MUFTI PERLIS SILAP-Kalau sedar silap tu tak apalah, NI BODOH SOMBONG!!!

Date: Tue, 7 Aug 2007 16:54:05 +0100 (BST)
To: forum@utusan. com.my, rencana@utusan. com.my

MUFTI PERLIS SILAP

 

Saya rasa penulisan Dr Asri pada 5 Ogos 2007, dari segi ilmunya rasanya tidak kukuh. Hendak dikata itu metod al-Qardhawi, rasanya tidak juga.

 

Saya terkejut apabila  perkara-perkara di bawah ini diperli secara sinis. Seolah-olah semua yang dibuat oleh orang lain semuanya negatif:

1. Dr Asri menegatif belajar haji secara tertib sebagaimana hari ini (seolah berdosa kerana menyusahkan agama). Pada saya, baguslah belajar haji secara tertib untuk makcik-pakcik kita mudah faham. Bukan setakat teori, dibuat juga amali. Supaya dijauhi perkara khurafat. Kerana itulah, jemaah haji kita terkenal dengan jemaah paling tertib.


2. Belajar bab air, sampai mualaf tak sembahyang. Diperkecilkan pendakwah sehingga dikatakan tidak reti berdakwah kepada mualaf. Dituduh pendakwah yang tidak bagi mualaf solat, sebab tidak tahu jenis air! Benarkah ada pendakwah kita sebegitu jahil!.


3. Belajar solat dengan tidak bergerak secara berlebihan. Hadith-hadith berkaitan peraturan solatkan banyak. Mempelajarinya adalah sebahagian dari mempelajari hadith-hadith tersebut.

 

Adakah kerana takut dikatakan menyusahkan agama, Dr Asri mahu menyeru supaya dibaca sahaja sendiri-sendiri perkara-perkara tersebut? Tak perlu belajar dengan guru. Kalau begitu, apa perlu Rasulullah SAW menghantar Mu¢az bin Jabal ke Yaman? Apa perlu Rasululah SAW menghantar sahabat-sahabat lain untuk mengajarkan agama dan ulama-ulama sahabat itu perlu berijtihad pada masalah-masalah yang tiada nas al-Quran dan sunnah.

 

Islam sememangnya mudah untuk diamalkan. Walaupun begitu, ada juga kesusahan (masyaqqah) yang memang perlu dilalui manusia untuk menunaikan tanggungjawabnya. Contohnya, untuk solat subuh, kena bangun awal pagi dan bangun awal pagi tu susah.  Cuba tanya orang Cina atau India , ajak mereka bangun waktu subuh, mereka akan kata susah! Tapi Syariat Islam memang meletakkan sedikit kesusahan (yang masih dalam kemampuan manusia) sebagai menguji lambang ketaatan setiap umat Islam. Adakah kerana Islam itu mudah, maka tak perlu melakukan perkara tersebut?

 

Dr. Asri berhujahkan dengan hujah yang popular berkaitan Islam itu mudah, iaitu:


i. Ayat Surah Baqarah, ayat 185 bermaksud: Allah mengkehendaki kamu kemudahan, dan tidak mengkehendaki kamu kesusahan.

 

Ayat di atas ini, adalah sambungan dari arahan berpuasa, dan kelonggaran terhadap orang sakit & musafir. Maka Allah SWT bagi kemudahan dengan beberapa kelonggaran. JuNamun, menafikan keperluan belajar haji secara berguru dengan menggunakan ayat ini, pada saya adalah tidak tepat, tidak amanah dan menyongsang sama sekali.

 

ii. Ayat Surah al-Nisa`, ayat 28 bermaksud: Allah meringankan ke atas kamu, kerana manusia itu dijadikan lemah.

 

Ayat ini berkaitan ayat sebelumnya iaitu pengharaman berkahwin dengan ibubapa, adik-beradik dan mahram. maka diberikan kelonggaran berkahwin dengan wanita-wanita islam dan hamba sahaya Islam, dan inilah keringan ke atas umat ini. Jadi, menggunakan ayat ini untuk menafikan belajar fardhu ain (contohnya bab air), juga satu yang tidak amanah dan tidak tepat.

 

Memang ulama memberi kaedah bahawa sesuatu ayat tidak dikhususkan untuk sebab itu sahaja, tetapi mentafsirkannya untuk menyokong idea kita yang jauh dari kefahaman  al-Quran, sunnah dan tradisi ilmu islam juga merupakan satu  penyelewengan. Saya takut penulisan Dr Asri diterima bulat-bulat oleh masyarakat yang tidak mengerti kefahaman sebenar ayat -ayat tersebut. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

 

Abu al-‘Izz Nazil al-Qedah

Univ. of Jordan

4 Respons to “MUFTI PERLIS SILAP-Kalau sedar silap tu tak apalah, NI BODOH SOMBONG!!!”

  1. Mintak budak Asri tu bertaubat laa….dia dah banyak menyesatkan orang.

  2. Taubat la Asri jangan sesatkan umat ini

  3. ala..asri tu pasal komen kursus nikah, kursus haji tu pandai laa.sebab itu ahli sunnah kena berhati-hati. jangan asyik terpedaya dengan hujah dia dengan ambil amalan sunni yang tak betul..kenapa asri membuta dan membisu bila mana disoal pasal tuhan. dia takut nak jawab bahawa wahabbi beriktiqad allah ada tangan, kaki, duduk bersila dan macam-macam lagi. ini wahabbi sebenar penjahanam kepada akidah umat islam

  4. Good morning Asri. Aku memang dah lama suka dengan cara ko berdakwah. Apa yang ko cuba sampaikan memang jelas dan pada aku memang sesuai sangat dengan keadaan umat islam khasnya di Malaysia dikala ini. Aku ada terbaca penerangan ko tentang kursus haji baru-baru ini. Memang meruntun jiwa aku. Pada aku ko memang berani tapi macam tak kena tempat. Asri… Asri… Asri… apa tujuan sebenar ko ni sayang. Ramai orang kampung aku termasuk bapak aku pun dah mula malas nak pergi kursus haji sbb dgar pendapat bernas ko tu. Masalahnya kebanyakan orang kampung aku ni bukan tau pun bab- bab haji ni tapi keegoan dengan kemalasan aje yang lebih disamping dapat sponsor pergi Mekkah samalah macam ko. Kesian bapak aku tak nak dengar nasihat lagi dah. Aku takut besok balik Mekkah cuma dapat penat je dengan dapat beli kurma. Aku nak tanya ko lah Dr Asri apa yang ko dapat buat semua ni? Salah ke kalau belajar? Salah ke kita bersusah-susah sikit sebab nak senang-senang kemudian? Apa yang ko marah sangat dengan kursus haji tu? Aku tau ko memang dah pandai, cerdik, pintar dan macam-macam lagilah ko ni pendek kata semuanya ko lah. Tapi persoalannya macam mana dengan saudara-saudara kita yang tak pandai. Kalau ko ada otak cuba ko fikir jenis bangsa kita ni. Jawapan yang ko dapat adalah orang- orang kita kebanyakkannya pemalu. Malu bertanya, malu nak mengaku kelemahan diri, cuma buat maksiat je yang kita tak malu. Aku tau nanti ko akan tanya kalau dah malu bertanya pergi kursus haji pun tak guna sebab tak tau diam nak tanya malu. Oklah Asri… sekurang-kurangnya bolehla dia tanya member-member sebelah kalau member sebelah tak tau boleh tolong mintak member sebelah tanyakan pada penceramah. Tak gitu Asri? Akhir kata, aku pohonlah jasa baik ko Asri janganlah ko menggatal-menggatal nak ubah tu ubah ni ikut cekadak ko je. Ko bawak-bawaklah berbincang dengan ulamak-ulamak lain yang kebanyakkannya lebih berilmu dari ko. Tolonglah jangan terlalu rasa yang diri ko tu dah perfect ckap orang semua ko tolak konon tak ikut hadis tak ikut nas macam ko sorang je pakar hadis. Bukan apa kalau ko nak rosak ko rosaklah sorang-sorang jangan ko bawak orang lain. Kesian dia orang, jadi keliru, jadi haru biru jadi kelabu pun ada. Dan aku harap lepas ni tak payahlah nak buat sajak ke apa ke buat meremang bulu roma aku je bacanya. loya tekak aku. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: