Kekal nasab mualaf perlu diperhalusi

Kekal nasab mualaf perlu diperhalusi

Oleh Adha Ghazali

KANGAR: Ahmad bin Subramaniam mungkin sekadar nama biasa bagi seorang mualaf atau saudara baru, namun bagi seorang penganut agama Islam, panggilan yang membawa maksud `Ahmad Anak Dewa Hindu’ itu pasti bukan suatu yang boleh menyenangkan hati. Suka atau tidak, itulah yang bakal dihadapi golongan saudara baru terutama di negeri ini, selepas ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Perlis (MFP) memutuskan penggunaan ‘bin Abdullah’ menggantikan nama bapa atau keturunan di kalangan golongan terbabit sebagai haram.

Malah, keputusan oleh 13 ahli MFP hasil perbincangan hampir empat jam kelmarin, menimbulkan tanda tanya sama ada ia wajar dilaksanakan atau perlu diteliti secara lebih terperinci bagi memelihara kesucian Islam, selain mengelak timbulnya percanggahan akidah.

Pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri Perlis, Abd Rahim Abdullah, berkata keputusan dibuat MFP perlu diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin sebelum penggunaan ‘bin Abdullah’ diputuskan sebagai haram.

Beliau berkata, walaupun penggunaannya dianggap pelik, tetapi MFP harus meneliti kewajaran mengharamkan penukaran nama nasab (keturunan) bukan saja dari segi pelaksanaan, tetapi kesannya ke atas individu serta Islam sendiri.

“Hasrat memerlihara nasab saudara baru adalah satu tindakan mulia dan patut disokong, bagaimanapun kita tidak mahu keputusan yang dibuat menjejaskan akidah atau identiti Islam di kalangan golongan terbabit.

“MFP perlu memberikan sedikit kelonggaran kepada saudara baru dalam menentukan nama masing-masing, sama ada untuk menukar atau mengekalkan nasab sedia ada.

“Ini kerana ada di kalangan mereka yang ingin nama bapa atau keluarga dikekalkan atas pelbagai sebab, namun ada juga yang enggan dan menggunakan bin Abdullah sebagai alternatif,” katanya yang turut mengalami isu sama ketika mula menganut Islam lebih 30 tahun lalu.

Kelmarin, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengumumkan 13 ahli jawatankuasa MFP sebulat suara mengharamkan penggunaan ‘bin Abdullah’ di kalangan saudara baru, kerana dianggap memutuskan hubungan silaturrahim antara keluarga, selain menafikan hak seorang bapa ke atas anaknya.

Abd Rahim berkata, MFP ti dak boleh mengharamkan penggunaan ‘bin Abdullah’ semata-mata kerana ia tidak diguna pakai pada zaman Nabi.

Beliau berkata, terdapat pelbagai kaum dan bangsa di zaman nabi, tetapi mereka bertutur dan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu Arab, berlainan sekali dengan keadaan di Malaysia hari ini.

Katanya, setiap kaum di Malaysia menggunakan bahasa masing-masing dan nama yang diberikan juga mempunyai maksud yang pelbagai. Malah, ada di antaranya mempunyai maksud yang bercanggah dengan akidah dan sudah pasti tidak sesuai diguna pakai oleh masyarakat Islam.

“Sebagai contoh, Ah Tu bermaksud babi, Ah Kau (anjing), Samy (pengamal agama Buddha) atau Subramaniam (salah satu dewa Hindu). Sudah pasti nama itu tidak sesuai digunakan orang Islam dan wajar sekali ditukar untuk mengelak kemusykilan akidah.

“Malah penggunaan bin Abdullah tidak bertujuan memisahkan hubungan antara bapa dan anak,” kata

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Setempat/20070312113400/Article/indexm_html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: