GOLONGAN ANTI HADITH DHAI’F: Jenayah Albani Terhadap Hadis Dhaif

Pada hari ini timbul golongan yang seakan ingin memurnikan Sunnah..

Justeru mereka kelihatan menulis dan mengedarkan buku-buku yang didalamnya diadunkan hadith-hadith Dha’if dan hadith-hadith Maudhu’(palsu). Mereka berkokok disana sini dengan mengatakan hadith-hadith ini adalah tidak boleh diamalkan dalam kehidupan kita.Bahkan lebih parah lagi bila mereka mengatakan sesiapa yang beramal denganya adalah merupakan ‘rijsan wa fisqan” (najis dan fasiq). Ini menjadi amalan dan pegangan mejoriti golongan ini di seluruh dunia.Sementara di Malaysia golongan ini sama sahaja rentak iramanya. Ini dinyatakan oleh Sheikh Zaki Ibrahim dalam kitabnya “ man hum salafiah mu’asirah??wa man hum ahlu sunnah ?? menghuraikan sikap golongan ini terhadap hadith-hadith dha’if.

Diantara hadith-hadith yang ditonjolkan seperti hadith-hadith yang berkaitan dengan amalan-amalan yang telah sinonim dengan masyarakat Islam kita di Malaysia , seperti hadith bacaan Yasin ,amalan puasa Rajab dan Sya’ban , doa dan zikir secara jahar, mlm nisfu sha’ban dan lain-lain lagi. Setelah diteliti hadith-hadith tersebut ternyata sebahagian daripadanya tidak dha’if ,bahkan sahih, sebahagiannya hassan dan bukan dha’if,  sebahagian yang lain dha’if dan bukan dha’if jiddan dan sebahagian yang lain dha’if dan bukan maudhu’.

 Pelik tetapi benar!!!

Kalau begitu kita agak terkejut , para Ulama besar mengatakan hadith-hadith ini sebagai sahih sebaliknya golongan ini mengatakan dha’if?? dimana sandaran mereka?? Rupa-rupanya mereka ini adalah dari golongan TA’ASSUB Nasiruddin al-Albany…..segala pentashihan hadith-hadith berdasarkan ALBANY..Mereka menentang ta’assub..katanya blind follower!!!!! Sedangkan golongan ini hanya berpandukan ALBANI!!!Who is the real blind follower?? Kalau begitu siapa yg lebih mangkuk dari kuah?? Kami berpandukan JUMHUR ULAMA!!!Sedangkan golongan ini hanya berpandukan ALBANY!!! Sebagai contoh hadith yang menjelaskan tentang meletakkan tangan diatas pusat dikatakan dha’if…sebenarnya setelah diteliti hadith ini adalah sahih.

Dari mana datangnya dha’if ??ohhhh semuanya didasarkan dengan tokoh idola golongan ini , itulah Pak Albany!!!! Kan lebih baik kalau pentashihan berdasarkan Ulama-Ulama yang diperakui  oleh mejoriti , kerana kebenaran itu bersama mejoriti dan bukan menoriti. Tembelang Pak Albany dan mereka yang ta’assub dengannya, boleh dilihat dari Kitab karangan Sheikh Mahmud Sa’id Mamduh yang bertajuk “al Ta’rif bi auham min qism al- sunan ila sahih wa dha’if “!!!!!!

Para Ulama telah menetapkan bahawa hadith sahih dan hasan adalah dijadikan hujjah dalam hukum- hakam. Hadith dha’if yang berada pada martabat yang pertama ramai dari para Imam-Imam menjadikan hujjah dalam hukum-hakam. Sementara hadith dha’if pada martabat kedua telah ijma’ Ulama boleh untuk perkara-perkara seperti “ Fadhail al A’mal “ (kelebihan beramal), manaqib dan targhib wa tarhib. Ini diantara perkara yang telah disebut oleh sheikh Sa’ed Mamduh didalam kitabnya. Selain itu beliau juga mendedahkan pembahagian Albany terhadap hadith-hadith sebagai taqsim(pembahagian) yang batil.Dimana Albany telah membahagikan 4 Sunan kepada seperti berikut:

1-Sahih dan hasan –beramal dan dijadikan hujjah.

2-Da’if dan maudhu’ – tidak boleh beramal sama sekali .

Penggabungan hadith dha’if bersama hadith maudhu’ adalah merupakan satu jenayah !!! Inilah Qiblat mereka dalam memahami hadith. Kasihan melihat orang-orang yang tiada diberikan petunjuk sehingga tak boleh faham apa yang telah dikatakan oleh para Ulama!!!! Bertaubatlah!! kemungkinan ada hijab dalam diri tu sehingga tak nampak kebenaran !!!Mungkin diantaranya sikap KIBIR!! Kita lihat rata-rata golongan ini takabur!!!!Tidak mahu akur dengan pandangan Ulama!!! Merasa diri tu seperti Ulama!!!Perasan!!!

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=26

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: