Kebenaran Itu Tetap Akan Bertapak

Assalamualaikum,

Para pembaca,

Ada beberapa bloggers yang melenting apabila wujud golongan Takfir Wahabi di Malaysia. Mereka sibuk mencari salah dan silap Golongan Takfir Wahabi; malah menisbahkan kepada golongan yang tidak kita ketahui nama dan pangkalnya.

Itulah cara orang-orang yang sudah tidak mempunyai dalil dan hujjah dalam menafikan kekafiran mereka dalam Aqidah dan beberapa bida’ah sesat di dalam syariat kerana berpandukan ajaran (Al-Taimiyyah, Al-Wahabiyyah, Al-Abaniyyah, Al-Uthaiminiyyah, Al-Binbaziyyah, Al-Asriyyah, Ad-Dahriyyah); mereka bukan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kita selidiki, mereka akan bulat-bulat menerima pandangan individu tersebut daripada menerima kebenaran Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebagai contoh di blog abusyuaib; seorang pelajar MA di UIAM, baru mengenal ilmu agama ketika peringkat menengah. Malah ketika di bangku sekolah menuntut di sekolah Inggeris di Perak; mungkin di situ dia mempelajari Aqidah. Untuk pengetahuan pembaca, Purata yang besar daripada golongan yang celaru(wahabiyyah) ini; tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan mantap ketika kecil dan peringkat remaja. Kemudian apabila memasuki alam universiti mula terkapai-kapai mencari hidayah dan ilmu-ilmu agama. Pada ketika inilah mereka menelan segala kesesatan dan kebenaran, kemudian jika bernasib baik muntahkan semula kesesatan; dan ramai yang memuntahkan  kebenaran. Hal demikian berlaku kerana mereka tidak mempunyai ukuran, miqyas, untuk mengukur dan menentukan kebenaran. Saya amat dukacita kepada golongan tersebut; di mana ibu bapa mereka, siang malam sibuk mencari nafkah, sedangkan anak-anak MURTAD. Maka, remaja tersebut akan menggunakan kesesatan itu yang dianggap mereka kebenaran; untuk menyesatkan mereka; yang dianggap oleh mereka berdakwah. Mereka juga tidak dapat menilai dan berfikiran terbuka dalam pandangan Ulama’ ASWJ, yang mereka tahu ketua-ketuanya sahaja. Apa sudah jadi dan Apa yang  akan terjadi?

Lebih merunsingkan apabila mereka mengejar sijil-sijil orientalis ciptakan seperti BA, MA dan PhD dalam bidang agama. Ini menjadi tunjang utama mereka untuk menggunakan kesesatan tersebut dalam menyesatkan masyarakat yang kebanyakan juhala’ dengan agama mereka. lihatlah pembelajaran di universiti, hanya sijil dan peperiksaan sahaja yang menyelubungi pelajar, jika mahukan lebih baca sendiri. tetapi apa yang pentig mesti lulus peperiksaan dan dapat Phd, MA dan BA. kefahaman, amanah, adab, akhlaq, tidak penting lagi bagi penuntut ilmu Agama. Jika saya bertanya kepada pelajar kuliyyah IRK UIAM apa yang mereka belajar dalam kitab fiqh, hadith, nahu, balaghah dan sebagainya, kebanyakannya hanya penulisan orang semasa, cuba tanya pelajar IRK tentang nahu, maaf saya bukan kuliyyah BAR. Kemudian belajar MA, itu pun hanya satu bab, bukan mempelajari keseluruhan ilmu tersebut; belajar pun kerana nak lulus MA dan boleh bangga dengan  orang ramai.

Sudah-sudah, bosan saya mendengar lontaran wahabiyyah dan kaum mujassimah. Saya tidak akan diam daripada menjelaskan kesesatan, dan saya tidak akan sesekali redha akan kekufuran.

wslm

Bankwahabi

Asadullah

2 Respons to “Kebenaran Itu Tetap Akan Bertapak”

  1. Assalamualaikum.

    Semoga usaha para ustaz dan ulama di Tanah Melayu bahkan seluruh dunia ditolongi Allah Subhanahu Wataala.

  2. Saya mencadangkan agar tulisan-tulisan ustaz di sini dapat dibukukan, dan dipelihara dalam bentuk kitab.

    Sebab, katakan di masa akan datang, jikalau website ini dikhianati, insyaallah apa yg sudah tertulis dapat diselamatkan dan mudah-mudahan menjadi amal jariah (ilmu yg bermanfaat) yg tak ternilai harganya buat anak-anak muslimin akan datang hingga hari kiamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: