Komen Dari sahabat

almutanabbi – January 18, 2007
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..Semoga sidang pembaca sekalian berada dalam keadaan yang sebaiknya dalam mencari keredhaan Allah Taala dan Rasulnya. amin…!

Akhir akhir ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh SS Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainol Abidin amat amat membingungkan serta mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apa tidaknya…Dr. Asri yang dahulunya berselindung dengan nama Salafi….kini terang terang menyatakan “kewahabiannya” sepertimana yang disiarkan temubual bersama beliau dalam akhbar Mingguan Malaysia beberapa minggu yang lalu. Sebagai seorang yang dilantik menjadi Mufti, apatah lagi memakai gelaran Sahibus Samahah, Yang Berbahagia Dr. Asri mestilah cermat dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan samaada ianya melibatkan hukum hakam ataupun bahasa yang dikeluarkannya mestilah beradab yang menunjukkan tahap kesarjanaan beliau itu tidak boleh dipandang lekeh dan leceh.

Belum pernah ada dalam sejarah institusi kemuftian, seorang Mufti dikecam oleh seluruh masyarakat kerana membawa satu aliran yang ditolak oleh masyarakat Islam Malaysia. Wahhabi adalah satu aliran ekstrim yang bukannya datang dari “aimmah Mazhab” yang utama, malah ianya adalah individu yang ditentang oleh gurunya sendiri, iaitu Sheikh Muhammad bin Sulaiman Al Kurdi – Pengarang “hawasyi syarhi ibni hajar” Rujuk kitab “Fitnah Alwahhabiah” karangan Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Makkah Almukarramah – lahir tahun 1231 Hijriah di Makkah.

Apapun, dalam kesempatan yang ada ini, saya ingin meperjelaskan kembali beberapa kenyataan kenyataan mengelirukan oleh Dr. Asri. Pertamanya, tentang kenyataan syirik dalam kokka. Persoalan yang ingin diajukan di sini adakah syirik kokka yang beliau sebut itu.? So,itu adalah bergantung kepada niat kita. Kalau dia mengatakan bahawasanya ramai yang memakai kokka samaada dalam bentuk tasbih, cincin, gelang itu syirik sebab bergantung bukan kepada Allah Taala, maka syirik yang macam mana pula dia nak klasifikasikan.? Syirik jaliy kah atau syirik khofi..? Syirik rububiyah kah atau syirik uluhiyyah..?

Perbahasan tentang aqidah jangan boleh dihentam sembrono aja. Tanya ahli dan pakarnya jika kita hendakkan penjelasan lanjut. Untuk pengetahuan semua yang membaca, pemakaian kokka
adalah satu wasilah atau cara di dalam kaedah perubatan Islam untuk menghindari dari gangguan makhluk halus. Doa doa dari al quran yang disebut sebagai shifa’ (penyembuh) adalah
rawatan utama di samping wasilah wasilah yang lain yang digunakan untuk menyembuhkan dari penyakit gangguan makhluk halus. Saudara Dr. Asri diharap rujuk kepakaran kepada ahli dalam perubatan Islam. Kalau di Kedah, Saudara ustaz Syarhan bin Shafie adalah salah seorang mua’lij yang mendapat perguruan khusus dari gurunya Syeikh Wahid Bali – seorang mualij dari Mesir, pengarang kitab -” wiqayatul Insan minal jinni Wa ssyaiton”. Ataupun rujuk
kesarjanaan yang ada pada Dato’Dr. Harun Din, ulama yang tidak asing lagi di tanahair kita.

Tanya pendapat alim ulama dalam bidang mereka. Jangan ujub dan sombong seolah olah kita ni alim semua bidang. Layak memberi fatwa kerana dah bergelar mufti. Ada title kesarjanaan pula
di depan. Kalau semua perkara saudara Dr. Asri tahu, maka mulai hari ni kita akan panggil Dr. Asri dengan gelaran “profesor serba tau” (PST).

Hakikat yang ingin disebut di sini bahawa dalam mengolah pemahaman bahasa, terbinanya bahasa itu dalam dua bentuk:
Pertamanya hakiki , yang keduanya majaz .

Contoh ayat hakikat seperti seorang itu menyebut “alhamdulillah, Allah Taala sembuhkan penyakit saya”. memang itu hakikatnya. Allah yang menyembuhkan setiap penyakit. Dalam al quran, Allah sebut atas lisan nabi Ibrahim ” dan apabila aku sakit, dialah (Allah) yang menyembuhkannya.”

Contoh majaz pula macam seseorang menyebut ” aku makan ubat panadol tu, alhamdulillah, lega dah”. Itu adalah contoh majaz. Panadol tersebut penyebab ataupun wasilah kepada leganya
demam saya. Tetapi dari sudut hakikatnya, Allah yang menyembuhkan demam tersebut hasil usaha dan ikhtiar dari pesakit tersebut yang makan panadol. Itu adalah majaz. Majaz atau makna
tersirat adalah harus untuk kita menyampaikan sesuatu ungkapan dalam bahasa sepertimana yang diperbahaskan oleh ulama’ Balaghah. Antaranya Syeikh Abdul Qadir al Jurjani dalam kitabnya
“Asrarul balaghah dan Dalail I’jaz.”

Boleh rujuk kurikulum dan syillibus bahasa arab (balaghoh) – SPM dan STAM – Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kalaulah majaz tak boleh guna dalam ungkapan kita, susah juga. Saya nak cadangkan kepada pengikut pengikut wahhabi supaya jangan makan ubat ketika demam, jangan pakai helmet masa
naik motor, jangan makan ubat tongkat ali ketika nak bersama isteri. Kokka syirik… tapi tongkat ali kalian balun cukup cukup. Tongkat ali pun macam kokka juga. Kita ikhtiar. Kita percaya bahawa setiap sesuatu yang Allah jadikan itu ada hikmahnya. Sebab tu la kena tanya orang alim dan ahlinya untuk mendapat penyelesaian. Bukan pakai main syririk tak tentu pasal aja.

Yang kedua tentang kenyataan Dr. Asri tentang operasi khalwat yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama sebagai mencemar imej Islam. Perkara ni saya tak nak ulas dengan panjang sebab Ustaz Nasaruddin Hassan sudah menjawab di akhbar harakah dan ustaz Zaharuddin Abd Rahman sudah menjawab dalam al ahkam Online – website milik Dr. Asri sendiri. Cuma, persoalan di sini….dimanakah konsep “saddu zara’i” dalam Islam jika privacy reason yang
diberikan hujjah oleh Dr. Asri.? Dimanakah kuasa yang disebut oleh nabi “barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya”. Apa yang dimaksudkan dengan tangan di sini.
Bukankah kuasa sahabat pembaca sekalian? Dr. Asri ada kuasa tak..?

Kalaulah kita nampak kelemahan dari sudut perlaksanaannya, itu dari segi teknikal yang perlu diperkemaskan dan dinilai semula, bukannya disebut dan dicanang di dalam dada akhbar. Lihatlah hari ini, cakap cakap di kedai kopi yang mengatakan bahawa selepas ni kalau nak couple ka, nak dating ka, nak berpacaran ka…kita pakat pakat pi Perlis. Mufti dia keluarkan fatwa beralaskan privacy..! Nah… dimanakah maruah agama kita hari ini wahai pengikut setia Dr. Asri..? Tak malukah bila kenyataan yang terbit dari mulut seorang mufti ditempelak dan dijadikan bahan jenaka orang awam…?

Yang ketiga pula tentang pengharaman beliau tentang nada dering al quran dalam telefon bimbit.

Ya sheikh…! Tuan sheikh mengaji tak usulul fiqh.? Mengaji tak tentang hukum taklifi dan hukum wad’i..? Mengaja tak tentang adanya satu kaedah dalam feqh yang menyebut
” al aslu fil ashya’al ibahah..” asal sesuatu perkara dan benda itu harus. Kalau perkara perkara yang elok ni seperti ringtone alquran diharamkan, habis tu, apa ada pada Islam dalam mengimbangi dunia teknologi digital sekarang..? Alasan bahawa takut kita
membawa handset masuk ke tandas dan tempat najis, bukankah setiap handset tersebut ada sistem function on-off-lock-silence..? Kalau tersilap itu adalah tanggungjawab individu tersebut yang
lalai bukan ringtone tersebut perlu diharamkan. Saudara Dr. Asri tak pernah kot melihat para huffaz di negara kita yang kerap membawa mushaf Al quran ke mana saja kerana untuk memperingatkan bacaan dan hafalan. Pada waktu waktu ketika, mereka masuk ke tandas, mushaf diberikan kepada rakan di luar ataupun ditinggalkan diluar tandas. Seandainya beliau tersilap membawa masuk, itu tanggungjawab dia. Bukan mushaf yang yang perlu dipersalahkan.
Begitu juga sekiranya seseorang itu membaca al quran di dalam tandas, itu dosa beliau yang ditanggungnya kerana tidak menghormati kesucian al quran.

Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, wujudnya al quran melalui bacaan qari qari yang dimasukkan ke dalam teknologi digital sekarang banyak kebaikannya kepada mereka yang mempelajari al quran. Sebagai contoh, MP3 sekarang adalah alternatif kepada walkman yang kurang dipakai pada masa kini. Tujuannya untuk menghidupkan hati seseorang dengan ruh al quran. Persoalan yang ingin ditanya, kenapa lagu lagu berunsur lucah, grafik grafik porno
tidak dibuat kenyataan secara rasmi oleh Dr. Asri.? Kenapa ringtone al quran yang diharamkan..? Kenapa yang beku sangat sampai tak tahu menilai antara baik dan buruk. Kalau nak beri pendapat pun, duduk semeja dengan para alim ulama yang lain. Bincang masalah umat Muhammad. Kita ada sumber hukum perundangan iaitu al quran, as sunnah, ijma’ ulama’ dan qias. Lepaskan pendapat bersama para ulama dan dapatkan tarjih. Ni tidak, mengelirukan umat dengan kenyataan kenyataan jahil yang akhirnya dipersendakan oleh orang luar.

Yang terakhir sekali, baru baru ini dalam wawancara beliau bersama Datuk Johan Jaafar, antara kalam Dr. Asri yang masih saya ingat menyebut..” rasuah dikurangkan, maksiat dikurangkan..” Nah, satu lagi percakapan beliau yang tak ter”filter” keluar dari lisan
seorang mufti. Bila beliau menyebut dikurangkan, maksudnya masih ada baki yang ada dalam maksiat dan rasuah. Kiranya lepas ni Dr. Asri kena guna penyukat la untuk sukat indeks rasuah yang berkurang dan indeks maksiat yang ada di negara ini. Sedangkan dalam kaedah fiqh ada memyebut : “addorar yuzal” – kemudaratan itu dihilangkan. Beerti ditiadakan. Bukannya disebut ” addoror
yunqas” – kemudaratan dikurangkan. Nah, fikirkanlah wahai pengikut setia Dr. Asri akan apa yang telah dilakukan oleh Tok Guru anda. Maksiat dan rasuah tu dari jenis mudarat, so kemudaratan tersebut (rasuah) hendaklah dihilangkan oleh mereka yang berkuasa ke atasnya. Dan pihak berkuasa mesti memeranginya seperti kempen yang telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri kita sekarang.

Tapi saya dapat mengandaikan bahawa mesti dia mengata bahawa yang disebut pada malam tu adalah “sabqullisan – sabqulkalam” sepertimana alasan yang beliau perlepas ketika ditanya oleh ustaz Aminuddin Abd Rahim ketika dialog dan perbincangan Dr. Asri bersama Dr. Abdul Aziz Hanafi di Perak tahun 2005 yang lalu tentang kesalahan Dr. Asri membaca ayat al quran.

Akhir sekali, tinta saya yang dhoif ini memohon ampun dari Allah Taala di atas segala kesilapan yang berlaku dalam tulisan saya ini. Diri yang kerdil ini masih lagi mencari ilmu untuk mencari keredhaan Allah.Nasihat saya marilah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan perbanyakkan istighfar di atas kesilapan lalu. Jangan mempertikaikan ulama mazhab dan wali-wali Allah dengan mengatakan mereka tidak maksum kerana selain dari nabi mereka ada membuat kesalahan. Jangan sahabat sahabatku seakidah..! Mereka para ulama adalah hampir kepada Allah. Kalam mereka masin. Mereka tu menghafaz al quran. Menghafaz puluhan ribu hadis. Mereka meletakkan sesuatu ilmu bukan berdasarkan hawa nafsu.Kalam mereka keluar dari lisan mereka bukan dengan hawa nafsu tetapi ilham yang Allah beri hasil ketaatan mereka yang tidak
berbelah bahagi kepada Allah. Cuba nilai siapa kita untuk menolak mereka..!Jangan dengan alasan tajdid kalam kalam kita tidak dijaga. Adab tidak dipelihara. Takut nanti “hadid” – tongkol besi yang kita dapat atas kepala kita bila berdepan dengan Allah Taala kelak.

WallhuA’lam

3 Respons to “Komen Dari sahabat”

  1. assalamualaikum
    boleh tak ustaz kenalkan diri ustaz pada saya. saya macam pernah dengar nama ustaz masa kat malaysia dulu. sekarang saya kat over sea. wassalam

  2. kalau tak puas hati dgn wahabi marilah berjumpa. jangan berani cakap belakang saja.

    Shaikh wahid bin abdussalam bali pun salafi

  3. sedara imran, sedara abu syafiq dah letak BANYAK GILER posting memberitahu no h/pnya jika ada wahabi ingin berdebat. sedara? mana no contact sedara jika ajakan sedar ini benar2 ajakan dan bukan main2?

    Ini link ke laman di mana seorang mufti menghukum orang2 yaman sebagai PEMALAS dan Mereka yang datang dari YAMAN dan keturunannya adalah SYIAH. jgn tertipu dengan kata2 manis yang diutarakan i awal dan akhir video..perhatikan kata2 yang digunakan di dalamnya yang diselit2 untuk menghina ahlul bait

    http://forum.asyraaf.com/viewthread.php?tid=428&extra=page%3D1

    adakah salah dan berdosa dilahirkan sebagai keturunan ahlul bait?
    kalau ya, memang ajaran wahabi sama dengan kristian yang mempunyai konsep dosa warisan

    adakah SEMUANYA SYIAH?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: