DILARANG BERKATA ” ALLAH ADA BERADA DIMANA MANA ATAU DUDUK DI ATAS ARASY “

Firman Allah ta^ala di dalam Surah ash-Shura ayat 11: Bermaksud: {“Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA”}.

Dan dari Hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Ansariyy: <<Tiada fikiran yang dapat memikirkan Allah >> Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak dibenarkan berkata, ‘Allah berada di mana-mana (setiap tempat)’.

Akan tetapi barangsiapa menggunakan kaedah sesat ini dengan memahami bahawa Allah mengetahui segala-galanya dan menguasai setiap suatu, maka ini tidak kufur (tidak jatuh kafir atau murtad), akan tetapi mereka perlulah dilarang dari menuturkan perkataan tersebut.

Walaubagaimanapun, barangsiapa memahami dari ayat tersebut bahawa Allah menjelma di dalam tempat atau Allah meliputi ruang atau Allah berada di mana-mana dengan ZatNYA atau Allah berada di suatu tempat, maka mereka adalah murtad (jatuh kafir), mereka telah terkeluar dari Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi mereka untuk kembali kepada agama Islam dengan mengucapkan Kalimah Shahadah dan percaya bahawa Allah subhanahu wa ta^ala tidak mempunyai bilangan sama sekali. Sesungguhnya Allah ta^ala tidak kecil, sederhana ataupun besar.

Mereka juga mesti percaya bahawa Allah ta^ala tidak seperti al-kathifah (benda yang keras) seperti manusia, pokok, batu, bumi, gunung, langit, matahari atau bintang.

Allah juga tidak seperti al-latifah (benda yang lembut) seperti udara, ruh, terang, gelap, nafas atau bayang-bayang.

Adalah menjadi kewajipan untuk percaya bahawa Allah ta^ala Maha Suci dari segala ukuran, bentuk, rupa, warna, pergerakan dan diam (tidak bergerak), ini adalah kerana ALLAH lah yang menciptakan semua ukuran dan bilangan maka sudah tentu ALLAH tidak mempunyai ukuran ataupun bilangan.

Oleh kerana sudah pasti bahawa Allah bukan berukuran kecil seperti:

· ‘al-Jawhar al-farad’ (ciptaan yang paling kecil sekali yang tidak boleh dibahagikan lagi), atau

· zarah (adh-dharrah) — habuk yang dilihat pada sinaran cahaya matahari – atau ,

· biji sawi atau bukan berukuran besar seperti ^Arsh, atau lebih besar dari ^Arsh,

Maka adalah wajib percaya Allah wujud tanpa tempat, arah ataupun ruang.

●Oleh itu para ulama dikalangan Salaf dan Khalaf berkata: Bermaksud: “ Allah wujud tanpa tempat”.

Akan tetapi perkataan “Allah ta^ala berada di mana-mana” akan membuka pintu pada golongan atheists (golongan yang tidak percaya adanya Tuhan) dan komunis untuk berkata, “Jika ALLAH berada di mana-mana, maka ALLAH berada di dalam tandas dan tempat-tempat kotor yang lain”. Ini adalah perkataan golongan yang mengaku mereka Sufi dan mereka adalah jahil. Mereka mendakwa menjadi pegikut Tariqah, akan tetapi mereka tidak berilmu dan tidak memahami aqidah.

●Berikut adalah perkataan ulama ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy, beliau berkata di dalam kitab tafsirnya, ‘Ruh al-Bayan’, Juzu^ 5, pada pentafsiran Surah Taha, muka surat 365: Bermaksud: “Kami berkata kepada orang yang berkata, ‘ Allah mempunyai tempat’ ; ‘Di manakah ALLAH sebelum diciptakan alam ini? Bukankah ALLAH telah wujud? (yakni tanpa permulaan — azali – dan tiada suatupun wujud berserta denganNYA). Jika mereka berkata ‘tidak’, mereka kafir; jika mereka mencadangkan penjelmaan atau pergerakan, mereka juga kafir”.

●Pada muka surat yang sama, Shaykh ‘Isma^il Haqqiyy an-Naqshabandiyy berkata: Bermaksud:“Sesungguhnya orang yang menetapkan Allah mempunyai tempat merupakan dari golongan mujassimah dan dari kalangan ahli Sufi palsu jahil yang berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana.”

Ini juga diriwayatkan oleh Shaykh, ustaz Mahmud Muhammad Khattab as-Subkiyy, Shaykh dan ulama, pemimpin fatwa ulama-ulama Azhar di dalam kitabnya ‘Ithaf al-Ka’inat bi-Bayan Madhhab as-Salaf wal-Khalaf fil-Mutashabihat, muka surat 14.

●Al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqiyy al-Ash^ariyy (458 H) secara terangnya menyatakan di dalam kitabnya “Al-I^tiqad”, muka surat 70: Bermaksud: “Di antara apa yang kami tulis dari/tentang ayat adalah bukti/dalil mengenai ketidaksahihan perkataan di kalangan al-Jahmiyyah yang mana mereka mendakwa bahawa Allah subhanahu ta^ala berada di mana-mana dengan ZatNYA. Firman Allah ta^ala didalam Surah Al-Hadid ayat 4: Bermaksud dengan PengetahuanNYA, dan bukan dengan ZatNYA( yakni, ayat ini bermaksud bahawa Allah Maha Mengetahui tentang kita walau di mana kita berada bukanlah bermaksud bahawa ALLAH berserta dengan kita dengan ZatNYA walau di mana kita berada).”

●Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalaniyy ash-Shafi^iyy al-Ash^ariyy (852 H) ecara terangnya menyatakan: “Sebahagian Mu^tazilah juga condong kepada kepercayaan ini dan mereka berkata, ‘Allah berada di mana-mana’ dan ini adalah kejahilan yang cukup nyata.”

●Ash-Shaykh ^Abdal-Wahhab Ibn Ahmad ash-Sha^raniyy (973H) menyatakan ini di dalam kitabnya “al-Yawaqit wal-Jawahir”, jilid 1 muka surat 65 bahawa ^Aliyy al-Khawwas, semoga Allah meredai mereka berdua, berkata: “Tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di mana-mana (seluruh tempat) sebagaimana golongan Mu^tazilah dan Qadariyyah katakan.”

●Ibn Kathir berkata pada tafsirnya “Tafsir Ibn kathir”, jilid 3 muka surat 7: “Mufassirun(orang yang mentafsirkan al-Qur’an) telah berijma^ menolak perkataan golongan al-Jahmiyyah yang mana mereka berkata ‘Allah berada di mana-mana’. Allah ta^ala Maha Suci dari apa yang mereka katakan.”

●Shaykh dan Qadi Zakariyya al-Ansariyy berkata di dalam tafsirnya, “Fathu-r-Rahman” pada pentafsiran Surah al-Mulk, muka surat 595: “ALLAH (Allah ta^ala ) Maha Suci dari berada di mana-mana (seluruh tempat).”

●Ibn Fawrak al-Ash^ariyy (wafat pada tahun 406 H) berkata di dalam kitabnya “Mushkil al-Hadith” muka surat 63: “Ketahuilah bahawa ath-Thaljiyy, kepercayaannya sama dengan kepercayaan golongan an-Najjar mengenai perkataan bahawa Allah berada di mana-mana yang juga menjadi kepercayaan Mu^tazilah[1][1]. Pada kami, pentafsiran ini adalah dilarang kerana tidak dibenarkan berkata bahawa Allah ta^ala berada di suatu tempat ataupun di mana-mana (seluruh tempat).” Pada muka surat 64-65 dalam kitab yang sama, Ibn Fawrak menolak dakwaan orang yang berkata bahawa Allah berada dimana-mana, dengan berniat bahawa dia berkata Allah Maha Mengetahui mengenai segalanya. Ibn Fawrak berkata dengan terangnya: “Apabila mereka merujukkan pentafsiran ayat ini (yakni perkataan Allah berada di mana-mana) dengan makna Pengetahuan Allah dan Pentadbiran pada makhlukNYA, maka kefahaman ini adalah betul, akan tetapi lafaz/ucapannya adalah dilarang.Tidakkah kamu melihat bahawa adalah tidak diterima bagi seseorang untuk berkata ‘Allah ta^ala berada di sisi, bersentuh, menjelma, duduk/bersemayam atas sesuatu’, pada masa yang sama berniat untuk menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui mengenai sesuatu dan mentadbir/menguasai segalanya.”

 


[2][1] Golongan Mu^tazilah muncul pada zaman ulama Salaf. Ulama menggolongkan mereka sebagai kafir kerana di sebahagaian perkara mereka percaya bahawa hamba Allah melakukan perkara/amal dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Kepercayaan mereka ini telah diikuti sejak akhir-akhir ini oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hizb at-Tahrir

DI EDIT OLEH: http://www.bankwahabi.wordpress.com


Satu Respons to “DILARANG BERKATA ” ALLAH ADA BERADA DIMANA MANA ATAU DUDUK DI ATAS ARASY “”

  1. Assalamualaikum,

    Akhir zaman nanti bila Imam Mahdi mncul, dia akan memerangi kerajaan Arab Saudi yg ada ..

    Ini pun sudah satu fakta yg menunjukkan siapa yg salah siapa dan benar ..

    Sepertimana org Yahudi sibuk menanam pokok2 (lupa namanya)utk melindungi diri mereka dari dikejar oleh tentera Muslim akhir zaman nanti. Begitulah juga golongan Wahabbi cuba melindungi fakta2 ini dengan menyerang umat Islam secara keseluruhan

    Semoga Allah SWT melindungi dan membantu golongan yang hak dan menghancurkan yang batil ..Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: