Pembukaan Konstantinopel menampilkan kebenaran Asya’irah

Di Edit Oleh: BANKWAHABI

” لتفتحن القسطنطينية ولنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش “

 

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

 “Akan dibuka konstantinopel itu yang mana sehebat-hebat pemimpin ketika itu adalah pemimpinnya dan sehebat-hebat tentera adalah tenteranya”. ( Riwayat Imam Ahmad didalam musnadnya dan al-Hakim dalam Mustadrak dengan sanad yang sohih.)

 

       Sejarah telah menyatakan bahawa diantara pemimpin terkenal konstantinopel adalah Muhammad Al-Uthmany yang telah membuka Bandar Konstantinopel yang merupakan satu kebangaan yang besar serta agong terhadap umat islam dan Imam Muhammad al-Fatih  ini terkenal  berpegang dengan akidah Asya’irah .

 

       Apa yang dinyatakan disini hanya secebis hujjah sahaja yang memberi pengertian bahawa pengangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah sekarang ini adalah apa yang berlandaskan sistem akidah Asya’irah dan Al-Maturidiyyah yang dipetik dari akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad,ahli keluarga dan para sahabat baginda.

 

قال رسول الله صلىالله عليه وسلم :

” فمن أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة “

Maknanya: “ Barangsiapa yang mengharapkan tempat yang luas disyurga maka hendaklah dia beriltizam bersama dengan al-Jamaah (Ahlussunnah)”(Riwayat at-Tirmizi).

 

       Ahlussunnah Waljamaah adalah disebut sebagai Firqah an-Najiyyah ( golongan yang terselamat) dari golongan-golongan yang lain, ini9 kerana aqidah yang dibawa adalah mengikut aqidah nabi-nabi dan sahabat-sahabat.

Ketika Rasulullah sallallahualaihiwasallam ditanya tentang siapakah satu golongan yang terselamat dari api neraka, beliau menjawab:

ما أنا عليه وأصحابي “

Yang bermaksud : Iaitu golongan yang berpegang dengan aqidahku dan sahabat-sahabatku. (Riwayat at-Tirmizi).

 

 

قال الله تعالى :

ليس كمثله شيء ( 11)سورة الشورى

Firman  Allah yang bermaksud  : Dia (Allah) Tiada menyerupai sesuatupun dari makhlukNya(baik dari satu segi maupun semua segi), dan tidak ada sesuatupun menyerupaiNya

Ayat ini dapat difahami bahawa wajib mensucikan Allah dalam semua bentuk dan keadaan ( tanzih al-kulliy), dan lafaz Öäï†x« yang datang sebelumnya  dengan penafian ia menunjukkan kepada syumul (umum), maka Allah dalam ayat ini menafikan segala persamaan denganNya dari semua termasuk jirim, jisim dan sifat-sifat jisim tersebut.

Ayat ini adalah yang paling jelas dan terang didalam al-Quran yang menjelaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyerupai semua  makhlukNya. Ulamak Ahlussunnah berpegang bahawa alam(makhluk Allah) terbahagi kepada dua bahagian, iaitu benda yang tidak dapat lagi dibahagikan kerana telah mencapai batas yang terkecil(para ulamak menyebutnya dengan al-Jawhar al-fard), dan yang dapat dibahagi-bahagikan, dan benda ini terbahagi kepada dua:

 

1- Benda Lathif: Sesuatu yang tidak dapat dipegang, seperti: cahaya, kegelapan, roh,

     angin dan lain-lain.

2- benda Kathif; Sesuatu yang dapat dipegang, seperti manusia, tanah pokok dan lain-lan.

 

Adapun sifat-sifat benda adalah seperti bergerak, diam berubah, duduk, berada ditempat dan arah, turun, naik dan sebagainya. Ini jelas kepada kita bahawa Allah ta’ala tidak menyerupai makhlukNya, bukan menyerupaial-Jawhar al-Fard, dan juga bukan benda lathif atau kathif. Dan tidak boleh disifatkan Allah dengan sifat-sifat benda. Adapun perkataan yang sering kita gunakan bagi sifat Allah dengan lafaz Dzat Allah, maknanya ialah Hakikat Allah dan tiada sesiapa yang mengetahuinya kecuali Dia(Allah), oleh itu Dzat Allah memang tidak boleh dikhayalkan dan digambarkan kerana apa yang dikhayalkan itu semuanya adalah makhluk.

 

قال الإمام أحمد حنبل  والإمام ثوبان ابن إبراهيم ذوالنون المصري :

 

” مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك “

 

Telah berkata al-Imam Ahmad Hanbal dan Imam Thauban ibn Ibrahim Dzu an-Nun al-Misri:, salah seorang murid terkenal al- Imam Malik Radiallahua’nhuma: “ Apa-apa  yang terlintas didalam fikiranmu (tentang Allah( maka Allah tidak menyerupainya (sesuatu yang terlintas dalam fikiran) “. (Diriwayatkan oleh Abu al-Fadll at-Tamimi dan al-Khatib al-Baghdadi).

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

كان الله ولم يكن شيء غيره

Telah bersabda Rasulullah:

“ Allah ada pada azali (ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatupun bersamaNya “ (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al- Baihaqi dan Ibnu al-Jarud)

 

       Makna hadith ini bahawa Allah ada sejak azali, tidak ada sesuatu (selainNya) bersamaNya. Allah pada azali sebelum wujudnya angin, cahaya, kegelapann, ‘Arasy, langit, manusia, jin, malaikat, masa, tempat, arah dan semua makhlukNya. Allah wujud tanpa bentuk, tempat dan arah dan sebelum diciptakan semuanya Allah wujud tanpanya dan Ia tidak berubah, iaitu wujudNya tanpa makhluk sebelum dan selepas menciptakan semua makhlukNya.

 

       Sayyidina Ali radiallahu anhu (40h) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:

 

كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان                                                                                                                 

“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat).”[1]

       Maksud beliau ialah Allah Ta’ala tidak bertempat kerana Dia telah pun ada sebelum diciptakan tempat, maka mustahil bagi Allah bersifat berubah-ubah daripada tiada bertempat kepada memerlukan tempat, sebarang perubahan menunjukkan sifat makhluk yang baharu[2] , sedangkan Allah azali lagi abadi.

 

Dalam kata beliau yang lain :

 

” إن الله تعالى خلق العرش إظهارا لقدرته لامكانا لذاته ”

 

“ Sesungguhnya Allah ta’ala menciptakan Arasy[3] sebagai menunjukkan kekuasaanNya, bukan sebagai tempat bagi zatNya (menetap)[4].

 

       Jika kita perhatikan, kenapakah sayyidina Ali radiallahu anhu menfokuskan Arasy dan bukannya makhluk Allah yang lain? Jawapannya ialah, disebabkan golongan Musyabbihah[5] mengatakan serta mereka beriktiqad bahawa Allah berada diatas langit iaitu diatas Arasy. Arasy ini pula merupakan makhluk paling besar yang Allah ciptakan. Iktiqad al-Musyabbihah ini sebenarnya bersumberkan aqudah Yahudi laknatullah. Sedangkan Arasy serta semua kejadian yang lain merupakan ciptaan Allah. Jadi disini mereka mengatakan Allah memerlukan tempat untuk dzatNya (dirinya) berada seperti kejadianNya. Sifat perlukan sesuatu menunjukkan kelemahan dan kekurangan. Maha suci Allah dari bersifat sedemikian.

 

Imam Zain al_Abidin Ali Bin al-Husain radiallahu anhu (94) yang merupakan seorang at-Tabii’ telah berkata:

 

أنت الله الذي لا يحويك مكان “

 

“ Dikaulah Allah yang tidak diliputi oleh tempat  “[6].

 

Dan katanya lagi:

 

” أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا “

 

“ Dikaulah Allah yang tidak dihadkan lalu menjadi mahdud (terkepung)[7].

 

       Kata-kata imam Zain al-Abidin ini bermaksud Allah bukan berjisim atau bertubuh badan seperti manusia atau makhluk yang lain, oleh itu dia tidak memerlukan tempat. Manusia sebagai contohnya, terkepung oleh tempat seperti rumah atau lain-lain disebabkan berjisim yang memerlukan ruang untuk berada.

 

Imam Ja’afar Bin Muhammad al-Baqir Bin Zain al-Abidin Ali Bin alHusain Radiallahu anhum (148) yang merupakan antara tokoh ahli al-Bait[8] yang terkemuka telah berkata:

 

” من زعم أن الله في شيء, أو من شيء, أو على شيء فقد أشرك. إذ لو كان على شيء لكان محمولا, ولوكان في شيء لكان محصورا, ولوكان من شيء لكان محدثا – مخلوقا “

 

 

“ Sesiapa yang menyangkakan (beriktiqad) Allah didalam sesuatu, atau didalam sesuatu atau daripada sesuatu atau diatas sesuatu, maka dia telah syirik. Ini kerana sekiranya (Allah) diatas sesuatu nescaya Dia ditanggung oleh sesuatu, sekiranya didalam sesuatu nescaya Dia terkepung dan sekiranya pula dari sesuatu nescaya Dia baharu[9] .

 

       Amat bermakna sekali apa yang telah disebutkan oleh Imam Ja’afar al-Sodiq sebagai menolak sanggahan terhadap golongan al-Musyabbihah al-Mujassimah. Golongan tersebut beriktiqad bahawa Allah diatas Arasy. Sedangkan didalam al-Quran      menyebutkan bahawa ianya ditanggung oleh empat malaikat dan apabila dihari kiamat nanti akan ditanggung oleh lapan malaikat[10] . Aqidah qolongan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa Allah yang Maha Berkuasa lagi Gagah Perkasa yang mentadbir serta memelihara Arasy ditanggung  oleh malaikatNya sendiri. Dalam masa yang sama Allah mentadbir Arasy dan  dalam masa yang sama juga Allah sendiri ditanggung oleh malaikat, Wal’iyazubillah

 

       Rangkap kedua pula menafikan jisim bagi Allah kerana setiap yang berjisim akan ada had atau batasannya. Disebabkan Allah bukanlah berjisim, maka dia tidak terkepung oleh sesuatu sama ada berukuran sebanding sesuatu itu sendiri, lebih kecil atau lebih besar. Perlu diingatkan, bila dikatakan tidak berjisim bukanlah bermaksud Allah tersebar luas dimerata-rata  seperti dikhayalkan kerana Dzat Allah bukan seperti makhluk yang dapat dibayangkan, Arasy yang besar tersebut ada kadar atau penghujungnya yang tertentu yang hanya diketahui oleh allah ta’ala yang menjadikannya.

 

       Rangkap yang ketiga pula menjelaskan sekiranya Allah wujud dari sesuatu bermakna Allah ada permulaan seperti makhluk, iktiqad sebegini nyata kufur, setiap makhlukNya sahajalah yang ada permulaan sedang Dia Qadim, Azali tanpa permulaan. Oleh itu tidak dipersoalkan “Bilakah Allah wujud ? dan dari apakah Dia (Allah) wujud ?”. QidamNya Allah dan baharunya selain dari Allah merupakan perkara yang diijmakkan.

 

Dan telah berkata al-Subki Rahimahullah ketika mensyarahkan Aqidah Ibn al-Hajib:

 

” اعلم أن حكم الجواهر والأعراض كلها الحدوث, فإذا العالم كله حادث. وعلى هذا إجماع المسلمين بل كل الملل, ومن خالف في ذلك فهو كافر لمخالفة الإجاع القطعي “

 

“ Ketahuilah! Bahawa hukum jauhar-jauhar dan a’rod-a’rod semuanya baharu, oleh itu alam semuanya adalaha baharu. Berdasarkan demikianlah ijmak muslimin bahkan kesemua agama. Barangsiapa bersalahan pada perkara sedemikian maka dia kafir kerana berlainan dengan ijmak yang putus[11] .

 

      Imam Ahlussunnah Waljamaah yang tidak dapat disangsikan lagi iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ary Rahimahullah (324) pengasas Mazhab al-Asya’irah telah berkata:

 

” كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان, وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه “

 

“ Adalah Allah (azali) tanpa tempat, lalu diciptakan arasy dan kursi. Dia tidak berhajat kepada tempat dan selepas menciptakan tempat, Dia tetap dalam keadaanNya sebelum menciptakannya(tempat)[12] .

 

      Berkenaan Imam yang agung ini, golongan al-Musyabbihah mengambil kesempatan dengan mengatakan diakhir hayat beliau, beliau telah rujuk kembali kepada aliran salaf yang tidak menakwilkan ayat serta hadith sifat. Mereka juga mendakwa karangan beliau yang terakhir adalah kitab yang berjudul al-Ibanah fi usul al-Diyanah yang merupakan aqidah aliran salaf.

 

     Kesemua tersebut adalah tidak benar sama sekali dan untuk mengetahui lebih lanjut, rujuklah buku karangan al-Hafiz Ibn A’sakir yang dikarang khas bagi mempertahankan imam Ahlussunnah yang agung ini. Ibn A’sakir digelar sebagai ahfaz al-Huffaz iaitu yang paling Hafiz[13] antara Hafiz dizaman beliau, buku beliau tersebut berjudul : Tabyin kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ary.

 

    Imam Ahlussunnah  Abu Mansur al-Maturidy Rahimahullah (333) yang merupakan pengasas Mazhab al-Maturidiyyah telah berkata:

 

” أن الله سبحانه كان ولامكان, وجائز إرتفاع الأمكنة وبقاؤه على ما كان, فهو على ما كان, وكان على ماعليه الآن, جل عن التغير والزوال “

 

“ Sesungguhnya Allah Ta’ala adalah dia (wujud azali) tanpa tempat, harus ketinggian tempat-tempat dalam keadaan Dia kekal sepertimana dahulu (tanpa bertempat), maka dia berada dalam keadaanNya yang lalu dan adalah sekarang dalam keadaanNya yang lalu (tidak bertempat), suci dari berubah dan luput “[14].

 

       Qadhi Abu Bakar Muhammad al-Baqillani al-Maliki al-Asy’ary Rahimahullah (403) beliau disifatkan oleh Abu al-Fadl al-Tamimi[15] sebagai Nasir (penolong) al-Sunnah  dan Imam al-Muslimin yang menguatkan syariah menentang golongan yang merosakkan agama. Beliau telah berkata:

 

 “ Kami tidak berkata sesungguhnya Arasy bagiNya (Allah) menetap dan Dia bertempat, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala adalah Dia (wujud azali) tanpa bertempat, lalu selepas menciptakan tempat, Dia tidak berubah daripada keadaanNya (yang azali) “.[16]

 

Imam Abu Mansur Abdul Qahir Bin Tahir al-Tamimi al-Baghdadi Rahimahullah (429)

telah berkata:

” وأجمعوا على انه لايحويه مكان, ولايجري عليه الزمان “

 

 “ Mereka telah berijmak (iaitu Ahlussunnah) bahawa Dia (Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak beredar oleh peredaran zaman “[17].

 

Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad Bin Husain al-Baihaqi al-Syafi’I Rahimahullah (458) telah berkata:

 

” أن العبد أينما كان فهو في القرب والبعد من الله تعالى سواء, وأنه الظاهر, فيصح إدراكه بالأدلة : الباطن, فلا يصح إدراكه بالكون في مكان. واستدل بعض أصحابنا في نفي المكان عنه بقول النبي صلى الله عليه وسلم : ( أنت الظاهر فليس فوقك شيء, وأنت الباطن فليس دونك شيء ). وإذا لم يكن فوقه شيء ولادونه شيء لم يكن في مكان. ”

 

 “ Sesungguhnya seseorang hamba dimana sekalipun dia berada maka dia dalam keadaan dekat dan jauh daripada Allah Ta’ala adalah sama. Sesungguhnya Allah Ta’ala al-Zahir, boleh mengetahuiNya dengan dalil-dalil. Al-Batin yang tidak boleh mengetahuiNya seperti keadaanNya bertempat “

     Oleh itu berdalilkan sebahagian sahabat-sahabat kami dalam menafikan tempat bagi Allah dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam: “Dikaulah al-Zahir maka tiadalah diatas kamu sesuatu, dan Dikaulah al-batin dan tiada dibawah kamu sesuatu:. Apabila tiada  bagiNya atas dan bawah sesuatu, maka tiadalah dia bertempat”[18].

 

       Disini Imam al-Baihaqi menerangkan bahawa sebahagian ulamak Ahlussunnah dalam mazhab al-Asya’irah menafikan tempat bagi Allah Ta’ala berdasarkan dengan hadith tersebut.

 

       Berkata Syeikh Abu Hamid Muhammad Bin al-Ghazali al-Syafi’I al-Asya’ry (505) yang terkenal dalm mazhab al-Syafi’I dan masyhur dengan kitabnya yang berjudul : Ihyak Ulum ad-Din telah berkata :

 

“ Maha suci Allah dari diliputi oleh tempat seperti mana Dia suci dari batasan oleh masa. Bahkan Dia (wujud) sebelum menciptakan masa dan tempat. Oleh itu Dia sekarang seperti mana dahulu (azali lagi abadi tanpa bertempat dan masa).[19]

 

       Syeikh yang terkenal dengan penghulu segala wali-wali pada zamannya, juga yang masyhur dengan  karamah kebenarannya dapat mencium tangan Rasulullah sallallahualaihiwasallam dan merupakan keturunan Rasulullah iaitu Imam yang mulia as-Syeikh Ahmad ar-Rifai’i al-Syafi’I al-Asya’ry Rahimahullah telah berkata :

” غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ  وَلاَ مَكَانٍ”

Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala)  adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.[20]

 

       Iktiqad ini merupakan iktiqad yang turut dipegang oleh Sultan Solahuddin al-Ayyubi Rahimahullah (589h). Seperti mana yang telah disebutkan oleh ahli sejarah Islam bahawa beliau “bermazhab al-Syafi’i”, beriktiqad Asyai’rah. Beliau begitu mengambil berat tentang penyebaran aqidah Imam Abu Hasan al-Asy’ary Rahimahullah.

 

Sebahagian kata-kata ulamak Nusantara[21] tentang Allah wujud tanpa bertempat :

 

Syeikh Abu al-Samad al-Palembangi Rahimahullah (1206h) berkata:

 

“ Maha suci Allah Ta’ala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada suatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu “[22]

 

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullah ( 1265h) berkata:

“ Dan tiada Allah itu pada tempat dan tiada diatas dan tiada Dia dibawah dan tiada Allah dikanan dan t6iada dikiri dan tiada pada hadapan dan tiada dibelakang kerana adalah sekeliannya itu melazimkan jirim (jisim) “27

 

Imam al-Suyuti menyebutkan:

 

Ketika Solahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan urusan orang-orang Islam, pada waktu subuh beliau memerintahkan mereka melaungkan dengan menyebut aqidah al-Asya’irah . Lalu ditugaskan tukang-tukang azan menyebutnya setiap malam sehinggalah waktu kami sekarang ( iaitu sehinggalah waktu Imam al-Suyuti hidup )[23]

 

       Oleh kerana disebabkan Solahuddin al-Ayyubi bersungguh-sungguh mengambil berat terhadap aqidah Imam Abu Hasan al-Asya’ry ini, Syeikh Muhammad bin Hibatullah telah mengarang satu risalah dalam aqidah al-Asya’ry yang dinamakan sebagai

حدائق الفصول وجواهر الأصول “ . Selepas itu, risalah tersebut dihadiahkan kepada baginda sultan lalu diterima dengan baik. Baginda Sultan memerintahkan supaya mengajarkan aqidah tersebut kepada dewa dan juga kanak-kanak disekolah. Seterusnya risalah aqidah tersebut lebih dikenali dengan nama “ Aqidah al-Solahiyyah “

       Perkara ini tidak menghairankan kerana baginda sultan merupakan seorang yang sejak kecil lagi dididik dan diasuh dengan aqidah Alussunnah Waljamaah iaitu aqidah al-Asyai’rah. Kesinambungan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintah sultan-sultan yang lain dalam Bani Ayyub, seterusnya sehingga kezaman kesultanan al-Mamalik dan bersambung kezaman kesultanan bani Osman sehinggalah sampai kepada kita hari ini.

       Oleh kerana aqidah ini banyak membongkarkan aqidah-aqidah yang sesat dari golongan al-Musyabbihah dan al-Mujassimah yang berselindung disebalik nama Ahlussunnah Waljamaah, maka ulamak Ahlussunnah ini secara khususnya ulamak Tauhid dikecam sebagi sesat oleh golongan tersebut. Sedangkan golongan tersebutlah yang sesat kerana mengatakan serta menyifatkan Allah Ta’ala dengan sifat-sifat makhluk seperti bertempat, berubah, beranggota dan sebagainya yang memang diakui sesat lagi syirik.

 

        Kita dapat melihat banyak contoh dimana golongan ini menyesatkan ulamak Ahlussunnah, bahkan disisi mereka adalah kafir. Antaranya, mereka menyebutkan golongan al-Jahmiyyah yang merupakan golongan yang menafikan Asmaullah berkata:

 

” وتبعهم على ذلك طوائف من المعتزلة والأشاعرة وغيرهم. فلهذا كفرهم كثيرون من أهل السنة “

 

“ Lalu diikuti demikian oleh sebahagian dari muktazilah dan al-Asyai’rah dan selain mereka. Oleh yang demikian telah mengkafirkan mereka ini kebanyakkan dari Ahli Sunnah “[24].

 

       Kata-kata yang keji lagi dusta ini keluar dari mulut Abdul Rahman Bin Hasan yang merupakan cucu kepada pengasas Mazhab Wahhabi iaitu Muhammad Bin Abdul Wahhab dalam kitabnya Fath al-Majid. Buku dan kata-kata ini menjadi bukti golongan wahhabi menyesatkan ulamak Islam dari kalangan yang bermazhab al-Asya’irah dan selain mereka. Golongan ini seolah-olah hendak menutupi hakikat sebenar bahawa kebanyakkan ulamak hadith, tafsir, tajwid, feqah, bahasa dan sebagainya bermazhab al-Asya’irah selain yang bermazhab al-Maturidiyyah sejak zaman berzaman sebelum kemunculan golongan Wahhabi. Oleh yang demikian, siapakah Ahlussunnah pada tanggapan mereka? Apakah mereka yang baru muncul dalam dua kurun lalu layak dikatakan sebagai Ahlussunnah??

 

       Bukan setakat itu sahaja, pendakwah-pendakwah Wahhabi ini berterusan memaki hamun ulamak Ahlussunnah seperti yang dikatakan oleh seorang pendakwah sesat mereka yang terkenal iaitu Soleh Bin Fauzan dengan katanya:

 

” والأشاعرة والما تريدية خالفوا الصحابة والتابعين والأئمة الأربعة في كثير من المسائل الإعتقادية وأصول الدين فلم يستحقوا أن يلقبوا بأهل السنة والجماعة “

 

“Al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah telah bersalahan daripada sahabat, tabi’in dan mazhab yang empat dalam banyak masalah iktiqad dan usuluddin. Maka mereka tidak layak untuk digelar sebagai Ahlussunnah Waljamaah”[25].

 

       Bagi golongan ini kita katakana kepada mereka bahawa, ulamak Ahlussunnah dari Mazhab al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah tersebar diseluruh pelusuk dunia. Merekalah yang mengajar manusia makna Aqidah yang sebenar sejak seribu seratus tahun lebih. Tidak diketahui bilangan mereka yang sebenar melainkan Allah jua. Jika kita cuba menghitung bilangan mereka ini melalui nama-nama mereka serta bidang-bidang ilmu agama yang dikuasai oleh mereka seperti ilmu aqidah, feqah, tafsir, bahasa, sejarah, qiraat, tasawwuf dan lain-lain, nescaya akan termuat segalanya dalam berjilid-jilid buku.

       Sekiranya pula kita mengambil kenyataan golongan Wahhabi ini dengan menyesatkan setiap yang bermazhab al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, sudah pasti terputus sanad (susur galur) al-a’dalah ( adil )[26] antara kita dan diantar salafus soleh sebagaimana yang didakwa oleh golongan Wahhabi bahawa mereka ini berfahaman salaf. Ini kerana selama berkurun-kurun kita mengambil syariat islam dari ulamak-ulamak tersebut.

       Kenyataan Wahhabi ini yang menasabkan (menyandarkan) bahawa Ahlussunnah terdahulu sebagai bukan Ahlussunnah, sesat bahkan kafir, sudah tentu ulamak Ahlussunnah sekarang lebih mudah bagi mereka dihukumkan sebagai sesat dan kafir. Ianya juga secara tidak langsung menyatakan kepada kita bahawa Sultan Solahuddin al-Ayyubi yang bermazhab al-Asya’irah yang memperjuangkan islam serta menumpaskan kezaliman tergolong dalam golongan bid’ah dan sesat. Justeru itu kenyataan golongan Wahhabi ini merupakan celaan kepada Ahlussunnah yang terdahulu sehingga sekarang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: