http://www.abu-syafiq.blogspot.com/-Terkini

Fatwa JAIS Haramkan Wahhabi

JAIS : 03-55143425

Dipetik dari surat khabar METRO mengenai berita mengembirakan untuk Wahhabi: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20070706093015/Article/indexm_html

Wajib satu solat sehari
Oleh Nazarali Saeril dan Abdullah Mahsen

KLANG: Kaki ponteng sembahyang tentu ‘gembira’ dengan kemunculan ajaran sesat baru yang bukan saja mewajibkan satu solat sehari, malah turut mengharamkan sembahyang Jumaat.
`Tok guru’ ajaran sesat dikenali Kumpulan Islam Jemaah itu berhujah kononnya, satu solat itu mewakili empat solat lain dan pengikut tetap diberi ganjaran pahala penuh lima solat dengan hanya melakukannya sekali dalam sehari.
Selain itu, tok guru terbabit mengeluarkan fakwa mengharamkan sembahyang Jumaat dengan mendakwa solat berkenaan tidak perlu dilakukan kerana pengikutnya adalah golongan terpilih yang dikecualikan daripada melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
Ajaran sesat terbabit yang papa kedana kerana masih kurang pengikut, juga menjadikan sebuah pondok buruk di pinggir bandar ini sebagai lokasi operasi penyebaran pengaruh.

Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, memberitahu Harian Metro, pondok terbabit dibina serta beroperasi di lokasi sunyi dan jauh daripada pandangan ramai dipercayai kerana bimbang diserbu pihak berkuasa.
“Tok guru ajaran sesat terbabit juga memberi peringatan kepada pengikutnya bahawa apa yang mereka amalkan dan jalankan benar.
“Bagaimanapun, semua yang dilakukan pihak jabatan agama serta kerajaan dalam pelaksanaan ajaran Islam seharian adalah salah dan wajib ditentang.
Ia benar-benar tidak masuk akal tetapi pengikut yang terpengaruh tetap percaya kata-kata tok guru bebal terbabit,” katanya, semalam.Difahamkan, ajaran sesat itu cuba mengembangkan pengaruh selepas mengetahui banyak ajaran sesat lain berjaya ditumpaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam pelbagai operasi dijalankan sebelum ini.
Gerak-geri tok guru serta pengikut ajaran sesat itu kini diperhatikan Jais untuk diambil tindakan kerana apa yang dilakukan mereka mampu memecahbelah ummah.
“Mereka masih sorok-sorok dalam menjalankan kegiatan seharian kerana kononnya ‘low profile’ sedangkan hakikatnya, takut diserbu pihak berkuasa.
“Kami sendiri hairan bagaimana pengikut boleh percaya ajaran seperti itu sedangkan sudah banyak ajaran sesat hampir sama diwartakan sesat dan dimusnahkan,” katanya.Difahamkan,

Jais sedang menyiasat latar belakang tok guru ajaran sesat terbabit sama ada dia warga tempatan atau asing, mengumpulkan dana melalui memeras wang daripada pengikut dan sebagainya.
Tindakan akan diambil dalam masa terdekat kerana pihak berkuasa sudah mengenal pasti dalang di sebalik ajaran sesat terbabit.

Sementara itu, Abdul Rahman menasihatkan umat Islam di Selangor supaya tidak terpengaruh dengan ajaran Wahabi yang dikesan sedang digerakkan di negeri ini oleh pihak tertentu.
“Kita mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Shafie.
Gerakan untuk menyebarkan ajaran Wahabi akan kami tentang sehingga lenyap.
“Fatwa sudah diputuskan majlis agama Islam beberapa negeri dan gerakan mengembangkan fahaman itu tidak wajar dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga bersedia mengambil tindakan sekiranya ajaran dalam fahaman berkenaan melanggar fatwa negeri.
Ini kerana, berdasarkan ajaran Wahabi, pengikutnya tidak dibenarkan bertalkin selain berwirid seperti dilakukan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Kita tidak akan berkompromi dengan ajaran yang boleh memecahbelahkan ummah.
“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyebaran Wahabi atau ajaran sesat lain memaklumkannya kepada kami,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/BeritaUtama/20070706093015/Article/indexm_html

————————————————————————————————

Lagi JAIS haramkan Wahhabi :

http://www.agendaselangor.com/news.php?extend.920
Umat Islam di Selangor jangan terpengaruh ajaran Wahabi

KLANG, Khamis 5 Julai.–Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihatkan umat Islam di negeri berkenaan tidak terpengaruh dengan ajaran Wahabi yang dikesan sedang bergerak di negeri ini.Pengerusi Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor,Datuk Abdul Rahman Palil berkata,fahaman berkenaan dikhuatiri akan memecah belahkan umat Islam yang cetek ilmu agama.
“Banyak masyarakat Islam tidak boleh menerima ajaran Islam tersebut, kalau orang lain nak amalkan tak kisahlah tapi kita di Selangor amalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Shafie””Fatwa sudah diputuskan majlis agama Islam negeri-negeri dan usaha mengerakkan atau mengembangkan fahaman berkenaan tidak wajar dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian di sini selepas menyampaikan tauliah pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah sesi 2006/2009 dan anugerah masjid terbaik daerah Klang.
Menurutnya, JAIS bersedia mengambil tindakan sekiranya ajaran dan fahaman berkenaan bercirikan amalan yang melanggar fatwa dikesan di negeri ini.”kita dah amalkan mazhab Shafie sejak sekian lama, tiba-tiba masuk ajaran baru talkin tak boleh, wirid tak boleh, jadi pecah belah dan kelam kabutlah,” uarnya.

http://www.agendaselangor.com/news.php?extend.920

2 Respons to “http://www.abu-syafiq.blogspot.com/-Terkini”

  1. as salam aleykoum,
    my name is samir,i’m a french muslim from france,’im a muslim
    i’m antiwahabi because wahabi = kafir

    http://ahlsunnah.over-blog.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: