ADA APA DENGAN WAHABI!!!

Azizi Berpendapat:
Apakah benar kenyataan yang saya utarakan ini? Mengapa perlu saya mengatakan demikian?
Ya, memang benar, puak-puak wahabi telah banyak menghabiskan masa dan tenaga umat membincang dan bertelingkah dalam isu-isu khilaf dan furu’.
Sebab utama saya mengatakan demikian ialah kerana hal-hal yang dibincang dan diutarakan mereka ini telah lama diselesaikan dan disepakati oleh para ulama’ lampau dengan penuh semangat keterbukaan serta persaudaraan (dan saya pasti mereka lakukan semua itu dengan tertib kesarjanaan yang tinggi).
Masalah yang lebih utama dan lebih memerlukan tumpuan para cendikiawan serta para dai’ dan aktivis masa kini ialah menangani masalah sosial, penglibatan para remaja dalam kepelbagaian gejala maksiat dan banyak lagi. Ditambah pula dengan suasana yang amat mendesak yang perlu kita tangani bersama iaitu gejala riddah yang telah kian merebak di negara kita.
Kerana puak wahabi yang sibuk menyalah dan membid’ahkan amalan umat Islam yang sekian lama telah aman tenteram maka penumpuan para ustaz dan pelbagai NGO dakwah kini berpusing arah dan tenaga untuk menjawab tuduhan-tudahan yang dilemparkan oleh mereka. Dan bagi NGO-NGO Islam yang agak terpengaruh dengan fahaman sempit itu pula yang dulu mungkin aktif dengan pelbagai isu penting kemasyarakatan kini sibuk pula terjebak dalam cubaan mempopularkan aliran wahabi. Mereka lupa pula dan tidak lagi 100% menumpu program yang mereka dahulu giatkan.
Kita semua seharusnya menumpukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyeru lebih ramai orang mendekati Islam dan bukannya menimbulkan pelbagai kemelut dalam masyarakat.
Sebagai contoh isu memberi salam kepada orang bukan Islam itu telah selesai dan disepakati ulamak terdahulu beratus tahun. Suasana yang mereka berada ketika itu tidak jauh bezanya dengan apa yang kita sama-sama berada kini. Cuma kini teknologinya canggih. Tetapi itu tidak membezakan struktur demografi yang dialami masyarakat dulu dan kini. Ianya langsung tidak bererti masyarakat di zaman dahulu tiada orang-orang bukan Islam yang hidup bersama satu kampong mahupun keperluan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam pada masa itu. Namum ulamak serta umat masa itu akur dengan hujah-hujah yang membicara bab itu.
Satu lagi isu yang mempersoalkan kesahihan beberapa hadis-hadis yang terkandung kitab Sahih Bukhari. Selama beratus tahun para ulamak besar sepakati dan tidak mempersoal kesahihannya sehingga seorang yang digelar Albani mengutarakan persoalan itu beberapa puluh tahun kebelakangan ini. Dan kemudiannya disambut baik oleh Dr. Mahathir serta para anti-hadis. Kini ramai pula para pengikut albani di negara ini turut serta membawa slogan albani ini.
Yang terbaru, dalam akhbar Utusan 8 April Asri sekali lagi membawa isu yang tidak relevan untuk dibincangkan saf kanak-kanak ketika solat “Mereka dijarak jauhkan dari saf orang dewasa” dan mengelarkan amalan ini sebagai “khurafat”.
Pertamanya, apakah isu ini perlu kita bincang lagi? Kedua, apakah Asri ini sudah membaca semua hadis. Jika belum suruh dia buka kitab Abu Daud hadis 677 – dengan jelas menyebut pasal pembahagian saf untuk kanak-kanak. Kalau pun dia nak kata hadis itu lemah, apakah patut pula amalan itu dipanggil khurafat?
Ketiga, siapa yang untung bila umat ter”gostan” membicara perkara yang telah tidak perlu kita bincang lagi.
Bila tertimbul isu sebegini, saudara-saudara yang kurang senang dengan pendapat itu menadah kitab dan bertanya mereka yang arif untuk mencari kebenaran. (Baguslah kerana ia memberi peluang saya untuk mengaji sikit tetapi mungkin masa saya boleh saya boleh “prioritas”kanuntuk program penerangan gejala riddah di kalangan masyarakat.
Dan bagi saudara-saudara yang menyokong Asri akan bertaklid dengan pendapat itu dan membelik hujah-hujah mereka yang berpendapat untuk bermazhabkan dengan pendapat itu.
Takkah itu dipanggil habiskan masa?
Tak ada kerjakah kita ni? Umat diancam kiri dan kanan oleh puak liberal, musuh-musuh Islam, NGO-NGO bukan Islam, mereka yang sealiran dengan Malik Imtiaz/Zaid Ibrahim. Tak cukup dengan itu keluar pulak isu-isu karut marut dari laman Raja Petra. Semua ini tidak membantu usaha murni untuk kita berdakwah.
Saya menyeru kepada semua pihak tumpulah masa saudara sekalian untuk membina umat. Kalau ada yang tidak ikut saudara dalam bab-bab furu’ dan khilaf janganlah sampai saudara pergi tarik orang yang sedang solat qabliah Jumaat (seperti yang dilakukan oleh Abdullah Yassin 20 tahun dahulu di Sungai Besi) hanya kerana saudara tidak dapat menerima hujah mereka yang mengatakan boleh solat tersebut.
Cukuplah. Kita tumpu kepada isu-isu besar. Gejala murtad lebih mencabar. Gegala sosial dan maksiat di kalangan anak muda kita terlalu amat membimbangkan.
Ya Allah berikanlah pertunjuk kepada kami.

Ameen.

Azizi

Azman Jwb:
Lebih baik saudara fahamkan dulu apa itu WAHABI, asal usul gelaran tersebut sebelum ianya dikaitkan dengan orang yang ingin mengembalikan sunnah rasulullah saw yang telah lama umat Islam tinggalkan. Jika ianya adalah golongan yang berbeza, maka saudara juga telah melakukan fitnah yang besar
secara tidak langsung kepada 4 imam besar kita seterusnya kepada rasulullah saw juga.
Terjadinya masalah sosial dan sebagainya adalah kerana kesan melupakan dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pegangan kita, bahkan melakukan dan menambah perkara2 yang tidak perlu untuk mendapat syafaat nabi SAW.
Terima kasih atas komen saudara Azman.

Mungkin saudara Azman tidak sempat baca keseluruhan tulisan saya. Atau mungkin tidak berapa faham maksud tulisan tersebut.

Tajuknya ialah puak ini menghabiskan masa dan tenaga umat.

Isi perbincangan ialah puak ini banyak mengutarakan dan bertelingkah isu-isu kecil yang khilaf – bukan perkara usul.

Tiga contoh telah saya berikan – pertama, apakah perlu Asri menimbul isu boleh atau tidak beri salam kepada orang bukan Islam sedang perkara itu sudah disepakati? Apakah pendapatnya itu disandarkan atas Al-Quran dan As-Sunnah yang tepat (jangan quote ayat lain untuk suasana lain!).

Contoh kedua – Sejak bila kesahihan hadis kitab Sahih Bukhari mula dipertikaikan? Rujuk sejarah. Adakah ulamak-ulamak besar sebelum ini mempersoalkannya? Tetapi mereka yang berpendirian anti-hadis jelas sekali menolak kitab-kitab besar hadis. Apakah dengan mempersoalkan kredibiliti Imam Bukhari memberi “bullet” kepada puak-puak ini? Siapa yang untung? Kalau tak terima satu dua hadis – janganlah pula kita merosakkan nama imam-imam itu sehingga memberi peluang puak-puak yang selama ini kurang senang dengan kemurnian kesarjanaan pembukuan hadith menghentam kita.

Dan dalam isu terbaru, sebagai seorang mufti apakah perlu dia melabelkan perbuatan pembahagian saf itu sebagai khurafat walhal dalam hadith disebut dengan jelas. Kalaupun dia rasa perlu ada pembaharuan dalam “management” masjid – bukan itu kaedah yang hikmah. Bolehkah saya cadangkan dua cara – kalau dia belum terlintas idea ini. Pertama, dengan kuasa yang ada baginya dalam jawatan itu dan dengan hubungan rapat yang dia ada dengan Shahidan Kassim – dia kerahkan semua AJK Masjid untukdiadakan beberapa siri indoktrinasi supaya menyusun semula pentadbiran masjid untuk kawasan jajahannya – dengan idea dan caranya tersendiri.

Kedua, dalam mesyuarat-mesyuarat yang dia hadir bersama para pentadbir agama negeri-negeri lain – utarakanlah pendapatnya dalam majlis seumpama itu. Biarlah mereka sepakati dulu – baru kita hebuhkan untuk implimentasi kepada semua. Tak perlu dia nak hebuh melalui saluran media yang boleh memecah belahkan masyarakat umum yang ramainya tidak faham bab usul..

Dan yang terakhir, sebagai komen balasan saya, saudara duduk sejenak, fikir jelas-jelas, tarik nafas lega-lega, buangkan segala kecenderungan aliran dalam fikiran saudara dan renung peristiwa yang berlaku di sebuah masjid di Sg. Besi 10 tahun lalu (pembetulan – saya telah dimaklumkan yang bersama Qadi pejabat Agama semasa peristiwa itu dilaporkan – ianya berlaku sekita 10 tahun lalu bukan 20 tahun). Apakah wajar Abdullah Yassin menarik orang yang sedang solat?

Itulah yang saya sebut dari awal tadi bahawa perbalahan hasil dari membesarkan perkara-perkara furu’ dan khilaf tidak menguntungkan umat. Malah, kita sewajarnya bersepakat menangani masalah-masalah yang lebih besar.

Kalau orang itu telah datang solat, kenapa kita nak tarik dia supaya duduk? Sepatutnya Abdullah Yassin pergi tarik orang yang di luar masjid untuk datang solat. Walaupun saya tidak mengikuti kaedah Jemaah Tabligh namun kesungguhan mereka mengauli masyarakat umum serta berusaha menarik mereka ke masjid adalah suatu yang murni.

Dan tidak timbullah usaha saudara untuk menyabitkan teguran saya ini hingga memfitnah Rasulullah s.a.w. serta keempat-empat iman besar yang saudara sebutkan – jika saudara benar-benar faham jawapan saya di atas serta membacanya dengan hati yang terbuka.

Ya Allah berikanlah petunjuk kepada kami.
WalLahu ‘alam.
Azizi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: