JAKIM NASIHAT MUFTI: PERLIS WAHABI

MUFTI negeri dinasihat merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum mengeluarkan sebarang fatwa bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin mengeluarkan ingatan itu berikutan perkembangan yang berlaku di negara sekarang `di mana mufti sudah mula menulis, termasuk di akhbar dan adakalanya menyentuh isu di luar bidang agama.’

“Saya sudah meminta Ketua Pengarah Jakim menasihatkan mereka. Ini kerana dasar yang kita gunakan ialah dengan menasihati terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka,” katanya menggulung perbahasan Bajet 2008 bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai isu agama di Dewan Rakyat, semalam.

Abdullah berkata, penyebaran fatwa tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jakim boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

“Kita akan lihat sejauh mana mereka (mufti) akan mematuhi nasihat yang telah diberikan Ketua Pengarah Jakim. Diharap janganlah mereka memperbesarkan perkara yang kecil… soal sambutan Maulidur Rasul, soal adanya Mazhab Shafie tulen, Mazhab Shafie palsu dan pelbagai lagi,” katanya menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut).

Raja Ahmad Zainuddin meminta penjelasan mengenai fatwa yang berbeza dikeluarkan mufti menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Mengenai ajaran sesat di negara ini, Dr Abdullah berkata penyiasatan yang rapi dan bukti yang kukuh serta mencukupi diperlukan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap penyebaran ajaran sesat.

“Dalam proses tindakan penguatkuasaan juga, Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri sentiasa mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi keselamatan,” katanya.

Katanya antara kumpulan ajaran sesat yang diambil tindakan ialah ajaran Arifin Muhammad di Besut, Terengganu (ajaran Ayah Pin), amalan perbomohan Cakra Alam, amalan perbomohan Ibrahim Mat Zain, Kumpulan Al-Arqam/Rufaqa’, ajaran Kahar Ahmad (Selangor), ajaran Haji Ghazali (Selangor) dan ajaran Haji Banuar. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: