Bicara Hati

Bicara Hati

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah yg Maha Berkuasa atas segala makhluq dan berhaq menentukan apa jua ketentuan terhadap hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita saiyyidina Muhammad Shalawatullah Wasalamuhu Alaih.

Alhamdulillah, bersyukur ke atas segala nikmat yg dianugerahkan terutamanya nikmat Iman, Taqwa, Hidayah dan Istiqamah. Selawat dan Salam untuk selama-lamanya untuk junjungan besar kita saiyyidina Muhammad Shalawatullah Wasalamuhu Alaih yang mengeluarkan kita dari kesesatan,kehinaan dan kebodohan ke arah kebahagiaan abadi di Akhirat,Amin Ya Allah.

Berlalunya bulan yang penuh mulia lagi penuh barakah hampir sebulan. Ramai gembira bila Syawwal menjelang tiba, namun kurang yang sedih bila pemergian Ramadhan. Memang kita wajib bergembira di Hari raya Aidil Fitri, Kerana hari tersebut salah satu hari Raya untuk Ummat Islam.
Pemergian Ramadhan membuatkan hati daku resah,gelisah,hiba dan duka cita. Hati daku sering kali tertanya-tanya,adakah daku berpeluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini? Inilah soalan sering kali berputar ligat di hati daku.

Bulan Ramadhan mengajar daku pelbagai pengajaran yang bermanfaat dan membuat daku menghadapi pelbagai pengalaman. Dulu sering kali daku terasa lama untuk menanti Ramadhan pergi, namun hari ini daku terkejut dengan tibanya 30 Ramadhan. Begitu pantas meninggalkan daku. Apa jua yang ku dapati dari Bulan Mulia ini, akan ku manfaatkan sepenuhnya untuk menjadi pedoman dalam hidup ini.

Ramai yang lalai,tersasar,leka,jahil,bodoh,tertipu dengan nafsu syahwat mereka bila didatangi bulan mulia ini. Sepatutnya bulan mulia ini kita seharusnya mengawal nafsu syahwat kita. Namun yang berlaku sebaliknya. Boros,lahap,tamak semuanya memenuhi hati-hati kita yang dicemari oleh hasutan syaitan yang jahat sebelum datangnya Ramadhan. Bila masuk sahaja Ramadhan, mereka tidak tahu bagaimana mahu menyucikan hati-hati yang dicemari najis syaitan tersebut. Maka nafsu mereka menggantikan Syaitan, dan boleh kita kategorikan nafsu mereka itu adalah (Nafsu=Syaitan). Tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan pelbagai dosa besar, apatah lagi dosa kecil di bulan mulia ini. Tidak hairanlah ramai yang tidak puasa apatah lagi bersolat. Tidak hairanlah gejala sosial memenuhi setiap pelosok muka bumi Allah, kerana wujudnya manusia sedemikian. Pelbagai ragam manusia,tua muda, lelaki perempuan,dewasa kanak-kanak, Islam bukan Islam semuanya sama. Antara yang boleh dikongsi bersama adalah, Redha, Usaha+Tawakkal, Mengingati Allah di hati, Manusia bukan tempat Pergantungan, Taubat Nasuha.

Daku tahu daku tidaklah sempurna,tidaklah Alim,tidaklah baik,tidaklah warak,tidaklah bertaqwa,Namun daku tahu daku hamba Allah yang jelas kelemahan diri dan kefaqiran lagi kehaqiran pada sisi Allah yang Maha Agung. Daku timbulkan isu tersebut kerana daku sendiri melalui pelbagai dugaan yang telah diuji oleh Allah. Alhamdulillah,kian hari daku bertambah yakin dan kukuh kepercayaan daku pada Allah. Tidak ada langsung berbelah bahagi. Sukar untuk daku luahkan, hanya mereka yang melaluinya sahaja menikmati.

Redha pada ketentuan Allah samada baik atau buruk semuanya mestilah dihadapi dengan keredhaan yang telus,tulus dari lubuk hati yang suci lagi murni. Ramai yang mengatakan dirinya redha,namun sejauh mana keredhaan terbenam di hati mereka. Wajarlah kita menghisabkan kembali diri kita tahap keredhaan kita pada ketentuan Allah. Jangan pula kita hanya bergembira dengan ketentuan yang baik dan mencela ketentuan yang buruk. Ketentuan yang buruk itu sebenarnya baik bagi kita,cuma kita tidak tahu dan tidak dapat menilai dari sudut manakah perkara tersebut baik. Namun saya yakin bahawa ketentuan yang kita anggap buruk itu sebenarnya baik bagi kita, Oleh demikian wajar kita redha atas ketentuan tersebut.

Tawakkal yang tidak bersangkut paut pada usaha kita. Sudah masyhur dewasa ini laungan agar kita berTawakkal pada Allah selepas kita berusaha. Namun ada satu kerumitan di sini, adakah kita bertawakkal dengan mengaitkan usaha kita.Atau kita bertawakkal dengan menyerah apa jua takdir serta ketentuan terhadap kita adalah hak milik mutlaq Allah. Wajar kita nilai kembali darjat Tawakkal kita. Tapi jangan pula Tawakkal tanpa usaha. Ada sesetengah masyarakat menganggap usaha dahulu baru tawakkal, ini pun salah. Pada pengamatan daku, Usaha adalah perkara yang datangnya dari manusia untuk mendapatkan sesuatu, manakala Tawakkal adalah penyerahan bulat-bulat segala takdir pada Allah. Usaha dan Tawakkal tidak ada hubungkait. Tetapi kedua-duanya adalah Syarat untuk berjaya bagi orang Mukmin. Tidak semestinya kita berusaha dan bertawakkal kita mesti dapat apa yang kita hajati, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba Nya. Maka datanglah redha dalam mengahadapi segala takdir yang kita tidak hajati itu.

Mengingati Allah di Hati pada setiap detik. Memang mudah untuk diungkapkan zikir dimulut, tetapi hati kita berlari-lari,meronta-ronta memikirkan hal-hal yang tidak layak difikirkan ketika menyebut kalimah-kalimah Allah. Sebenarnya memang susah untuk mengingati Allah di Hati, tetapi jika selalu dilaih dan mendapat perhatian dari guru yang mursyid, Insya Allah kita dapat menikmati Nikmat Mengingati Allah. Perkara ini rumit untuk dipanjag lebarkan. Oleh demikian, marilah kita berdoa kehadrat Allah agar kita sentiasa mengingati Allah dan Allah sentiasa mengingati kita.

Manusia bukanlah tempat kita bergantung. Ramai yang bertanya pada daku, tidak bosankah hidup tanpa teman,teman sebilik,rakan-rakan untuk bergurau senda,teman-teman untuk berbual. Sudah tentu tidak bagi daku, kerana daku yakin dengan bersahabat dengan Allah. Teman daku hanya Allah sahaja. Daku tidak pernah risau manusia mencemuh,membenci,menfitnah,menjauhi,memarahi daku.Tetapi daku sangat gelisah,risau,bimbang,sedih takut bila Allah membenci,menjauhi daku. Daku tidak pernah berharap pada manusia yang tidak mampu memberi apa jua manfaat dan apa jua mudharat. Daku tidak pernah bimbang jika hidup keseorangan tanpa teman manusia. Bagi daku sudah memadai Allah menjadi pendamping daku setiap ketika. Allah jua mengawasi daku, menjaga daku,membantu daku dalam kesusahan, bersama daku ketika kegembiraan. Tetapi Awas hal ini tidak bermaksud Allah itu mempunyai jasad atau Tasybih(persamaan dengan makhluq). Nanti ada pula golongan yang salah paham. Perkara yang saya maksudkan tersebut adalah secara majazi bukan hakiki. Buat masa ini sudah dua kali daku kehilangan sahabat(MA dan MFZ) semoga Allah merahmatinya, namun daku sedar ini adalah ujian dan untuk meningkatkan iman daku agar tidak langsung bergantung pada sahabat. Kerana dulu dengan sahabatlah gelak ketawa sedih duka cita, namun tempat yang wajib saya luahkan adalah Pencipta Yang Maha Berkuasa,Allah Rabbul Jalil.

Taubat Nasuha juga kerap kali disebut oleh guru-guru agama ketika ini. Namun kenapa manusia tidak juga bertaubat. Dulu daku fikir taubat ini, keazaman untuk tidak kembali ke jalan yang salah itu. Rupa-rupanya Taubat in sangat luas lagi syumul jika kita menikmati Taubat Nasuha. Taubat ini adalah satu nikmat yang besar dari Allah untuk hambanya yang banyak melakukan dosa dan ingin kembali ke jalan pengabdian serta menyucikan hati dari najis maksiat. Mungkin ramai yang hairan dan pelik kenapa sudah tua bangka pun belum mahu bertaubat,kenapa sudah banyak kali ditimpa bala pun belum juga mahu bertaubat. Jawapan daku tidak pelik. Kerana Untuk bertaubat memerlukan kesedaran yang mendalam terhadap dosa yang kita lakukan. Kesedaran juga boleh dikategorikan sebagai Hidayah dari Allah. Oleh demikian, Hidayah Allah akan datang untuk mereka yang meminta dan merayu pada Allah. Mesti kita pelik macam mana nak minta diberikan Hidayah dari Allah sedangkan kita belum sedar. Di sinilah datangnya faktor pengetahuan ilmu-ilmu agama yang mendalam. Dengan wujudnya ilmu-ilmu tersebut, kita yang dalam kealpaan merayu-rayu agar diberikan hidayah unuk kembali ke jalan yang murni. Kemudian dari itu, bermulalah proses Taubat Nasuha tersebut dengan pelbagai peringkat. Peringkat pertama adalah menyesal dan meniggalkan segala dosa yang dilakukannya dan peringkat ini juga bermula proses penyucian jiwa,hati,aqal,nafsu dan anggota badan. Peringkat kedua, kita semakin pulih dari pelbagai penyakit yang zahir, di peringkat ini kita merawat penyakit batin yang tidak zahir pada mata kasar. Mungkin kita tidak sedar dengan penyakit yang kita hadapi ini,tapi boleh membawa padah jika tidak dirawati. peringkat seterusnya daku tidak boleh teruskan.Insya Allah jika daku berkemampuan. Allahumma Amin Ya Rabbal A’lamin.

Akhir kalam, daku pohon jutaan keampunan dari Allah untuk menyucikan daku dari segala sifat hati yang keji dan jauhkan daku dari segala kejahatan manusia,jin,syaitan ,iblis dan haiwan.
Selawat dan salam kekal abadi pada unjungan besar kita saiyyidina Muhammad Shalawatullah Wasalamuhu Alaih dan juga Shohabat-Shohabat serta Ahli Keluarga unjungan besar kita saiyyidina Muhammad Shalawatullah Wasalamuhu Alaih yang Suci dan Mulia, Radhiallahuanhum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: