Antara Logik Aqal yg Terhad dan Realiti Ilmu Tasawwuf serta Golongan Sufi

Bismillahhirrahmanirrahim,

 

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yg Maha Agung lagi Maha Kaya dengan segala nikmat untuk dikurniakan ke atas hamba Nya. Segala pujian bagi Allah yg Maha Adil ke atas hamba Nya.

 

Catatan ini ditulis berdasarkan respons dari sahabat alfaqeh_abulaith , dan sahabat  imran86 meminta hamba memberi sedikit komen yg tak seberapa ini.

Persoalan pertama: setelah membaca artikel seperti ini..timbul pelbagai persoalan dalam fikiran saya..bukan saya nak persoalkan kebenarannya atau tidak,tetapi perkara seperti ini kadangkala melampaui logik akal yang agak susah untuk diterima bagi orang2 kebanyakan.tentang ilmu tasawwuf..ada banyak pendapat tentangnya

 

Jawapan Pertama: Sahabat, saya ingin bahagikan kepada beberapa sebab yg membuatkan minda serta logik akal kita tidak mampu untuk memahami, menerima dan mughuraikan ilmu tasawwuf serta kesannya terhadap diri manusia.

  1.  Pertama, kesan penjajahan. Penjajah berjaya menerapkan segala ideologi2 mereka di seluruh dunia Islam, agar Ummat Islam seluruhnya berfikiran seperti mereka. Lihatlah orang Islam kini, segalanya mereka mahukan sesuatu yang masuk akal fikiran mereka. Kalau membincangkan masuk akal atau tidak, cuba Tanya diri sahabat, pernahkah sahabat mendengar riwayat tentang Imam As-Syafie rahimahullah, beliau boleh mengkhatamkan Quran tiga kali satu malam, beliau boleh menulis dengan menggunakan jari dan berdakwatkan air liur sahaja, menghafaz kitab muwatta’ dalam satu malam. Kalau akal saya memang telah lama menafikan hal2 demikian, jika sahabat ingin buktikan carilah orang yg sudah terbukti I.Q dia sangat tinggi(orang itu diuji dengan menggunakan alat2 moden), cuba suruh dia lakukan seperti Imam As-Syafie, suruh dia hafal kitab muwatta’ dlm satu malam. Pernahkah sahabat mendengar riwayat tentang Sayyidina Umar r.a, beliau pernah mengutus surat untuk sungai Nil yg kering kontang, maka dicampakkan surat itu ke dalam sungai, lalu air sungai yg kering itu tadi mula pasang dan berair. Kalau ingin disebutkan satu persatu tentang kejadian2 yg tidak masuk akal, sangat banyak. Cuba sahabat fikir kembali bagaimana sesuatu yg diluar kemampuan aqal manusia untuk menghuraikannya. Penjajah berjaya mencapai cita2 100% untuk menjadikan manusia menggunakan aqal mereka 100% dalam soal2 agama, namun soal2 dunia mereka tidak pula gunakan aqal 100%, sebagai contoh kemajuan teknologi yg menghancurkan alam persekitaran,aqal dapat berfikir bahawa berlaku kehancuran alam persekitaran, tapi hanya segelintir yg gunakan aqal dlm masalah ini.
  2. Aqal yg mempunyai had. Sifat manusia serba kekurangan, oleh demikian segala yg ada pada manusia tidak sempurna. Dalam memahami ajaran Islam memang tidak dinafikan penggunaan aqal diperlukan selepas berlakunya serangan falsafah dari rom,yunan dan beberapa Negara kafir pada seawal zaman Abbasiyyah hingga kini. Golongan kafir ini mahu segala ajaran Islam dibuktikan melalui aqal. Pelbagai dakwaan dan masalah yg ditimbulkan semata2 untuk meragukan Ummat Islam. Maka, cuba sahabat Tanya diri sahabat, perlukah kita lihat bagaimana alam ini dicipta untuk kita mempercayai Allah itu wujud dan hanya Allah yg menjadikan alam ini, perlukah sains moden untuk membuktikan Allah itu wujud. Jika sains moden tak wujud maka kita tak dapat buktikan kewujudan Allah, benarkah? Sahabat2 dan golongan Salaf,khalaf serta golongan terdahulu berabad2 tidak menemui sains seperti anda, jadi bagaimana mereka beriman pada Allah? Memang dalam Al-Quran menyuruh ummatnya menggunakan aqal fikiran, tapi kita harus sedar, aqal kita mempunyai hadnya yang tertentu. Namun, Ulamak2 terdahulu menjadikan ilmu taswwuf untuk mendekatkan diri pada Allah, di samping itu, ilmu2 lain tidak pernah mereka tinggalkan. Cuba sebut seorang ulamak yg besar dan masyhur mempelajari ilmu tasawwuf sebelum mempelajari ilmu2 asas(Tauhid dan Fiqh).

Oleh itu, untuk memahami ilmu tasawwuf bukanlah boleh diukur dan difikirkan dengan aqal yg sempit kita ini. Terbukti bahawa sesuatu yg luar logik aqal fikiran, tidak memerlukan aqal untuk menafsirkannya., kerana had aqal yg sangat lemah bagi setiap insan. Bagi sahabat yg mengatakan ilmu tasawwuf sukar untuk diterima pakai bagi kebanyakkan orang, saya boleh katakan ini hanyalah berlaku pada akhir 1800 sehingga kini, dan masalah ini tidak berlaku pada   zaman2 sebelumnya. Pelik pula jika dilihat hal ini, macam tak logik lah pula, kenapa baru sekarang ummat Islam bersuara untuk mencari bukti aqal dalam ilmu tasawwuf. Sudah berabad2 Ummat Islam mengamalkannya, mustahil tidak ada orang yg berfikiran seperti Ummat Islam moden sekarang ini. Tentang pendapat tentang ilmu tasawwuf, pendapat yg menyokong sudah berabad2, bagi pendapat yg meragui dan menafikan pula baru lahir dan timbul selepas gerakan sesat wahabiyyah di Najd(satu kawasan di Arab Saudi) yg kini bertapak di Saudi dan mula membiak seperti kulat2 buruk yg hanya segelintir manusia bernafsu dengannya.

 

Persoalan Kedua: satu perkara yang terlintas di fikiran saya ialah bagaimana seorang pengamal ilmu tasawwuf boleh hanya

beribadat dan menuntut ilmu utk mendapatkan pelbagai hajat sdgkan usaha diperlukan utk mendapatkan sesuatu walaupun Allah berkuasa utk melakukan segala2nya?

Jawapan Kedua: Sebelum saya terangkan, saya minta sahabat menegenepikan aqal fikiran sempit kita. Berusaha dan bertawakkal adalah sesuatu perkara yg wajib dalam menuntut/berhajat/berkehendak sesuatu perkara. Sahabat mungkin pelik dengan orang tasawwuf yg hanya beribadat dan menuntut ilmu untuk medapatkan hajat. Cuba fikir pula, bagaimana seorang pelajar sekolah rendah/menengah/universiti yang boleh mendapatkan sesuatu hajat tanpa bekerja. Mereka tidak pula berusaha tapi duit tetap ada. Pelik juga. Oh! Ada PTPTN atau sponsorship..Bagaimana pula golongan lumpuh tidak mempunyai kudrat untuk makan dan minum, tapi dapat juga makan minum selepas dibantu oleh pihak ketiga..pelik pula, mereka langsung tak berusaha pun boleh dapatkan sesuatu juga… Tapi bagaimana pula dengan golongan tasawwuf tadi, mereka beribadat dan menuntut ilmu2 akhirat. Mereka beribadat pada Tuan mereka,mereka menuntut ilmu yg Tuan mereka pinta, maka mereka lagi berhak untuk mendapatkan sesuatu yg mereka hajati. Golongan pelajar td hanya menuntut ilmu untuk mencari kerja, bkn ilmu yg Tuan mereka pinta…Golongan lumpuh langsung tak boleh berbuat apa2, berusaha pun tidak, beribadat pun tidak, tapi dapat juga hajat yg dia mahu…adilkah perkara ini?

Mungkin sahabat akan kata bahawa, hajat mereka itu tadi berbeza2. bagi Golongan pelajar dan golongan lumpuh, hajat mereka pada sesuatu yg keperluan, manakala golongan tasawwuf pula hajat mereka perkara yg pelik2. pernahkah sahabat mendengar riwayat Maryam ibu Nabi Isa alaihissalam, Maryam beribadat siang dan malam, tidak keluar, tapi bila Nabi Zakariyya masuk ke dalam bilik lihat ada buah anggur di sebelahnya…Pelik juga, usaha pun tidak,menuntut ilmu pun tidak, hanya beribadat pun dapat apa yg dikehendaki….

Soal Allah lebih berkuasa atas segalanya, tidak ada seorang yg beragama Islam pun menafikannya, kecuali mereka yg beraqidah yg sesat. Sahabat cuba timbulkan isu ini, untuk membandingkan antara Kuasa Allah dan seorang ahli tasawwuf, mana lagi berkuasa,mana lagi hebat… Soal takdir ada dua macam jenis. Ada yang boleh diubah dan ada yg tidak boleh diubah. Yang boleh ubah seperti contoh dlm al-Quran yg mafhumnya, “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali dia mengubahnya sendiri” dan yg tidak boleh diubah seperti mati. Sebenarnya banyak lagi jika mahu datangkan contoh2 takdir tersebut. Takdir yg boleh ubah itu sahaja golongan ahli tasawwuf minta dari Allah yg Maha Berkuasa untuk mengubahnya, namun jika tidak diizinkan Allah, maka tidak tercapailah hajat mereka. Tetapi, sahabat mungkin ragu sebab tiap kali mereka minta, mereka dapat, ini kerana mereka ini hamba yg rapat dengan Allah. Di samping itu, doa mereka mustajab, bekan seperti kita ini yg bergelumang dengan dosa2 kecil yg kian hari menjadi besar.

Persoalan Ketiga: Kalau benar ia semudah itu(mudah di sisi Allah),\mengapa Allah mengutuskan nabi muhammad,utk menyampaikan seruannya,dan nabi muhammad tlh melalui pelbagai rintangan dan berusaha sedaya upaya,sehingga mengancam nyawa,utk melaksanakan tugas tersebut?kenapa nabi muhammad tidak terus berdoa shj krn ia lbh mudah?sedangkan kita tahu tiada manusia yg lbh mulia dan paling diterima doanya melainkan baginda.

Jawapan Ketiga: memang jelas sahabat orang yg lebih banyak menggunakan aqal logic yg terhad untuk menakkul sesuatu perkara.Pengutusan Nabi adalah untuk menyelamatkan manusia dari kegelapan kepada hidayah Allah. Dari kesesatan ke jalan yang benar. Sahabat mempersoalkan kenapa tidak Allah menyuruh nabi Muhammad S.A.W berdoa sahaja@ Nabi Muhammad S.A.W sendirinya berdoa daripada pergi perang, susah2 kena maki hamun, kena baling najis dan menghadapi segala rintangan dalam menyebarkan agama mulia ini.  Sedangkan doa Nabi Muhammad S.A.W memang mustajab dan memang maqbul. Di sini, sahabat membandingkan antara Usaha dan Doa Nabi Muhammad S.A.W dengan Ibadat dan Doa ahli taswwuf. Nabi Muhammad pun kena berusaha, ini ahli tasawwuf duduk diam dengan berdoa pun boleh dapat…pelik2..mana lagi hebat…mungkin ini sahabat ingin tahu siapakah lagi hebat…

Soal kerja dakwah adalah sesuatu yg mesti dalam menyebarkan ajaran Islam. Tidak pernah kita dengar Ulamak2 kita duduk diam berdoa, tiba2 ajaran Islam sampai… cuba sahabat kaji lebih mendalam tentang cara ulamak2 terdahulu menyebarkan ajaran Islam. Kerja dakwah dan hajat seorang hamba ahli tasawwuf berbeza. Kerja dakwah untuk menyebarkan ajaran Islam, manakala hajat hamba ahli tasawwuf untuk hal2 peribadi…dengan perbezaan jenis hajat, maka caranya berbeza. Cuba sahabat fikirkan, seorang yg lapar dan seorang yang ingin mengqhada hajat, kedua2 mereka mempunyai hajat, namun hajat mereka berbeza. Satu untuk hilangkan lapar, dia makan dan yang satu lagi dia akan ke tandas. Tetapi kenapa tidak berdoa sahaja untuk hilangkan semua itu? Kenapa si lapar tidak ke tandas untuk kenyang dan si mengqhada hajat makan untuk qhada hajat? Hal demikian amat pelik…tapi benar..perbezaan hajat, memerlukan perbezaan cara untuk mendapatkan hajat tersebut…Sahabat, mungkin akan soalkan pula, mereka berusaha tapi tidak berdoa/beribadat semata-mata….seperti saya katakan tadi lain hajat lain cara, cuba fikir kembali, setiap insan disuruh untuk bersedia untuk mati dan minta dari Allah agar mati dalam Iman, tapi bagaimana dia bersedia? Adakah cukup berdoa sahaja?adakah cukup berusaha sahaja? Dalam hajat ini kedua-duanya perlu.  Cuba fikirkan tentang hidayah, kenapa kita mesti berdoa selalu agar hidayah Allah tidak pergi dari kita?…hajat juga ini…tapi apa usahanya? Adakah usaha kita berkesan?

Kesimpulannya, perbezaan hajat memerlukan cara yg berbeza untuk mencapainya. Saya dan seluruh Ummat Islam tidak pernah menafikan bahawa doa Rasulullah S.A.W termustajab. Segala persoalan sahabat adalah untuk meragukan Ummat Islam dalam ilmu tasawwuf atau sahabat sendiri meragui kesahihannya. Seperti di awal lagi saya katakan, bahawa aqal manusia itu terhad. Ada mereka yg dapat lihat jauh dan ada yg hanya dapat melihat apa yg depan mata sahaja. Mereka yg mendapat hidayah, dapatlah melihat keistimewaan ilmu tasawwuf. Bagi mereka yg Allah tutup dari penglihatan ini, berdoalah untuk mendapat memahami ilmu tasawwuf.

 

Persoalan Keempat: dan ttg ilmu tasawwuf,mengapa ilmu ini tidak disebarkan kpd semua org islam?bknkah nabi tlh berpesan agar menyampaikan seruannya walau dgn sepotong ayat?saya akui ilmu saya ttg ini agak kurang(sgt kurang) tetapi rasanya tidak salah kalau saya nak bertanya.ada yg mengaitkan ilmu tasawwuf ini sbg ilmu ladunni(tidak tahu dr mana sumbernya).saya hanya pernah dgr ttg ini drpd kuliah2 maghrib. kebanyakannya tidak begitu dgn pengamalan ilmu ini .wallahua’lam

Jawapan Keempat: Setiap perkara mestilah mengikut turutan, dalam mempelajari ilmu juga mempunyai turutan tersendiri. Cuba kita fikir, kenapa budak kecil semuda 7 tahun tidak belajar di university untuk mendalami ilmu2 di sana. Kan setiap ilmu mestilah disampaikan. Tidak, budak kecil itu masih muda dan tidak cukup ilmu untuk memahami pelajarn2 di university. Tahu juga kita untuk aplikasikan pada lmu2 dunia ini, tetapi kenapa pula tidak ilmu akhirat. Untuk pengetahuan sahabat2, untuk menunut ilmu tasawwuf, seseorang itu mestilah arif dahulu ilmu2 asas (tauhid dan fiqh), jika tidak dia tidak akan dapat memahami seperti budak kecil 7 tahun tadi. Cuba kita lihat di tangga university, kenapa kita buat degree sebelum buat Phd? Kenapa nak dapatkan gelaran Proff mesti banyak buat kajian? Pelik lah manusia ini…..

 

Cuba fikir juga, kenapa dalam belajar ssuatu ilmu kita kena ikut cara dan teknik ilmu tersebut.contoh ilmu matematik, kenapa kita mesti ikut cara dia untuk dapatkan jawapan yang betul, kenapa kalau ikut jalan dia baru jumpa jalan yg betul, kenapa kita tidak boleh katakana jawapan kita juga betul walaupun berbeza dengan jawapan yg asal tadi…p[elik juga…Inilah membuktikan bahawa dalam mengenali ilmu ini ada kaedah dan ada jalan tersendiri, jika tidak sesat kita selamanya…

 

Soal ilmu ladunni saya tidak mahu ulaskan lagi kerana saya mahu mendapat penjelasan dari Ulamak yg alim dalam ilmu tasawwuf…mereka sahaja yg boleh menceritakan dan bercakap soal ilmu tasawwuf, orang y tidak memiliki ilmu ini tidak boleh, sebab mereka tidak mempunyai ilmu dan pengalaman dalam ilmu tasawwuf…sama seperti pakar matematik yang mahu bercakap soal sains genetik, amatlah jahil pakar tersebut..walaupun dia seorang pakar dalam matematik.

 

 Persoalan Kelima: .dan menurut seorang ustaz saya,(bekas pelajar universiti islam madinah dlm bidang usuluddin),dia ada menyatakan pengamal ilmu tasawwuf yg terulung,Imam Al-Ghazali Rahimahullah menyebut bahawa ketika di penghujung hayatnya beliau tlh menyesal krn tlh menumpukan pd ilmu tasawwuf atau amalan tasawwuf dan mengurangkan tumpuannya pd ilmu yg lain.wallahua’lam.jd,kpd sesiapa yg mengetahui,saya sgt berharap agar perkara ini dpt diperjelaskan lagi supaya tidak timbul lbh byk kekeliruan.terima kasih..

 

Jawapan kelima: Sebelum memperjelaskan isu kekesalan Imam besar Imam Al-Ghazali rahimahullah, sudi saya sebarkan sedikit maklumat. Pelajar2 agama yg pulang dari menuntut universiti2 di Saudi Arabia atau pun di sesetengah Negara Arab berfahaman sesat wahabi. Mereka membawa dan menyebarkan aqidah yg sesat lagi menyesatkan. Oleh demikian, sahabat2 sekalian mestilah/wajiblah berwaspada dan berhati-hati dalam mendengar apa jua ajaran dan kuliyyah dari mereka itu, kecuali mereka yg mempunyai ilmu yg tinggi dalam masalah Tauhid serta Fiqh.

 

Sekeras-kerasnya saya menafikan bahawa Imam besar Imam Al-Ghazali rahimahullah kesal dengan segala usahanya dalam ilmu tasawwuf. Dan khabar angin yg mengatakan bahawa Imam besar Imam Al-Ghazali rahimahullah tidak memberi tumpuan pada ilmu2 lain adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Sumber maklumat tersebut adalah semata-mata untuk menghalang mereka mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu tasawwuf. Sumber yg tidak shahih itu hanya datang dari mulut2 golongan wahabi yg sesat dan mahu menyesatkan Ummat Islam. Untuk pengetahuan sahabat2,Imam Al-Ghazali rahimahullah adalah antara Ulamak alim dalam mazhab Imam As-Syafie Rahimahullah. Imam Al-Ghazali rahimahullah mendalami ilmu2 Tauhid dan juga ilmu2 Fiqh sebelum mendalami ilmu tasawwuf. Kita sendiri tahu riwayat hidup Imam Al-Ghazali sebelum mendalami ilmu tasawwuf.. Tidak ada satu fakta yg jelas atau masyhur atau pernah kita dengar bahawa Imam Al-Ghazali rahimahullah kesal atas tindakannya. Malah kita sering kali mendengar ulamak2 besar memuji karya agung Imam Al-Ghazali rahimahullah dan Ulamak2 menyarankan kita membaca dan mempelajari karya tersebut.

 

Ada lagi satu perkara yang penting perlu saya jelaskan. Pernahkah sahabat mendengar Perang Salib di Hittin anta tentera Salahuddin al-Ayyubi dan Kafir salib. Pernahkah sahabat mengkaji dari mana datangnya tentera tersebut?..untuk maklumat sahabat, tentera Muslimin ketika itu adalah pelajar di madrasah sufi yg diasaskan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah. Mereka terdiri daripada golongan yang mendalami ilmu2 tasawwuf…

Kesimpulannya, segala persoalan sahabat boleh disangkal dengan hujjah aqal dan juga hujjah al-Quran dan as-Sunnah. Tapi bagi saya penggunaan hujjah aqal adalah wajar untuk mereka seperti golongan ini. Jika mahu menggunakan dalil Syarie tidak perlu, kerana mereka tidak juga akan mengguna pakai, malah mereka masih lagi mahu berhujjah. Oleh itu, gunalah aqal untul melawan aqal manusia yg terhad. Nasihat saya kepada sahabat2 sekalian, dalam menuntut ilmu akhirat kita wajiblah mengetaui dari mana ilmu yang guru kita ambil serta keshahihannya. Maka perlulah di sini mempelajari ilmu akhirat dari guru yg mempunyai sanad yg shahih, bukan hanya guru yg membaca buku kemudian membuat ulasan tersendiri seperti; Albani di jordan, Baz dan uthaimi di Saudi, golongan salaf yg tak bermazhab, golongan tariqah yg sesat, golongan syiah di Iran, golongan Wahabiyyah di serata tempat, Dr Asri n the gang di Tanah Melayu. Golongan Muhammadiyyah di Indonesia…mereka ini menyesatkan Ummat Islam keseluruhannya.

 

Alhamdulillah, saya kira sampai sini sahaja saya boleh ulaskan, walau pun saya kira ulasan ini amat panjang membosankan pembaca, tapi saya bersyukur kerana saya boleh menjelaskan isu2 sebegini kepada sahabat2 sekalian….

Jika ada apa2 kemusykilan sahabat boleh email pada saya: madrehab@gmail.com

Jika saya lapang dan mempunyai ilmu tentang soalan2 sahabat, saya akan beri sekadar saya mampu, jika tidak saya akan bertanya pada yang lebih arif.

Akhir kalam, Alhamdulillah ala nikmatil Iman wal hidayah, wa manna alaina nikmati bayan alal-haq wa qina min syarri dhalal. Allahumma igfirli minzanbin, fa inni arju maghfiratun minka. Amin…..

 

Wallahu a’la wa a’lam…

wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: