LANGIT KIBLAT DOA BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH.-(Menafikan Tempat Bagi Allah)

LANGIT KIBLAT DOA BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH.
oleh : abu syafiq(012-2850578)

Alhamdulillah wassola tu wassalam ‘ala rasulillaah.

Ketahuilah bahawa Allah ada tanpa memerlukan kepada tempat. Berdalilkan dengan firmanNya yang bermaksud : ” Tiada sesuatupun menyerupai Allah”. As-Syura ayat11.
Dan memadai dengan ketiadaan nas dari Al-Quran mahupun Al-Hadith Nabawi menetapkan tempat (makanun) bagi Allah maka ulama islam tidak menetapkan tempat bagi Allah.
Inilah kaedah manhaj ulama salaf sebenar yang tidak menetapkan tempat bagi Allah kerana perbuatan menetapkan tempat bagi Allah adalah menyamakan Allah dengan makhlukNya.
Berkata Imam At-Tohawi yang merupakan ulama salaf dalam kitabnya Aqidah At-Tohawiyah : “Sesiapa yang mensifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia maka dia kafir”.
Manakala sifat Maha Mendengar dan Maha Melihat merupakan sifat yang telah pun diwaridkan iaitu telahpun dinyatakan dalam Al-Quran, kita mengimaninya tanpa menyerupakan Allah dengan makhluk dan Allah bersifat Maha Mendengar tanpa anggota telinga dan Dia bersifat Maha Melihat tanpa bijik mata.

Ini kerana sekadar itu yang diwaridkan oleh nas Al-Quran sekadar itulah kita imani tanpa menetapkan sifat bertelinga mahupun sifat berbiji mata bagi Allah yang tidak dinyatakan oleh Allah sendiri.
Berkenaan firman Allah: “Ar-Rahman ‘alal Arasy Istawa” pula. Ayat ini kita imani tanpa menyamakankan Allah dengan makhlukNya dan tidak menetapkan tempat bagi Allah itu di atas arasy!. Ini kerana tidak disebut oleh Al-quran bahawa ‘arasy itu tempat bagi Allah’ dan sekadar itulah ayat itu kita imani, seperti mana masjid dinamakan sebagai ‘rumah Allah’ iainya tidak bererti Allah duduk dan tinggal didalam masjid! Allah tidak pernah pun menyatakan Dia duduk dan tinggal di dalam masjid walaupun dinamakannya sebagai ‘Rumah Allah’.
Sekiranya akidah Allah Bertempat itu adalah benar maka lebih benar pembawa akidah hulul yang menetapkan bagi Allah itu berada dimana-mana tempat seperti didalam masjid, bukankah masjid itu rumah Allah?maka mengapa Dia perlu berada diluar rumahNya?, semestinya Dia berada dalam rumahNya samaada seketika mahupun selamanya…beginilah akan diperkatakan oleh pembawa ajaran sesat akidah hulul yg menetapkan tempat bagi Allah.
Dengan itu, akidah kita Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pertengahan antara akidah Wahhabi yang menetapkan satu tempat bagi Allah iaitu bagi mereka di langit dan kekadang di atas arasy pula tempat Allah bagi mereka, dengan akidah hulul yang menetapkan zat Allah di mana-mana, maka akidah Ahlu Sunnah tengah-tengah antara kedua-dua tadi iaitu tidak menetapkan tempat bagi Allah, samaada di atas langit, atas arasy tempatNya mahupun di mana-mana..kita tidak menetapkan bagi Allah sedemikian.

Angkat Tangan Ke Langit.
Ketahuilah bahawa mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa tidaklah bererti Allah berada dilangit dan tidak juga bererti Allah berada diatas arasy seperti mana kita menunaikan solat yang merupakan peribadatan utama kita kepada Allah, kita menghadap ke arah ka’bah ianya tidak bererti Allah berada di ka’bah.
Islam dan ulama islam dikalangan salaf dan khalaf menyatakan tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa adalah merupakan kiblat doa(samaada telapak tangan itu sebelah dalamnya atau sebelah luarnya diangkat ke langit).
Akan tetapi ini tidak bermakna sekiranya seseorang itu berdoa kepada Allah tanpa mengangkat tangannya ke arah langit maka doanya terbatal.

Mari kita lihat kenyataan ulama Ahli hadith iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab masyhur beliau berjudul Fathul Bari,jilid 2, m/s 233, cetakan Dar Ma’rifah Beirut :
“السماء قِبْلة الدعاء كما أن الكعبة قِبْلة الصلاة” اهـ.
Katanya: Langit merupakan kiblat bagi doa sepertimana ka’bah kiblat bagi solat.

Disana ada ribuan kenyataan ulama islam dikalangan salafnya mahupun khalafnya serta ulama fekah mahupun akidah mengatakan bahawa langit merupakan kiblat bagi berdoa dan BUKAN TEMPAT BAGI ALLAH.
Boleh dirujuk seperti dibawah:

Kata Imam Mulla Ali Qori pensyarah kitab Fiqhul Akbar oleh Imam Abu Hanifah:
وقال الشيخ مُلاّ علي القاري الحنفي (1014هـ) في كتابه “شرح الفقه الأكبر” ما نصه :”السماء قِبْلة الدعاء بمعنى أنها محل نزول الرحمة التي هي سبب أنواع النعمة، وهو مُوجِب دفع أصناف النقمة… وذكر الشيخ أبو معين النسفي إمام هذا الفن في “التمهيد” له من أن المحقّقين قرّروا أن رفع الأيدي إلى السماء في حال الدعاء تعبّد محض” اهـ.

Berkata Imam Al-Bayadhy bermazhab Hanafiyah:
5ـ وقال العلاّمة البَياضي الحنفي (1098هـ) في كتابه “إشارات المرام” ما نصه: “رفع الأيدي عند الدعاء إلى جهة السماء ليس لكونه تعالى فوق السموات العُلى بل لكونها قِبلة الدعاء، إذ منها يتوقع الخيرات ويستنزل البركات لقوله تعالى:{وفي السماء رزقكم وما توعدون} [سورة الذاريات/22] مع الإشارة إلى اتصافه تعالى بنعوت الجلال وصفات الكبرياء، وكونه تعالى فوق عباده بالقهر والاستيلاء” اهـ.

Berkata ulama Hadith al-Hafiz Muhaamd Murtadho Az-Zabidy pensyarah kitab Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali:
ـ وقال الحافظ الفقيه اللُّغوي السيد محمد مرتضى الزَّبِيدي الحنفي (1205هـ) ما نصه :”وإنما اختُصَّت السماء برفع الأيدي إليها عند الدعاء لأنها جُعِلَت قِبْلة الأدعية كما أن الكعبة جُعِلَت قِبْلة للمصلي يستقبلها في الصلاة، ولا يقال إن الله تعالى في جهة الكعبة” اهـ.

ـ وقال أيضًا :”فأما رفع الأيدي عند السؤال والدعاء إلى جهة السماء فهو لأنها قِبلة الدعاء كما أن البيت قِبلة الصلاة يُسْتقبَل بالصدر
والوجه، والمعبودُ بالصلاة والمقصودُ بالدعاء ـ وهو الله تعالى ـ منزه عن الحلول بالبيت والسماء؛ وقد أشار النسفي أيضًا فقال: ورفع الأيدي والوجوه عند الدعاء تعبُّد محض كالتوجّه إلى الكعبة في الصلاة، فالسماء قِبْلة الدعاء كالبيت قِبْلة الصلاة” اهـ.

ـ قال العلامة المحدث الشيخ عبد الله الهرري المعروف بالحبشي في كتابه “إظهار العقيدة السُنيَّة” ما نصه :”ورفعُ الأيدي والوجوه إلى السماء عند الدعاء تعبُّدٌ مَحْضٌ كالتوجّه إلى الكعبة في الصلاة، فالسماء قِبْلة الدعاء كالبيت الذي هو قِبْلة الصلاة” اهـ.

Al-Quran dan Hadith Nabi tidak pernah menyatakan tujuan kita mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa itu adalah kerana Allah berada dilangit. Wallahi tidak pernah!
Sekiranya tujuan mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa itu adalah Allah berada dilangit, sudah tentu Allah dan RasulNya menyatakan terdahulu. tetapi Allah dan RasulNya tidak menyatakan sedemikian bahkan para alim ulama menafikan langit itu tempat bagi Allah maka kami menyatakan Allah wujud tanpa memerlukan kepada tempat dilangit mahupun di atas arasy.

Wallahu subhanahu wata’ala ‘alam wa’ala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: