ASRI KAFIRKAN IBNU TAIMIAH?




MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN KAFIRKAN IBNU TAIMIAH

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Asri dan Wahhabi lain mengkafirkan sesiapa yang bertawassul kepada Allah dan lebih teruk lagi Asri dan Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang memanggil nama wali atau sesiapa sahaja termasuk Nabi Muhammad.
Bagi Asri dan Wahhabi sesiapa yang menyeru atau memanggil nama Nabi Muhammad sekalipun atau yang memanggil nama para wali maka dia telah kafir lagi musyrik, inilah penghukuman ganjil oleh Asri dan Wahhabi yang lain, tidak pernah ulama Islam menghukum umat Islam sedemikian samaada ulama salaf mahupun khalaf.

Sebenarnya terlalu banyak dalil nas Hadith dan Quran mengharuskan amalan tawassul. Hanya kerana sifat ta’assub buta dan ghuluw serta ketiadaan amanah ilmiah yang paling utama bagi Asri dan Wahhabi yang lain maka menjadikan mereka ‘gila’ mengkafirkan umat Islam termasuk Syeikhul Islam mereka Ibnu Taimiah Al-Harrani.

WAHHABI MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN KAFIRKAN SIAPA SERU DAN MEMANGGIL NAMA ORANG LAIN.
Asri menyatakan:
“Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah”. Rujuk Utusan Mingguan Ahad 7.10.2007:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Fokuskan pada kenyatan diatas pada ayat ini : “ MEMANGGIL NAMA PARA WALI SEPERTI ABDUL QADIR AL-JAILANI ATAU WALI ‘SONGO’ ATAU APA SAHAJA TERMASUK DALAM KERJA-KERJA SYIRIK ”.

Saya ( Abu Syafiq) menyatakan:
Kejahilan Asri memahami sesuatu hukum merupakan faktor Asri mengkafirkan umat Islam tanpa hak yang tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana ulama Islam kecuali golongan Wahhabi yang membawa akidah baru Allah Duduk Atas Kerusi.
Sebenarnya pentakfiran Asri ke atas sesiapa yang memanggil nama wali telah lama saya dengar. Saya jangkakan Asri akan mengkaji secara amanah dan ilmiah, malangnya lebih teruk dan melulu penghukumannya sekarang.

IMAM BUKHARI MENGHARUSKAN AMALAM MENYERU DAN MEMANGGIL NAMA ORANG LAIN.

Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Al-Adab A-Mufrad mukasurat 324 menyatakan daripada Abdur Rahman Bin Sa’ad berkata: Satu ketika kaki Abdullah Bin Umar (sahabat Nabi) tiba-tiba sakit, maka dikatakan kepada beliau oleh seseorang: “Sebutkan manusia yang paling kamu cintai” maka Abdullah Bin umar pun menyeru :
“ Wahai Muhammad…” maka hilanglah sakit pada kaki beliau.
ن عبد الرحمن بن ســــعد قال:” خدرت رجل ابن عمر فقال له رجل : أُذكر احب الناس اليك فقال : يا محمد فذهب خدر رجله”ا.هـ

Demikian teksnya.

Nah! Lihat bagaimana Imam Bukhari sendiri meriwayatkan bahawa sahabat Nabi Ibnu Umar memanggil dan menyeru nama Nabi ketika sakit lantas beliau sihat selepas itu dengan keizinan Allah.
Kapada yang berakal..
Bukankah sahabat nabi Abdullah Bin Umar yang mulia telah menyeru dan memanggil nama Nabi dengan menyeru Wahai Muhammad? Maka mengapa Asri dan Wahhabi menghukum kafir keatas sesiapa yang memanggil sesiapa sahaja termasuk Nabi?! Maka jelas Wahhabi turut mengkafirkan serta menghukum syirik terhadap sahabat Nabi yang mulia ini.

ASRI DAN WAHHABI KAFIRKAN ‘RASUL’ MEREKA IBNU TAIMIAH.
Mungkin Wahhabi tidak mahu terima dalil diatas kerana Imam Bukhari pernah mentakwil ayat Allah.
Maka disini saya bawa kenyataan ‘Nabi’ Wahhabi iaitu Ibnu Taimiah dalam kitabnya sendiri yang diakui pula oleh Albani sendiri.


IBNU TAIMIAH AJAR UMAT ISLAM MEMANGGIL DAN SERU NAMA NABI DAN HAMBA ALLAH YANG LAIN.

Ibnu Taimiah menyatakan dalam kitabnya berjudul Al-Kalim At-Toyyib pada Fasal 54 Fir Rijli Iza Khodiroj ( Apabila sakit kaki): Dari Haitham Bin Hanas berkata: Satu ketika kami bersama Abdullah Bin Umar, maka tiba-tiba kaki beliau sakit kemudian seorang lelaki katakan kepada beliau: ‘ (Seru dan panggil)sebutlah manusia yang paling kamu cintai’. Lantas Abdullah bin Umar memanggil : “Ya Muhammad” (Wahai Muhammad), Maka seolah-olah beliau sihat dari kesengsaraan itu.
الكلم الطيب تحت عنوان “فصل في الرجل إذا خدرت قال عن الهيثم بن حَنَش، قال: كنا عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فخدرت رجله فقال له رجل: أذكر أحب الناس إليك فقال: يا محمد فكأنما نشط من عقال
Demikian teks kitab Ibnu Taimiah dalam kitabnya Al-Kalim At-Toyyib.

Sebenarnya memanggil atau menyeru nama Nabi atau wali atau sesiapa sahaja bukanlah perbuatan memohon selain Allah hakikatnya. Tetapi merupakan tawassul dengan nabi dan minta bantuan yang diharuskan oleh Islam berdalilkan ketiga-tiga hadis yang dinyatakan dalam ini termasuk hadith-hadith Nabi yang lain.

Pada kitab yang sama Fasal 36 Fi Dabah Tanfalat Ibnu Taimiah sendiri menyatakan serulah dan panggillah “Wahai hamba Allah” ketika mana seseorang itu berkeseorangan ditempat lapang.
Saya katakan: Kepada kita harus memahami secara ilmiah dan amanah pada dalil yang diberikan.
Dan kepada Asri dan Wahhabi lain… Ibnu Taimiah menyatakan seruan dan memanggil nama Nabi atau sesiapa sahaja hamba Allah adalah digalakkan sebab itulah Ibnu Taimiah namakan kitabnya tersebut sebagai Al-Kalimu At-Toyyib iaitu Ucapan-ucapan Yang Mulia.
Maka kenapa kamu wahai Asri Wahhabi menghukum kafir dan syirik kepada umat Islam yang tahu akidah dan memanggil nama Nabi atau wali bertawassul kepada Allah dengan mereka?!
Ibnu tamiah menyatakannya dan tidak menolak amalan tersebut bahkan dinamakan olehnya sendiri sebagai Ucapan Yang Baik tetapi kamu Wahhabi mengkafirkan sesiapa yang buat demikian. Ibnu Taimiah ini siapa disisi kamu? Kafir ke sebab halalkan seruan dan memanggil nama wali dan nama Nabi? Atau kamu Wahhabi yang jahil murakkab tetapi berlagak alim?

Ketahuilah bahawa Ibnu umar menyeru nama Nabi dan hadith Nabi yang menyuruh kita menyerudan memanggil hamba Allah adalah pada ketiadaan mereka (yang diseur yang dipanggil) dengan tujuan sebenarnya bertawassul dengan mereka kepada Allah dan ini diharuskan oleh Islam.

Semoga Allah memberi hidayah kepada Asri dan Wahhabi lain.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: