Fahaman Al-Tabdi’ ancam Ahli Sunah Wal Jamaah

Bicara Agama

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Fahaman Al-Tabdi’ ancam Ahli Sunah Wal Jamaah

Oleh Zamihan Mat Zin al-Ghari

TERDAPAT banyak fahaman yang boleh mengganggu gugat proses kelancaran pembangunan yang dicetuskan oleh fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah itu sendiri. Antaranya ialah fahaman al-Tabdi’.

Fahaman al-Tabdi’ ialah fahaman yang menganggap pihak yang berselisih pendapat dengan mereka sebagai pembuat bidaah. Ini kerana amalan tersebut didakwa tidak dilakukan Nabi s.a.w. dan para sahabat. Lazimnya, isu-isu yang difokuskan melibatkan permasalahan fikah yang bersifat ranting.

Contohnya seperti melafazkan niat solat, wirid, berdoa beramai-ramai, melakukan qunut, menyapu muka selepas solat, bertahlil, membaca Yasin/al-kahfi malam Jumaat, solat Hajat, bertalkin dan lain-lain.

Dalam bab akidah, golongan ini cenderung kepada fahaman mempromosikan ayat mutasyabih secara meluas. Lebih-lebih lagi terhadap nas-nas yang berhubung dengan sifat Allah. Lalu muncullah pendapat yang mengaitkan Allah dengan makhluk atau jisim. Seperti kata-kata : Allah bertangan, berjari, berkaki, bermata, mempunyai rusuk, turun, berpindah, bersila di atas Arasy dan lain-lain.

Apa yang nyata, fahaman seperti ini bertentangan dengan ayat 4 surah al-Ikhlas dan ayat 11 surah al-Syura yang menyifatkan Allah tidak menyerupai segala sesuatu pun. Sekiranya ia disebarkan ternyata menjadi fitnah dalam masyarakat. Dan ini yang berlaku. Lantaran itu, semua institusi agama harus peka dengan permasalahan ini.

Asal-usul

Fahaman ini dikatakan berasal dari fahaman al-Salafiyyin. Iaitu golongan yang bersikap fanatik terhadap fahaman Muhammad Abd. Wahab dan pengikut-pengikutnya. Sebenarnya golongan ini telah lama wujud di negara kita semenjak 1900 tahun dahulu.

Ia dikenali dengan fahaman Kaum Muda di bawah pimpinan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki. Golongan ini tidak bertaklid kepada mana-mana mazhab yang muktabar. (sila lihat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-14 bersidang pada 22-23 Oktober 2006).

Fahaman ini mula berkembang ke seluruh tanah air khususnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1939 di bawah pimpinan Ustaz Hashim Abd. Ghani dengan gelaran fahaman Ittiba’ al-Sunnah. Golongan ini mendakwa hanya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah sahaja. (sila lihat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-14 bersidang pada 22-23 Oktober 2006)

Metodologi fahaman al-Tabdi’

Hasil kajian terhadap buku-buku, majalah, ceramah, seminar, forum dan cakera padat (CD) yang dikeluarkan golongan ini didapati mereka menyebarkan fahaman seperti berikut:

– Mengetengahkan isu kafir-mengkafir dengan kes khilafiah.

– Mempromosi ayat mutasyabihat secara meluas.

– Mendasari salah faham terhadap bidaah.

– Menyerang golongan tasawuf atau lMenyuburkan fahaman memvisualisasikan Tuhan.

– Menentang Fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri.

– Mempunyai fahaman yang keras dan ekstrem.

– Menolak pegangan imam mazhab dan taklid.

– Menolak sistem pengajian berasaskan kitab-kitab lama.

– Menuduh pendekatan kepimpinan tidak Islamik dan sebagainya.

Kedudukan

Isu fahaman ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985. Namun kuasa menentukan status fahaman ini tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri untuk memfatwakannya.

Oleh itu, semua pihak diminta tampil menyelesaikan masalah ini secara bijaksana. Maka, amat wajar jika fatwa mengenai fahaman ini dimuktamadkan.

Usaha ini sedikit sebanyak mampu meleraikan permasalahan yang berlaku. Semoga usaha pembangunan insan dan tamadun tidak terganggu dengan fahaman rigid sebegini.

Kini fahaman ini semakin menular dan berkembang biak di pusat-pusat pengajian tinggi. Golongan profesional juga tidak ketinggalan mudah terpengaruh dengannya. Sebabnya, ia mudah diterima kerana cara pengamalannya yang dikatakan senang dan ringkas.

Namun, dalam beberapa kes, golongan ini bertindak agresif terhadap pegangan dan amalan agama yang menjadi kebiasaan masyarakat kita.

Contohnya, amat menyedihkan bila sesetengah pihak menganggap talkin yang dibacakan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya semasa pengkebumian Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood sebagai satu bidaah yang sesat.

Demikian juga halnya talkin yang dibacakan pada hari pengkebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba. Golongan ini mendakwa pembacanya layak dihumban ke dalam neraka kerana melakukan sesuatu yang tidak diajar Rasulullah.

Selain itu, mereka juga berpendapat pahala bacaan ayat suci al-Quran tidak sampai kepada arwah. Malah amalan ini disamakan dengan budaya Hindudan mereka melarang keras umat Islam untuk mengamalkannya.

Bagi majoriti umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai amalan ini kerana ia mempunyai dalil, diamalkan oleh para alim ulama kita dan telah diputuskan oleh fatwa negeri-negeri. Maka usaha untuk mempertahankan pegangan dan fahaman ini perlu dilakukan.

Ini supaya masyarakat kita tidak menjadi mangsa. Maka, diharapkan semua pihak mampu memberi perhatian terhadap permasalahan ini. Sekali gus mengambil inisiatif terhadap langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

* Zamihan Mat Zin al-Ghari ialah Penolong Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

5 Respons to “Fahaman Al-Tabdi’ ancam Ahli Sunah Wal Jamaah”

  1. hafiz_ghumari Says:

    Alhamdulillah

    pihak berkuasa dah mula nak bertindak,
    setelah beberapa tahun kita tgk perpecahan dikalangan pendakwah dan kariah masjid serta masyarakat,saya amat menyokong usaha ini,
    sebelum ianya belarutan menjadi kudis yang sukar diubati.

  2. boleh post kan ada video dalam you tube ttg kebahayaan wahabi di UK.mereka sdg berkembang dekat birmingham. antara tokoh yg kuat menentang wahabi termasuklah tokoh dari Cambridge Uni, Sheikh Abdul Hakim Murad. tajuk video tuh ‘ Undercover Mosque’.
    sila dedahkan dalam blog ini

    bahagian satu.

    bahagian 2

    bahagian 3

    bahagian 4

    bahagian 5

    bahagian 6

  3. saya lebih suka guna najdism
    sebab aw-wahab nama Allah.
    waAllahualam

  4. salam, jemput masuk ke blog saya, tehranifaisal.blogspot.com. Bersama memerangi wahabi.

  5. saya rasa yang tak makan cili tak perlu rasa pedasnya…pedas tak tentu pasal ni boleh sebabkan perut sakit..jika fiqh aulawiyat yang nak dibincangkan, mungkin boleh di ruang2 forum yang lain dan bukan di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: