam, wal-hamduli’Llahi Rabbil-‘alamin.

Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)

2 Respons to “siapakah ahlus sunnah..oleh ust Uthman El-Muhammady”

  1. rasenye mmg terjemahan dan olahan dari al farq bayna firaq miah fil miah ni, safahat awal dan penghujung m/s 300+- ke atas🙂

  2. Askum…
    memang olahan dari Al-Farq bayna al-Firaq.hamba ambil dari pada kupasan Ust Uthman El-Muhammady…kalau hamba sendiri mahu menulis amatlah daif lagi naif…

    semoga Allah membantu semua pejuang2 Agama Islam..
    Allahumma Amin..
    wslm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: