Majlis Muzakarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

http://www.jaro.com.my/

Majlis Muzakarah
Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Gerakan agresif pelbagai aliran kefahaman untuk mendominasi pemikiran masyarakat Islam masakini telah sedikit-sebanyak menghakis keyakinan dan menimbulkan kekeliruan terhadap pegangan Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, pihak JARO dengan kerjasama beberapa pihak telah mengambil inisiatif untuk memberikan kefahaman terhadap kecelaruan ini, khususnya dalam masalah khilafiah, ijtihad, rukun ihsan, nasab dan silsilah; mengikut perpekstif tasauf dan tareqat. Alhamdulillah, jihad untuk mempertahankan aqidah umat Islam di negara telah disahut oleh beberapa alim ulama’ tempatan, antaranya ialah :-
9.00 pagi
Tajuk :
Ijtihad dan Khilafiah
Panel :
Y.Bhg. Dato’ Mohd. Murtadza Hj Ahmad
Mufti Negeri Sembilan
11.00 pagi
Tajuk :
Rukun Ihsan
Panel :
Dr. Muhd Uthman el-Muhammady
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2.00 petang
Tajuk :
Nasab dan Silsilah
Panel :
Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah
Khazanah Fathaniyah
Setiap pembentangan kertas kerja diberikan masa selama 120 minit; dimana 15 minit adalah sesi penerangan biodata dan kupasan tajuk oleh pengerusi. Ahli Panel pula diberi masa 30 minit untuk membentangkan kertas kerja dan 60 minit untuk bermuzakarah secara langsung dengan para peserta. Akhirnya, ahli panel diberikan masa 15 minit untuk membuat kesimpulan tajuk. Y.Brs. Ustaz Syed Ibrahim Syed Ali (JAKIM) akan diberi masa 90 minit @ 4.00 petang – 5.30 petang untuk membuat rumusan penutup ketiga-tiga tajuk yang telah dibentangkan. Dalam masa yang diberi pada beliau, para peserta diberi peluang bermuzakarah dengannya dan juga ahli-ahli panel diatas.
Pihak JARO dengan rendah hati ingin menjemput mukmin/mukminat untuk ke majlis fikrah ini pada hari Ahad bertarikh 18 Mac 2007 bersamaan 28 Safar 1427 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Raub, Raub, Pahang. Mukmin/mukminat sekalian adalah disyorkan untuk menunaikan solat fardhu Subuh di Masjid Lama Raub dan seterusnya menikmati sarapan pagi yang disediakan pihak penganjur; sebelum menyeberang jalan untuk ke dewan muzakarah pada jam 8.00 pagi untuk mengambil tempat duduk yang terhad Semoga ikhtiar mukmin/mukminat untuk hadir ke majlis ini mendapat keredhaan Allah SWT jua.
Sekian, Terimakasih
Ma ’asalamah Allahu Ma’ana

Satu Respons to “Majlis Muzakarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah”

  1. buleh bg maklumat latar belakang speaker tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: