AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL

TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama’ of the Ahli Sunnah wal Jamaah

بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

(VERSI DRAF – sedang diedit)

AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1]

:MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY[1]

1.0 Ahl al-Sunnah

1.1 Ahlissunnah waljama’ah merupakan ajaran dan amalan arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang. Ia menimbulkan sistem huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at, kerohanian, dan akhlak.

1.2 Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’, pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya.

1.3 Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd al-Wahhab dari Najd.

1.4 Maka dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah.

2 Ahl al-Sunnah &Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab

2.1 Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah atau epistemologinya.

2.2 Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkminan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.

2.3 Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.

3 ‘Tarikh al-madhahib al-islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah

3.1 Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).

3.2 Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.

4 Muhammad b. ’Abd al-Wahhab

4.1 Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.

4.2 Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya

5 Dalam ‘Al-Suhub al-Wabilah’

5.1 Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275)bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu … demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …” (hal 275).

6 Buku Abu Zahrah-mulanya Wahabbiyah

6.1 Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.

7 Dalam ‘Tarikh Najdin’-Muslimin jadi kuffar musyrikin

7.1 Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi ’menyembah manusia ( yad’una unasan):

•( ، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:” ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم”.”وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام ” )

8 Tarikh Najdin: Muslimin jadi penyembah berhala

8.1 Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir , musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal , atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau ;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”.

9 Penafsiran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab vs Ahl al-Sunnah

9.1 (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).

10 Wahhabiyyah vs Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah

10.1 Bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:

•( ، جاء فيها:” وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم )

10.2 Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah.137).(Tarikh Najdin)

11 Wahhabiyyah berperang vs Muslimin vs bid’ah kononnya

11.1 Berlakulah penentangan terhadap ’Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.

11.2 Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [1] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).


[1]
op. Cit. hal.212 dst

12 Wahhabiyyah vs ‘bid’ah’, tak menerima pandangan pihak lain

12.1 Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[1]

12.2 Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar ( anna ’ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna
[1] ibid.hal.212.

13 Sikap Wahhabiyyah tak menerima pandangan pihak lain-malapetaka

13.1 Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.

13.2 Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.

14 Wahhabiyyah berkembang ke tempat lain kebencanaan

14.1 Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a’lam.

15 Teks-teks untuk memahaminya antaranya

(a)‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab

(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab

(c)’ Solah al-nabi’ oleh al-Albani

(d)al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;

(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah

(f)Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris

(g)al-Zahawi ’al-Fajr al-Sadiq’ Arab dan Inggeris

(h)’Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr

(i) ’Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll.

(j)’Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad Ahmad Bashmil dll

16 Huraian Syahadah yang menyalahi ijma’

16.1 Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [1]:

ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع


[1]
hal 119,(penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh)

16.2 Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi , misalnya dalam jihad) , dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga mengelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya , bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah

16.3 Dalam AS bila mengucap syahadah seseorang selamat nyawa & harta

Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya.Ini antaranya jelas darikpada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’.Sebab itu dalam masa jihad nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi perg ke situ.Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunubh orang yag mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’.Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat.Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.

17 Adam Syirik dlm ketaatan kata Wahhabi

17.1

42 Bid’ah pada Wahhabiyyah

42.1 Bid’ah mengadakan majlis maulid al-nabi s.a.w. Bagaimana berita terkini menunjukkan bahawa di negeri Aarab Saudi diadakan majlis maulid al-nabi baru-baru ini dihadiri oleh Syaikh Salman sendiri yang tidak menunjukkan penentangannya terhadap amalan itu.Pada kita dalam Ahlissunnah ini antara lainnya berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud ”Adapun ni’mat Tuhanmu hendaklah kamu menyebut-nyebutnya”.Dan tidak ada ni’mat yang lebih besar daripada Tuhan mengutuskan nabiNya kepada umat manusia untuk memberi bimbingan kepada mereka. Dan tidakkah perlu itu disebut-sebutkan, apa lagi dalam majlis maulidnya?

43 Surat2 Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kononnya ia …

43.1 Mungkin boleh diperhatikan adanya surat-surat yang dikatakan ditulis olem Muhammad bin ’Abdul Wahhab di salah sebuah universiti di Asia Barat yang menunjukkan bahawa beliau : tidak menganggap umum orang Islam kafir seperti penyembah berhala semenjak enam ratus tahun sebelum kemunculannya, tidak menganggap kafir amalan meminta syafaat, istighathah, meminta berkat dan yang sepertinya, tidak menentang kerajaan Uthmaniyyah, tidak menganggap mengikut mazhab menyebabkan kufur, tidak menganggap tasawwuf membawa kepada kufur, dan tidak menghalalkan darah dan harta sesama Muslimin kalau mereka mengamalkan dosa besar, seperti bertawasul, demikian seterusnya. Maklumat ini, kalaupun benar, perlu dilihat dalam neraca ’track record’nya, dan juga kemunculan kitab-kitab dengan aliran yang tertentu itu, juga beberapa tokoh semasa yang mencanang aliran berfikir seperti itu misalnya al-Albani , al-Khojandi al-Ma’sumi, dan lain-lainnya. Keseluruhan perhatian terhadap aliran ini, tokoh-tokohnya dan juga peristiwa sejarah menuntuk kita supaya mengecualikan diri daripada cara memahami agama secara demikian dan kita mesti merujuk kembali kepada wacana ilm u Ahlissunnah waljamaah yang sepadu dan baku. Itulah jalan selamat yang satu-satunya dibuka oleh Tuhan untuk kita. Allahumma sallimna wal-Muslimin.Amin

44 Bahaya Wahhabiyyah bila keluar dpd tempat asalnya

44.1 Tentang bahaya bahaya cara berfikir aliran ini kepada amalan agama dan keselamatan Negara kalau ia merebak jelas daripada sejarah , ini boleh difahami dari ‘track record’nya , dan implikasi ajarannya.

44.2 ‘Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnya

44.3 Bagaimana ia menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab Ahlissunnah yang membolehkan yang demikian itu.

44.4 Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang berperang dengan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam sejarah , dan ajaran mereka.

44.5 Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang kepada rakyat Malaysia

44.6 Penyebarannya mesti disekat, melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab demilkian. Wallahu a’lam

45 Kesimpulan hal Wahhabiyyah

45.1 Jelas dalam neraca sistem ilmu Ahlissunnah bahawa ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa perkara asasi, dari segi akidah dan syariatnya serta akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran Ahlissunnah wal-Jama’ah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam.Pembahagian tauhidnya kepada tiga, yang membawa kepada menyamakan Orang Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang berikutnya,huraiannya tentang syahadah, sikapnya menentang aliran Imam Asy’ari dengan terang-terang, konsepnya tentang taklid dan bid’ah, sikapnya yang negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jeas berhuibungan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan sama sekali daripadaAhlissunnah.Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan di negeri ini.

46 Wahhabiyyah berbahaya

46.1 Sayangnya golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah adalah yang Ahlissunnah sebenarnya dan golongan lain tidak Ahlissunnah.Mereka adalah saudara-saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin Malaysia.Sebagaimana yang dinyhatakan oleh al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ uliamri negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan Ahlissunnah waljamaah tidak terganggu.Wallahu a’lam

[1] Untuk pembentangan dalam seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor , di Kg Kuantan,Kelang, Selangor DE, pada 2 Julai 2006 jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

1]Penulis adalah Fellow Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, Ahli Jemaah Pengarah IIM, Fellow Kehormat IKIM. Ahli SUHAKAM

Home page for TRADITIONAL ISLAM:

www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com

geovisit(); <img src=”http://visit.geocities.yahoo.com/visit.gif?us1162915470&#8243; alt=”setstats” border=”0″ width=”1″ height=”1″> 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: