MENJAWAB SOALAN MENGENAI RASUL DAHRI

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

02 August, 2007

MENJAWAB SOALAN MENGENAI RASUL DAHRI


Soalan dipetik dari komen :

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/wahhabi-mujassimah-zaman-kini.html
abdussalam Inst. Al-Khadem KL said…
As’kum.

Bila saya ziarah blog ust abu syafiq ini saya dpti pelbagai kritikn seakan2 dilmprkn kepada ust2 yang saya sehingga skrg masih menghadiri pngajiannya.

Sbgi contoh Ustaz Rasul Dahri.Beliau seorg yg brgiat kuat mnympaikan apa yg blog ini kritik.

Untuk pengetahuan umum..Ust. Rasul Dahri pengajian yg selalu juga mmboringkn, mungkin disbbkn pnympaian suaranya yg agak gagap dan kurng menarik serta jarang dpt difahami ilmiahnya..

so …. saya mahu brtanya pd blog ini mengenai Ust Rasul Dahri. Apa pandangn antum mengenai beliau?Ini jugk krn org tua saya prnh melrng saya menghadiri pngajiannya krn dia dikatakan seorg yg membosankan serta suka dan cpt menghukum bert.dan bnrkah kitb2nya diharamkan oleh kesemua majlis agama islam?diharap tuan punya blog membantu saya.

wassalam…
Abduss Salam Inst. Al-Khadem.

————————————————————————————————

Dijawab oleh Abu Syafiq:

Assalamu’alaikum.
Pertama sekali sy ingin memohon maaf kerana tidak dapat kerap berada di blog ini atas urusan diluar. Sy pun tidak sangka sambutan yang amat memberangsangkan.

Secara ringkas bagi menjawab soalan yang ditanya maka sy menyatakan bhw kita perlu menilai seseorg itu dari aspek akidahnya.
Sekiranya akidah ia benar dan tidak brcanggah dgn islam waktu yang sama mengaku sebagai muslim maka kita tidak harus mengkafirkannya atau mengeluarkan dia dari insan bergelar muslim. Akan tetapi sekiranya terdapat kejelasan yang wadih(terang) akan kepesongan akidahnya maka disitu barulah trbuka ruang lingkup hukum sama-ada dia telah jatuh murtad atau tidak.
Mengenai soalan Abdussalam dari Kl seperti di atas tadi mengenai Rasul Dahri seorang warganegara BUKAN malaysia yang kita dapati kerap menghidupkan akidah songsang lantas mencipta ajaran baru yang tidak langsung bertepatan dengan Al-quran dan Al-sunnah bahkan Rasul Dahri sering menyelitkan akidah asas Yahudiyah antaranya fahaman sesat’ Allah Duduk’ sedangkan Alquran tidak pernah menyandarkan sifat JALIS (duduk) bagi Allah dan hadith juga tidak menyatakan sedemikian.
Tetapi disana ada kalimah ISTAWA yang disandarkan oleh Allah pada diriNya. Apabila kita kaji berdasarkan hadis dan fahaman bahasa arab maka didapati bahawa ISTIWA ALLAH bukan dan tidaklah bererti JALIS (duduk) bahkan dinyatakan sebagaimana yang dinyatakan olehNya sendiri iaitu ‘istawa alal arasy’ tanpa bersifat duduk mahupun bertempat dan tidak berbentuk..inilah akidah Nabi dan ulama salaf serta kesemua ulama islam sebenar.
Ya..sememangnya buku karangan Rasul Dahri telah diharamkan di tanah-air kita.

Lihat pewartaan buku Rasul Dahri diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

( http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=327 ).
Masakan tidak diharamkan kerana buku dan ceramah Rasul Dahri penuh dengan penyebaran ajaran baru iaitu menghidupkan akidah yahudi.

Antara sebab diharamkan artikel,kenyataan, buku dan segalanya yang salah terbit dari Rasul Dahri adalah:-
1- Rasul Dahri membawa fahaman akidah Yahudi yang jelas kesesatannya iaitu fahaman ‘ Allah Bersifat Duduk ‘.

2-Rasul Dahri menetapkan tempat bagi Allah dan Allah itu bertempat. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan Dia bertempat. Manakala ‘istawa’ bila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat.

3-Rasul Dahri memuji agama Kristian sebagai agama yang benar disisi Allah. Sedangkan Allah dan RasulNya Nabi kita Muhammad tidak pernah menyatakan sedemikian.
4-Rasul Dahri menganggap bahawa agama Yahudi itu adalah agama Allah yang suci lagi mulia. Sedangkan kebenarannya adalah agama Yahudilah yang menentang Islam bahkan Yahudi membunuh para Ambiya(nabi-nabi).
5-Rasul Dahri mengkafirkan sesiapa sahaja yang berakidah ‘ Allah Tidak Memerlukan Tempat’. Sedangkan itu adalah akidah islam yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad sendiri dalam Hadith baginda riwayat Muslim dalam Sohihnya pada bab Ma yuqol Indal Qiyam….
Banyak lagi kepesongan, kesongsangan dan kesesatan yang jelas disebarkan oleh Rasul Dahri ini di tanah-air kita malaysia dan diluar malaysia.

Saya mengajak Rasul Dahri untuk berdebat pada segala masaalah akidahnya yang songsang seperti di atas dan selainnya.
Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: