RUJUKAN KESESATAN IBN TAIMIYYAH DAN WAHABI.MURTAD”=WAHABI ke-2

SAHABAT INI ADA LAGI….BACALAH DAN RUJUKLAH PADA ULAMAK2 KITA YG THIQAH…

Wednesday, September 27, 2006

FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG KE TIGA

Ibnu Taimiyah mengharamkan orang pergi ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW di Madinah. Perjalanan ke makam tersebut dianggap maksiat. Fatwa Ibnu Taimiyah ini ditentang secara praktikal oleh umat Islam seluruh dunia khususnya Ahlussunnah wal Jamaah kerana sudah 15 abad umat Islam berbondong-bondong datang menziarahi makam Rasul SAW terutama sesuah mengerjakan hahji di Mekah.
Umat Islam keseluruhannya kecuali yang tertutup mata hatinya berkeyakinan bahawa pergi ke Madinah menziarahi makam Rasul SAW adalah perbuatan yang diberi pahala sekiranya dikerjakan.
Orang yang mengharamkan pergi ziarah ke makam Rasul SAW, sama ada secara langsung atau tidak langsung telah berusaha dengan sengaja untuk menyepikan kota Madinah, suatu kota di mana dulu pada permulaan Islam pernah dipancarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Dan langsung atau tidak langsung orang itu juga telah memperkecil peranan Nabi Muhammad SAW yang menyelamatkan manusia dunia dan Akhirat, kerana bagi orang itu sedikit demi sedikit, Rasul SAW sudah jauh daripada hatinya.
Ramainya kota Madinah sekarang adalah disebabkan kerana ramainya orang datang menziarahi makam Nabi SAW, bukan kerana ramainya orang datang untuk menziarahi masjid tersebut.
Dalam satu hadis memang disebutkan bahawa ada 3 masjid yang dibolehkan berkunjung ke sana untuk solat iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa tetapi apabila ditanya kepada orang ramai kenapa menziarahi Madinah, mereka kebanyakannya menjawab kerana untuk menziarahi makam Rasul SAW.
Di Palestin terdapat Masjidil Aqsa iaitu tanah suci umat Islam yang ketiga tetapi tidak ramai yang ingin pergi ke sana untuk solat di masjid itu atau sanggup menghabiskan banyak wang untuk pergi menziarahi masjid tersebut. Paling tidak pun hanya pelancong-pelancong yang datang melancong ke sana.
Sehingga kini, makam Rasul SAW tidak pernah sepi daripada penziarah dari serata dunia yang datang menziarahinya walaupun sudah lebih 700 tahun Ibnu taimiyah menfatwakan pengharaman menziarahi makam tersebut. Ini tercatat dalam sejarah apabila pada abad ke 8 H, di Damsyik, Ibnu Taimiyah mengharamkan ziarah ke makam Rasul SAW. Ibnu taimiyah menggunakan dalil:

“Tuhan mengutuk orang Yahudi dan Kristian yang menjadikan kubur Nabi-nabi mereka menjadi tempat ibadah/masjid”
(Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Dan dalil:

“bersabda Rasul SAW: ‘ tatkala dikhabarkan kepada baginda situasi gereja di Habsyah: mereka apabila meninggal seorang yang soleh di antara mereka lantas dibuatnya di tas perkuburan biara, kemudian mereka membina patung-patung/gambar orang-orang itu. Itulah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari Kiamat.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kerana itu tidaklah salah kalau banyak daripada ulama-ulama Islam sejak abad ke 9H mengarang buku menolak faham Ibnu Taimiyah dan mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah itu ” Dhallun Mudhillun” iaitu sesat lagi menyesatkan.
Ibnu Hajar Al Haitami seorang ulama besar dalam abad ke 8H, mengarang suatu kitab bernama ” Al Jauharul Munazham fi ziaratil Qubris Syarif An Nabi il Mukarram.” (Jauhar yang teratur untuk menerangkan ziarah kubur Nabi yang Mulia).
Bahkan banyak ulama-ulama besar yang terdahulu abadnya daripada Ibnu Taimiyah mengarang kitab yang menerangkan hukum sunat menziarahi makam Rasul SAW.
Imam Al Ghazali , seorang ulama besar telah menulis kitabnya Ihya Ulumuddin pada abad ke 5H, di mana beliau menyatakan pada bahagian Adab Safar, bahawa ziarah ke makam Rasul SAW itu diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya.
Seorang ulama Islam bernama Ibnu Hubairah menerangkan dalam kitabnya bernama ” Ittifaqul Aimah” bahawa telah sepakat Imam Mazhab yang 4 menfatwakan bahawa ziarah ke makam Rasul SAW adalah sunat hukumnya.

Rasul SAW pernah bersabda:

” Dahulu saya melarang menziarahi kubur, sekarang ziarahlah.”

” Dalam satu riwayat: ” Maka ziarahlah kubur, kerana ziarah itu mengingatkan kepada mati.”
(Hadis sahih Riwayat Muslim, halaman 389)

“Sesiapa yang menziarahi makam saya sesudah saya wafat, maka ia seolah-olah sudah menziarahi saya pada ketika hidup saya.”
(Hadis Riwayat Imam Daruqutni)

“Sesiapa yang menziarahi makam saya, ia psti akan mendapat syafaat saya.”
(Hadis riwayat Imam Daruqutni)

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam daruqutni banyak sekali ahli-ahli hadis mengtakan hadis ini adalah sahih, diantaranya Imam daruqutni sendiri, Ibnus Sakan, Imam Subki dan lain-lain. (Lihat Syawahidul Haq halaman 77)
Kalau dibentangkan dalil panjang sehingga menjadi buku dalil sunatnya, ziarah makam Rasul SAW. tetapi cukuplah bagi orang yang beriman kerana dalil itu -menurut istilah ulama fiqh – tidak disyaratkan banyak dalil, cukuplah satu hadis untuk menjadi dalil.

Sunday, September 24, 2006

FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG KEDUA

Ibnu Taimiyah menfatwakan bahawa Allah SWT setiap malam turun ke langit dunia seperti turunnya dia ke bawah dari mimbarnya.

Memang dalam sebuah hadis Rasul SW tersebut begini:

Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Bahawasanya Rasul SAW bersabda: “Allah turun setiap malam ke langit dunia ketika tinggal 1/3 malam terakhir, maka Ia berfirman: ‘sesiapa yang berdoa kepadaKu akan Kuperkenankan, sesiapa yang meminta akan Kuberi dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu akan Kuampuni.”
(Hadis Sahih riwayat Imam Baihaqi)

Pada ketika menerangkan hadis ini, Ibnu taimiyah menunjukkan cara Tuhan turun dari langit iaitu seperti turunnya dia daripada mimbar.

Menurut iktiqad Ahlussunnah wal jamaah, Allah turun tidak serupa turunnya makhluk apalagi seperti turunnya Ibnu Taimiyah daripada mimbarnya.

Maksud hadis ini menurut Ahlussunnah wal Jamaah , bahawasanya pintu rahmat Tuhan terbuka setiap malam seluas-luasnya, khusus pada akhir malam. Sekalian doa diterima ketika itu. Oleh itu banyakkan berdoa pada masa itu.

Inilah maksud hadis itu.

Fatwa Ibnu taimiyah ini kalau didedahkan kepada orang ramai pada masa ini akan ditertawakan orang . ini kerana telah termaklum bahawa dunia ini terdiri daripada pelbagai negara. Malam di suatu tempat, siang pula ditempat lain.

Kalau Allah SWT turun ke langit dunia setiap hari pada 1/3 malam seperti yang difahami Ibnu Taimiyah, maka pekerjaan Allah hanya turun-turun sahaja setiap waktu bagi seluruh penduduk dunia, kerana waktu sepertiga terakhir dari suatu malam bergantian seluruh dunia, sedangkan Tuhan hanya satu.

Yang benar ialah tafsiran Ahlussunnah wal Jamaah bahawa pintu rahmat Allah lebih luas terbuka pada sepertiga akhir malam. Jadi, lebih afdal berdoa di waktu itu.

Hal ini terbukti bahawa doa pada malam-malam hari sangatlah memberi kesan dan sangat terasa dekatnya kita dengan Tuhan .

Akan datang! Perbincangan tentang FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG MENYATAKAN MENZIARAHI MAKAM RASUL SAW ADALAH HARAM.

FATWA-FATWA IBNU TAIMIYAH YANG SESAT & MENYESATKAN

Saya akan mulakan perbincangan entri ini dengan tajuk “Bahaya Wahabi”. Memandangkan kaum Wahabi banyak merujuk kepada “ulama” mereka terutamanya Ibnu Taimiyah atau nama lengkapnya Ahmad Taqiyuddin Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Adussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim Al Khadar bin Muhammad bin Al Khadar bin Ali bin Abdillah.

Asal perkataan Taimiyah adalah daripada datuknya yang bernama Muhammad bin Al Kadar yang pergi haji melalui jalan Taima’. Setelah dia kembali dari haji didapati isterinya melhirkan seorang anak perempuan yang kemudian diberi nama Taimiyah dan keturunannya dinamakan Ibnu Taimiyah.

Ibnu Taimiyah ini dikatakan lahir di desa Haran, Palestin pada 10 Rabiul Awal 661H. Daerah Haran ini terkenal sebagai daerah Kristian Shabiin dan dikenali dengan daerah orang yang bijak, ahli falsafah dan selalu mempermainkan akal. Desa ini didiami oleh suku Kurdi bukannya Arab. Ibnu Taimiyah adalah seorang Kurdi dan bukannya orang Arab.

FATWA PERTAMA IBNU TAIMIYAH YANG BERTENTANGAN DENGAN FATWA AHLUSSSUNNAH WAL JAMAAH:

1. Tuhan duduk di atas Arasy sebagaimana Ibnu Taimiyah duduk.

Ibnu Taimiyah menfatwakan bahawa Tuhan duduk bersela di atas Arasy serupa duduk berselanya Ibnu Taimiyah sendiri. Faham ini beberapa kali diulangnya di tas mimbar masjid Bani Umaiyah di Damsyik , Syria dan di Mesir.

Ia mengemukakan dalil ayat Quran yang diertikannya semuanya saja, dan sebagai yang tersurat sahaja tanpa memperhatikan yang tersirat dari ayat-ayat itu.

Jadi, Ibnu Taimiyah boleh digolongkan kepada kaum Zahirriyah iaitu “kaum Zahir” yang mengertikan Quran dan Hadis secara zahirnya sahaja.

Misalnya firman Tuhan:

“Ar Rahman bersela di tas Arasy.”
(Surah Taha:5)

Dan firman-Nya:

“Kemudian Ia duduk bersela di atas Arasy,”
(Surah Al A’raf:54)

Dan ayat-ayat Quran serupa dengannya, yang tersebut dalam 7 buah surah dalam Quran iaitu pada surah:

Yunus:3
Ar Raad:2
Al Furqan: 59
As Sajadah: 4
Al Hadid:4

Ibnu Taimiyah mengertikan maksud “istawa” yang ada dalam Quran dengan maksud “duduk bersela serupa duduknya.”

Fatwa dan iktiqad Ibnu Taimiyah yang semacam ini ditolak oleh Ahlussunnah wal Jamaah, bukan sahaja ditolak dengan lisan dan tulisan tetapi juga sampai dibawa ke muka pengadilan dan akhirnya dihukum sampai mati dalam penjara.

Kaum Ahlussunnah wal Jamaah , baik kaum Salaf dan Khalaf, tidak mentafsirkan maksud “istawa” dalam ayat-ayat itu dengan “duduk bersela serupa duduknya manusia,” – tidak,tidak!

Ada 2 aliran dalam Ahlussunnah wal Jamaah dalam menafsirkan perkataan “istawa” iaitu:

1. Aliran Salaf atau ulama-ulama Islam yang hidup dalam 300 tahun sesudah tahun Hijrah.
2. Aliran Khalaf iaitu ulama Islam yang hidup dari awal 300 tahun sesudah Hijrah samapai sekarang.

Ulama salaf menafsirkan maksud hakiki perkataan “istawa” itu kepada Allah. Memang dalam bahasa Arab, istawa ertinya duduk tetapi ayat-ayat sifat “istawa” lebih baik dan lebih aman bagi kita tidak diertikan, hanya diserahkan ertinya kepada Tuhan sambil kita iktiqadkan bahawa Tuhan tidak duduk seperti makhluk.

Ulama-ulama khalaf mentaqwilkan perkataan “istawa” itu dengan “istaula” yakni menguasai atau memerintah.

Tetapi kedua-dua aliran ini menentang cara-cara Ibnu Taimiyah yang menyerupakan dudknya Tuhan dengan cara duduknya sendiri.

Kerana itu Ibnu Taimiyah bukan pengikut ulama-ulama Salaf atau Khalaf. Kalau diteliti secara mendalam, ulama Salaf dan Khalaf sama-sama mentaqwilkan ayat-ayat Mutasyabbih cuma caranya berbeza.

Ulama-ulama Salaf mengakui memang erti “istawa” itu adalah duduk cuma duduknya Tuhan tidak sama dengan duduknya makhluk.

Ulama Khalaf juga begitu, cuma mereka mengakui bahawa erti “istawa’ dalam adalah duduk tetapi ia lebih bersifat simbolik kepada menguasai.

Sepanjang sejarah, Imam Malik bin Anas r.a pernah ditanya yentang maksud ayat Taha:5, maka beliau menjawab:

” Perkataan Istawa sudah diketahui setiap orang ertinya, tetapi caranya tidak diketahui, bertanya-tanya dalam soal ini adalah bidaah.”

Demikian jawapan seorang ulama salaf yang juga pengasas Mazhab Maliki.

Tersebut dalam kitab Tafsir yang muktabar begini:

1. Dalam tafsir Jalalain jilid 3 , hlaman 82 begini: “yang dimaksud ialah menguasai dan memerintah”

2. Dalam tafsir Farid Wajdi jilid 3, halaman 412: “Istawa ertinya memerintah atau menguasai”

3. Dalam tafsir Ruhul Bayan, jilid 5 halaman 363 begini: ” Yang dimaksud istawa ialah menguasai.”

Ulama Khalaf menganggap bahawa mentaqwilkan Istawa dengan Istaula adalah lebih aman buat iktiqad kerana tidak akan ada sedikit juga lagi bertentengan dengan ayat dalam Surah Syura :11 yang bermaksud:

“Tiada menyerupai Dia sesuatu juga.”

Kalau dikatakan Tuhan bersela seperti makhluk, maka sudah bertentangan dengan ayat ini.

Pengertian macam ini bagi perkataan “istawa” terpakai dalam bahasa Arab.

Dalam satu Syair klasik disebutkan begini:

” Telah istawa (menguasai) manusia atas negeri Iraq tanpa darah yang tertumpah.”

Dan lagi dalam Al Quran banyak perkataan “istawa” yang ertinya bukan “duduk bersela” , seperti dalam firman Allah:

“Dan perahu Nabi Nuh iatawa (berlabuh) di Judi.”
(Hud:44)

Maksud “istawa” dalam ayat ini berlabuh, bukan bersela kerana perahu tidak boleh bersela.

Dan lagi firman Allah SWT:

“Kemudian Tuhan istawa (membuat) langit, lalu dibuatnya 7 langit.”
(Al Baqarah:29)

Kalau diertikan duduk bersela dalam ayat ini sebagai faham Ibnu Taimiyah, maka terjadilah kepincangan iaitu Tuhan duduk bersela di atas langit yang sedang dijadikan-Nya. Subhanallah!

Dan lagi contoh lain:

“Dan setelah dia dewasa atau istawa(cukup usianya), Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu.”
(Al Qasas:14)

Dan lagi firman Tuhan:

” Sebagai tanaman yang mengeluarkan tunasnya yang lembut, kemudian bertambah kuat dan bertambah besar, dapat istawa (tegak) di tas batangnya.”
(Al Fath:29)

Perkataan istawa dalam ayat ini ialah tegak bukan duduk bersela.

Nampaklah bahawa dalam ayat suci banyak perkataan istawa yang tidak bermaksud duduk bersela. Maka hairanlah kita kepada Ibnu Taimiyah yang memaksa dirinya untuk menafsirkan istawa dalam surah Taha: 5 dan lain-lain itu dengan duduk bersela serupa duduk berselanya dia yang menyebabkan dia termasuk dalam golongan Musyabbihah iaitu orang yang menyamakan Tuhan dengan makhluk.

Jadi dapat dibuat kesimpulan bahawa faham Ibnu Taimiyah itu adalah faham yang sesat dan menyesatkan, kerana bertentangan dengan sifat Tuhan iaitu ” Makhalafatuhu ta’ala lil hawaditsi” (berlainan dengan perkara yg baru/makhluk)

Akan datang! Perbincangan akan bersambung lagi dengan tajuk: FATWA SESAT IBNU TAIMIYAH YANG MENYATAKAN TUHAN TURUN DARI LANGIT SETIAP MALAM SEPERTI TURUNNYA IBNU TAIMIYAH DARI MIMBAR.”

Thursday, September 21, 2006

KAUM AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH MUNCUL PADA ABAD KE 3 H.

Sebagai reaksi dari firqah yang sesat tadi, maka pada akhir abad ke 3 H timbullah golongan yang dikenali sebagai Ahlussunnah wal Jamaah yang dipimpin oleh 2 orang ulama besar dalam Usuluddin iaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari dan Syeikh Abu Mansur Al Maturidi.

Perkataan Ahlussunnah wal Jamaah kadang-kadang disebut sebagai Ahlussunnah sahaja atau Sunni sahaja dan kadang-kadang disebut Asy’ari atau Asya’irah dikaitkan dengan ulama besarnya yang pertama iaitu Abu Hassan Ali Asy’ari.

Sejarah ringkas ulama besar ini adalah:

Nama lengkap beliau adalah Abu Hasan Ali bin Ismail bin Abi Basyar bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa Al Asy’ari.

Abi Musa ini adalah seorang sahabat Nabi yang terkenal dalam sejarah Islam.

Abu Hassan lahir di Basrah, Iraq pada tahun 260H yakni 55 tahun sesudah meninggalnya Imam As Syafie rhm dan meninggal di Basrah juga pada tahun 324H dalam usia 64 tahun.

Beliau pada mulanya adalah murid daripada bapa tirinya seorang ulama besar kaum Muktazilah, Syeikh Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab Al Jabai , tetapi kemudian beliau bertaubat dan keluar daripada golongan Muktazilah itu.

Pada masa itu, banyak sekali ulama Muktazilah mengajar di Basrah, Kufah dan Baghdad.

Ada 3 orang Khalifah Abbasiyah iaitu Malmun bin Harun Ar Rasyid, Al Muktasim dan Al Watsiq adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong utama daripada golongan Muktazilah.

Dalam sejarah dinyatakan bahawa pada zaman itu terjadilah apa yang dinamakan fitnah ” Al Quran makhluk” yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefahaman dengan kaum Muktazilah.

Pada masa Abu Hassan Al Asy’ari muda remaja, ulama-ulama Muktazilah sangat banyak di Basrah, Kufah dan Baghdad. Masa itu zaman gilang gemilang bagi mereka, kerana fahamannya disokong oleh pemerintah.

Imam Abu Hassan termasuk salah seorang pemuda yang belajar kepada Syeikh dari Muktazilah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab Al Jabai.

Muhammad bin Abdul wahab ini bukanlah pembangun mazhab Wahabi di Najd.

Imam Abu Hassan Al Asy’ari melihat bahawa dalam faham kaum Muktazilah ini banyak terdapat kesalahan besar yang bertentangan dengan iktiqad nabi Muhammad SAW dan para Sahabat beliau yang ramai dan banyak bertentangan dengan Al Quran dan Hadis.

Maka itu, beliau keluar daripada golongan Muktazilah dan bertaubat kepada Tuhan atas kesalahannya yang lalu. Bukan sahaj begitu, tetapi beliau tampil kemuka garisan depan untuk melawan dan mengalahan kaum Muktazilah yang salah itu.

Pada suatu hari beliau naik ke sebuah mimbar di maasjid Basrah yang besar itu dan mengucapkan pidato yang didengar oleh banyak kaum Muslimin yang berkumpul di situ.

Beliau berucap:

” Saudara-saudara kaum Muslimin yang dihrmati! Sesiapa yang sudah mengetahui saya, baiklah tetapi yang belum mengetahui, maka saya ini adlah Abu Hassan Ali As’ari anak dari Ismail bin Abi Basyar. Dulu saya berpendapat bahawa Quran itu makhluk, bahawa Tuhan itu tidak boleh dilihat dengan mata kepala di Akhirat, dan bahawa manusialah yang mencipta perbuatannya serupa dengan kaum Muktazilah.
Sekarang saya menyatakan terus terang bahawa saya telah bertaubat dari fahaman Muktazilah itu dan saya telah melemparkan faham Muktazilah itu seperti saya melemparkan baju saya ini dan saya setiap saat siap untuk menolak faham Muktazilah ini.”
(Zhumrul Islam 4 halaman 67)

Dari saat itu, Imam Abu Hassan Al Asy’ari berjuang melawan kaum Muktazilah dengan lisan dan tulisan, berdebat dan bertanding dengan kaum Muktazilah di mana-mana, merumuskan dan menuliskan dalam kitab-kitabnya iktikad kaum Ahlussunah wal jamaah sehingga beliau masyhur sebagai seorang ulama Usuluddin/tauhid yang dapat menundukkan dan menghancurkan faham Muktazilah itu.

Beliau mengumpulkan sebaik-baiknya dari Al Quran dan Hadis faham atau iktikad nabi Muhammad SAW dan para Sahabatnya, diperincinya dengan baik-baik.

Berkata Imam Zabidi, pengarang kitab Ittihaf sadatil Muttaqin, syarah Ihya Ulumuddin: “Imam Asy’ari telah mengarang sekitar 200 kitab.” (Lihat Ittihaf, jilid 2, halaman 7)

Di antara kitab-kitab karangan Imam Abu Hassan Al Asy’ari:

1. Ibanah fi Usuluddin, 3 jilid besar
2. Maqalaatul Islamiyiin.
3. Al Mujaz, 3 jilid besar
4. dan lain-lain.

Wednesday, September 20, 2006

PERSELISIHAN FAHAM TIMBUL SESUDAH NABI SAW WAFAT

Nabi Muhammad SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632M. Pada hari wafat baginda, sekumpulan Sahabat daripada kaum Ansar berkumpul di suatu tempat bernama SAQIFAH BANI SA’IDAH untuk mencari Khalifah pengganti Rasul SAW yang sudah wafat.

Kaum Ansar ini dipimpin oleh Saad bin Ubadah (Ketua suku kaum Ansar daripada suku Khazraj). Mendengar hal ini, kaum Muhajirin datang bersama-sama ke tempat tresebut dengan dipimpin oleh Sayidina Abu bakar As Siddiq r.a.

Sesudah terjadi perdebatan yang amat sengit antara kaum Ansar dengan kaum Muhajirin yang setiapanya mengemukakan calon daripada pihak masing-masing, bersepakatlah mereka mengangkat Sahabat yang paling utama iaitu Sayidina Abu Bakar r.a sebagai Khalifah yang pertama.

Perdebatan itu hanya terjadi antara golongan kaum Ansar yang mengemukakan Saad bin Ubadah sebagai calonnya dengan kaum Muhajirin mengemukakan Sayidina Umar bin Khattab atau Sayidina Abu Bakar sebagai calon Khalifah nabi.

Dalam pertemuan itu, tiada seorang pun yang mencadangkan Sayidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah pertama sebagai pengganti Nabi. Faham kaum Syiah belum ada ketika itu. Yang ada hanya kaum Ansar dan Muhajirin tetapi ternyata bahawa perselisihan faham antara Ansar dan Muhajirin itu tidak menimbulkan firqah dalam Usuluddin, kerana perselisihan itu dikira sudah selesai di masa Sayidina Abu bakar sudah diangkat dan terpilih menjadi Khalifah secara suara sepakat/aklimasi.

Pada tahun 30H, timbul faham Syiah yang diapi-apikan oleh Abdullah bin Saba’ yang menentang Khalifah Sayidina Usman bin Affan r.a. Abdullah bin Saba’ adalah seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam. Ketika ia datang ke Madinah, beliau tidak mendapat penghargaan daripada Khalifah dan daripada umat Islam yang lain. Oleh kerana itu, dia sakit hati.

Sesudah terjadi “Peperangan Siffin”, peperangan saudara sesama Islam iaitu di antara tentera Khalifah Ali bin Abi Thalib dengan Muawiyah bin Abu Sufyan (Gabenor Syria) pada tahun 37H, timbul firqah Khawarij iaitu orang yang keluar daripada golongan sayidina Muawiyah dan Sayidina Ali r.a.

Pada permulaan abad ke 2H, timbul pula Kaum Muktazilah iaitu kaum yang dipimpin oleh Washil bin Atha’ (lahir 80H-wafat 113H) dan Umar bin Ubaid (wafat 145H).

Kaum Muktazilah ini mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil, yang berlainan dan berlawanan dengan Iktikad Nabi dan Sahabat baginda.

Di antara fatwa-fatwa yang ganjil daripada kaum Muktazilah ialah adanya ” manzilah bainal manzilatain” yakni ada tempat antara 2 tempat iaitu selain Syurga dan Neraka.

Banyak lagi fatwa-fatwa kaum Muktazilah umpamanya mengatakan Tuhan tidak ada sifat, bahawa Al Quran itu makhluk, Nabi SAW hanya bermikraj dengan roh , pertimbangan akal lebih didahulukan daripada Hadis nabi SAW, Syurga dan Neraka tidak kekal dan akan lenyap dan lain-lain fatwa yang keliru.

Kemudian timbul pula fahaman Qadariyah yang mengatakan bahawa perbuatan manusia dicipta oleh manusia sendiri, tidak ada sangkut paut dengan Tuhan. Hak mencipta telah diberikan Tuhan kepada manusia sehingga Tuhan tidak tahu dan tidak peduli lagi apa yang akan dibuat oleh manusia.

Kemudian timbul pula fahaman jabariyah yang mengatakan bahawa sekalia yang terjadi adalah daripada Tuhan, manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa, tidak ada usaha dan tidak ada ikhtiar.

Kemudian timbul pula faham Mujassimah yakni faham yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk, punya tangan, punya kaki, duduk atas Kursi, turun dari tangga serupa manusia, Tuhan adalah cahaya seperti lampu dan lain-lain kepercayaan.

Kemudian lahir pula faham-faham yang keliru tentang tawasul, wasilah, tentang ziarah kubur, istigatsah daripada Ibnu Taimiyah yang semuanya mengacaukan dunia Islam dan kaum Muslimin.

Tuesday, September 19, 2006

IKTIQAD PADA MASA HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

Pada masa hidup Nabi Muhammad SAW, semuanya mudah dan senang kerana segalla sesuatu dapat ditanyakan kepada beliau.

Sahabat-sahabat Nabi berkumpul di hadapan Nabi untuk mendengar wahyu Illahi yang turun sewaktu-waktu. Ada di antara mereka yang menuliskan wahyu itu dan ada yang menghafal sahaja.

Allah SWT berfirman:

” Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan selain Dia, Yang Pengasuh dan Penyayang.”
(Al Baqarah : 163)

Para Sahabat Nabi kerana mereka orang Arab dan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka mereka dapat menangkap isi dan erti yang hakiki dari ayat-ayat Al Quran itu sehingga mereka yakin baawa Tuhan itu Esa, sifatNya Pengasih dan Penyayang. Mereka tidak bertanya lagi.

Kemudian turun lagi ayat suci:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Allah itu Esa, Allah tempat meminta, Ia tidak mempunyai anak dan Ia tidak dilahirkan dan tidak seorangpun yang menyerupai-Nya.”
(Al Ikhlas:1-4)

Para Sahabat nabi mendengar dan membaca ayat ini lantas yakin seyakin-yakinnya bahawa Tuhan itu namanya Allah. Ia Esa, bukan dua, bukan tiga. Ia bukan bapa,Ia bukan anak seseorang sebagaimana anggapan orang Kristian kepada Tuhan mereka dan pula tidak seorang pun menyerupai-Nya.

Dan lagi firman Allah Taala:

” Tiada suatu juga yang menyerupai-Nya, dan Ia Maha Mendengar , lagi Maha Melihat.”
(As Syura:11)

Nabi dan Sahabat-sahabat mengerti betul tujuan ayat ini , bahawa tidak ada sesuatu juga yang menyrupai Tuhan dan Ia tidak menyerupai sesuatu. Ia bersifat mendengar dan Mmelihat, semuanya dilihat dan didengar oleh Tuhan.

Ia tidak boleh diserupakan denga seorang raja yang duduk di singgahsana. Ia tidak boleh diserupakan dengan Malaikat, dengan Jin, tidak boleh diserupakan dengan ketua negara, tidak boleh diserupakan dengan sesiapa juga.

Dan lagi Allah SWT menurunkan ayat ini:

” Sekalian yang ada akan lenyap, yang kekal hanya Zat Tuhanmu, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
(Ar Rahman: 26-27)

Yakinlah Sahabat-sahabat Nabi bahawa semuanya akan lenyap dan yang kekal hanya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Walaupun dalam ayat ini dikatakan “wajah”, yang dalam bahasa Arab ertinya muka, tetapi Sahabat Nabi tidak mempersoalkannya kerana mereka tahu bahawa yang dimaksudkan dengan “wajah” dalam ayat ini ialah Zat-Nya, sesuai dengan satera Arab di mana biasa dipakai perkataan yang menunjukkan juzuk tetapi yang dimaksudkan adalah kulnya iaitu keseluruhannya.

Dalam ayat lain diterangkan pula begini:

” Dan bahawasanya Allah tidak berkehendak kepada sekalian alam ini.”
(Al Ankabut: 6)

Mengertilah Nabi dan para Sahabat baginda bahawa Tuhan berdiri sendiri, tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun, kerana Ia paling berkuasa, paling kuat, paling gagah dan boleh membuat apa sahaja yang dikehendakiNya seorang diri, tidak memerlukan bantuan sesiapa pun juga.

Dengan kata lain, Allah dan sifat-sifatNya telah dibentangkan dalam Al Quran pada pelbagai surah dan ayat yang berlainan tempat-tempatnya.

Umpama ada sesuatu yang tidak difahami, para Sahabat nabi bertanya kepada Nabi, yang terus dijawab dan diterangkan oleh nabi erti yang hakiki dari ayat-ayat itu, sehingga tidak ada perselisihan faham lagi.

Kerana itu tidak ada lagi firqah-firqah pada masa hidup nabi SAW dan tidak ada perbezaan pendapat, tafsir dari ayat-ayat itu. Mereka bersatu.

Begitu juga tentang Malaikat, Tuhan menerangkan dalam Al Quran secukupnya sehingga tidak ada keraguan.

Umpamanya Allah Taala berfirman:

“Dan mengajarlah Allah kepada Adam sekalian nama-nama , kemudian ditanyakan kepada Malaikat apa nama-nama itu, kalau kamu benar.”
(Al Baqarah: 31)

Ketika itu tahulah umat Islam , Sahabat-sahabat nabi bahawasanya di dalam Syurga itu ada satu makhluk selain manusia yang bernama Malaikat.

Keadaan Malaikat juga diterangkan dalam ayat ini:

“Mereka tidak menderhakai Tuhan kalau disuruh dan mereka mengerjakan sekalian suruhan Tuhan.”
(At Tahrim: 6)

Ketika itu tahulah para Sahabat Nabi bahawa Malaikat adalah makhluk yang patuh dan taat kepada Tuhan.

Dalam ayat lain dikatakan begini:

” Katakanlah (wahai Muhammad): Barangsiapa memusuhi JIbril, ( maka ia musuh Tuhan) kerana Jibril itu menurunkan Al Quran pada hatimu dengan izin Tuhan, untuk membenarkan kitab-kitab Tuhan yang terdahulu.”
(Al Baqarah :97)

Ketika itu tahulah para sahabat nabi bahawa Al Quran diturunkan kepada Rasul SAW oleh Tuhan dengan perantaraan Jibril.

Demikian pula tentang Rasul-rasul Allah dari dulu sampai kepada nabi Muhammad SAW, tentang kitab0kitab suci seperti taurat, Zabur, Injil dan Al Quran serta suhuf-suhuf. Begitu juga tentang hari Akhirat, Syurga, Neraka, tentang Qada’ dan Qadar Ilahi, diterangkakn secukupnya dalam Al Quran dan Hadis-Hadis Nabi dalam pelbagai kesempatan.

Sahabat-sahabat nabi memehamkan semuanya itu sefaham-fahamnya dan yakin seyakin-yakinnya.

Dan kalau umpamanya ada yang kurang terang atau yang musykil atau sedikit perselisihan faham, lantas ditanyakan kepada Nabi di mana Nabi menjelaskan persoalan-persoalan sebaik-baiknya sehingga tidak terjadi perselisishan faham lagi.

FIRQAH-FIRQAH DALAM ISLAM

Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya firqah-firqah (golongan) di lingkungan umat Islam, yang antara satu sama lain bertentangan fahamannya secara tajam yang sulit untuk diperdamaikan, apalagi untuk dipersatukan.
Hal ini sudah menjadi fakta dalam sejarah yang tidak boleh diubah lagi, dan sudah menjadi ilmu pengetahuan yang termaktub dalam kitab-kitab agama, terutama dalam kitab-kitab Usuluddin.

Barangsiapa yang membaca kitab-kitab Usuluddin akan berjumpa dengan perkataan -perkataan seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, Jabariah, Ahlussunnah wal Jamaah, Mujasimah, Bahaiah, Ahmadiah, Wahabiah dan lain-lain sebagainya.

Umat Islam khususnya yang berpengetahuan agama tidak hairan melihat dan membaca hal ini, kerana nabi Muhammad SAW sudah juga mengkhabarkan pada masa hidup baginda.

Banyak terdapat hadis-hadis yang berkaitan edngan akan adanya firqah-firqah yang berselisihan faham dalam lingkungan umat Islam.

Pertama:

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

” Maka bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antaramu nescaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Ar Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah itu dan gigitlah dengan gerahammu.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan lain-lain. Lihat Sunan Abu Daud juzuk 4, muka surat 201)

Tujuan hadis ini terang, bahawa akan ada perselisian faham dalam lingkungan umat Islam dan bahawa Nabi Muhammad SAW menyuruh umat Islam ketika itu supaya berpegang teguh dengan Sunnah nabi dan Sunnah Kalifah Ar Rasyidin ( Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Rda)

Kedua:

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Akan ada di lingkungan umatku 30 orang pembohong yang mendakwakan bahawa ia Nabi. Saya adalah Nabi penutup, tidak ada lagi Nabi sesudahku.”
(Hadis riwayat Tirmizi, lihat Sahih Tirmizi juzuk 9, muka surat 63)

Ketiga:

Bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Akan keluar suatu kaum di akhir zaman, orang-orang muda berfahaman jelek. Mereka banyak mengucapkan perkataan “Khairil Bariyah” (Maksudnya dalil atau firman-firman Allah yang di bawa oleh nabi). Iman mereka tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagai meluncurnya anak panah dari busurnya.Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu, lawanlah mereka.”
(Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari, lihat kitab Fathul Bari juzu 15, mukasurat 315)

Terang dalam hadis ini bahawa akan ada -menurut Nabi- sekumpulan orang-orang muda yang gemar mengeluarkan fatwa-fatwa agama berdasar dalil Quran dan Hadis, tetapi keimanan mereka tipis sekali dan bahkan keimanan keluar dari dirinya secepat keluarnya anak panah dari busurnya.

Maksud nya ialah bahawa mereka banyak bercakap/berbincang dengan menggunakan dalil Al Quran dan Hadis tetapi mereka sendiri tidak beragama, tidak sembahyang, tidak puasa dan tidak menjalankan tuntutan agama.

Keempat:

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

” Ada 2 firqah dari umatku yang pada hakikatnya mereka tidak ada kaitan dengan Islam iaitu kaum Murjiah dan kaum Qadariah.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi. Lihat Sahih Tirmizi juzuk 8, muka surat 316)

Kaum Murjiah dan Qadariah tak ada hubungan dengan Islam, kata Nabi Muhammad SAW. Na’udzubillah!

Kelima:

Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

” Dari Huzaifah r.a, belaiu berkata: Bersabda Rasul SAW: Bagi setiap umat ada Majusinya dan Majusi umatku ialah orang yang mengingkari takdir. kalau mereka mati, jangan dihadiri pemakamannya dan kalau mereka sakit, jangan dijenguk. Mereka adalah kelompok Dajjal. Memang Tuhan berhak memasukkan mereka ke dalam kelompok Dajjal.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Sunan Abu Daud Juz 4, halaman 222)

Keenam:

Tersebut dalam kitab Hadis begini:

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Telah berfirqah-firqah orang Yahudi kepada 71 firqah dan orang Nasrani seperti itu pula dan akan berfirqah umatku atas 73 firqah.”
(Hadis riwayat Tirmizi . Lihat Sahih Tirmizi Juzuk 10, muka surat 109)

Ketujuh:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.”
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, lihat Sahih Tirmizi, juzuj 10, muka surat 109)

Kelapan:

Tersebut dalam Kitab Thabrani, bahawa Nbi SAW bersabda yang bermaksud:

” Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya , akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah 9yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani)

Hadis yang sama ertinya tersebut juga dalam kitab “Al Milal wan Nihal” Juzuk 1 halaman 11, karangan Syahrastani (wafat 548H).

Kesembilan:

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran samapai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.”
(Hadis Sahih riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari juzuk17, muka surat 56)

Melihat hadis-hadis yang sahih ini dapat diambil kesimpulan:

1. Rasul SAW mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi dalam lingkungan umat Islam secara mukjizat iaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi. Khabar itu tentu baginda terima daripada Allah SWT.

2. Sesudah nabi SAW wafat akan ada perselisishan faham yang banyak samapai 73 faham/iktiqad.

3. Ada segolongan orang-orang muda pada akhir zaman yang selalu mengeluarkan dalil-dalil dari Al Quran, tetapi keimanan mereka tidak melepasi keronkong mereka.

4. Ada 2 golongan yang tidak ada kaitan dengan Islam iaitu kaum Murjiah dan Qadariah.

5. Ada 30 orang pembohong yang akan mendakwa bahawa mereka adalah Nabi, padahal Nabi sesudah Rasul SAW tidak ada lagi. Dan ada orang-orang Khawarij yang jahat.

6. Di antara 73 golongan itu ada yang satu yang benar iaiatu golongan kaum Ahlussunnah wal Jamaah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Ar Rasyidin.

7. Mereka ini akan selalu mempertahankan kebenaran iktiqadnya samapai hari Kiamat.

Dan sekarang barangsiapa yang menliti sejarah perkembangan Islam dari abad-abad pertama, kedua, ketiga dan samapai kepada zaman kita sekarang, apa yang disabdakan oleh nabi Muhammad SAW sudah nyata kebenarannya.

Tersebut dalam Kitab Bughyatul Mustarsyidin karangan Mufti Syeikh Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husein bin Umar yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’Alawi pada muka surat 398, cetakan Mathba’ah Amin Abdul majid , Kaherah (1381H), bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah iaitu:

1. Kaum Siah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a. Kaum Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Syidina Ali kwh, bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayidina Ali kwh. Firqah ini berfatwa bahawa orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij ini kemudiaian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Muktazilah iaitu kaum yang berfaham bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat, dam mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Kaum ini berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa membuat maksiat tidak memberi mudharat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau sudah kafir.

5. Kaum Najariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk yakni dijadikan Tuhan, tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum ini berpecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum jabariah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa manusia ini “majbur” ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah iaitu kaum yang menfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk atas Kursi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya.
Kaum ini hanya 1 aliran sahaja.

Jadi jumlahnya adalah:

1. Kaum Syiah 22 aliran
2.Kaum Khawarij 20 aliran
3.Kaum Muktazilah 20 aliran
4.Kaum Murjiah 5 aliran
5.Kaum Najariah 3 aliran
6.Kaum Jabariah 1 aliran
7.Kaum Musyabihah 1 aliran

Jumlah 72 aliran.

Kalau ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham Ahlussunnah wal Jamaah maka cukluplah 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh nabi Muhammad SAW dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

Demikian kitab Bugyatul Mustarsyidin.

Adapun kaum Qadariah termasuk golongan Muktazilah, Kaum Bahaiah dan Ahmadiah Qadiani masuk gomongan kaum Syiah, kaum Ibnu Taimiyah termasuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari kaum Ibnu Taimiyah.

ERTI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Erti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi.
Erti wal Jamaah ialah penganut Iktiqad sebagai iktiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi.

Kaum Ahlussunnah wal Jamaah ialah kaum yang menganut iktiqad sebagai yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.

Iktikad nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara tidak tersusun, belum teratur, tetapi kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama Usuluddin yang besar, iaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari (Lahir di Basrah tahun 260 H- wafat di Basrah juga tahun 324H dalam usia 64 tahun).

Kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum Ahlussunnah wal Jamaah dengan kaum ‘Asya’irah jamak dari Asy’ari, dikaitkan kepada Imam Abu Hassan Ali Al Asy’ari tersebut.

Dalam kitab-kitab Usuluddin biasa juga dijumpai perkataan “Sunni” kependekan Ahlussunnah wal Jamaah, orang-orangnya dinamakan “Sunniyun”.

Tersebut dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad Al Husni Az Zabidi iaitu kitab syarah dari kitab ” Ihya Ulummuddin” Karangan Imam Al Ghazali, pada jilid 2, muka surat 6, begini:

“Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jamaah maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan (fahaman) Asy’ari dan fahaman Abu Mansur Al Maturidi.”

Siapa Abu Mansur Al Maturidi ini?

Abu Mansur Al Maturidi adalah seorang ulama Usuluddin juga, yang berfahaman dan iktiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hassan Al Asy’ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Maturidi , Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H terkemudian 9 tahun dari Imam Abu Hassan Al Asy’ari.

Sudah menjadi adat kebiasaan dalam dunia Islam, bahawa hukum -hukum agama yang digali dari Al Quran dan Hadis oleh seorang Imam, maka hukum itu dinamai mazhab. Hasil ijtihad Imam Hanafi dinamakan Mazhab Hanafi, hasil ijtihad Imam Maliki dinamakan mazhab Maliki, hasil ijtihad Imam Syafie dinamakan mazhab Syafie dan hasil ijtihad Imam Ahamad bin Hambal dinamakan Mazhab Hambali, walaupun pada hakikatnya semuanya adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat atau terisrat di dalam Al Quran dan Hadis.

Begitu juga di dalam soal-soal iktiqad. Hasil galian daripada Al Quran dan Hadis oleh Imam Abu Hassan Al Asy’ari, walaupun pada hakikatnya Imam Abu Hassan Al Asy’ari hanya menggali, merumuskan, menfatwakan, menyiarkan, mempertahankan apa yang sudah ada dalam Al Quran dan Hadis juga, apa yang sudah diiktiqadkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.

Monday, September 18, 2006

KETERANGAN UMUM

ISTILAH-ISTILAH

Dalam memahami soal-soal iktiqad (kepercayaan) dalam Islam lebih baik terlebih dahulu dimaklumi istilah-istilah yang terpakai dalam lingkungan ini.

Usuluddin ertinya Asas Agama.
Ilmu Usuluddin ertinya Ilmu Asas Agama.

Di dalam Ilmu Usuluddin dibicarakan soal-soal iktiqad yang menjadi asas bagi agama iaitu:

a. Kepercayaan/iktiqad yang bertalian dengan KeTuhanan (Illahiyat)
b. Kepercayaan yang bertalian dengan Kenabian (Nubuwat)
c. Kepercayaan yang bertalian dengan soal-soal Ghaib (Hati Akhirat, Syurga,Neraka dan lain-lain)
d. Dan lain-lain soal kepercayaan.

Imu Usuluddin kadang-kadang dinamakan Ilmu Kalam yakni kalam Tuhan kerana ilmu ini banyak membicarakan sifat-sifat Tuhan, di antaranya sifat Kalam (berkata-kata).

Ulama-ulama dan ahli-ahli ilmu Kalam dinamakan Mutakallimun atau Mutakallimin.

Ada juga ilmu ini digelar Ilmu Tauhid yakni Ilmu Keesaan Tuhan Yang Maha Esa yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini tentang keesaan Tuhan.

Ada juga menamakannya dengan ilmu ‘Aqaid yakni ilmi iktiqad yang banyak dibicarakan dalam ilmu ini ialah soal-soal kepercayaan (iktiqad).

Di Malaysia dan Indonesia, orang menamakannya dengan ilmu sifat 20 kerana di dalam ilmu ini dibicarakan 20 sifat Tuhan yang WAJIB bagi Tuhan.

Kalau kita bincang tentang usul, sudah tentu ada yang furu’.

Dalam istilah agama, furu’ syariat bereti soal-soal ibadat yang dikerjakan setiap hari umpamanya solat, puasa,zakat, haji, nikah, jual beli dan lain-lain.

Kesimpulan dapat ditegaskan bahawa Usuluddin ialah iktiqad-iktiqad, dan furu’ syariat ialah ibadah-ibadah yang lahir.

Dala web ini akan dikupas hanya yang bersangkutan dengan Iktiqad, Usuluddin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: