Wahabi Mujassimah Pengkhianat Agama dan Kerajaan Islam(Khilafah Turki Othmaniyyah)

Jenayah keji penganut ajaran sesat Wahabi 1925 terhadap khazanah dan warisan Islam

Tiada ahli sejarah mahupun ahli langit dan bumi dapat terima kenyataan ini; mengaku umat Muhammad tetapi menghancurkan khazanah dan warisan agama yang dibawa
Muhammad

Sejarah permakaman Jannatul Al-Baqi:

Pada 8 Shawal, Rabu 1345 H (21 April, 1925), permakaman di Jannatul Baqi (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma’la di Mekah iaitu makam bunda Rasulullah, Isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.

Asal-usul Jannatul Baqi:

“Al-Baqi” bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai “Jannatul Baqi'” atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para
sahabatnya. Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon
ditumbangkan dan shabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut. Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim
meninggal ketika masih bayi juga dimakamkan di al-Baqi sambil baginda mencucuri sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan permakaman tersebut sebagai
tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi dengan bersabda “Salam sejahtera ke atasmu wahai wahai penghuni keimanan!
Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi”
Tanah permakaman Al-Baqi lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut makam daripada kalangan
Ahlul Bait antaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja’far bin Muhammad telah dimakamkan di sana.
Daripada kalangan keluarga baginda pula adalah: ibu saudaranya Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bunda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ke-tiga, Usman
juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi’, namun pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam Al-Baqi’. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin
Anas dan ramai lagi. Demikian itu Al-Baqi’ menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.

 

Jannatul Baqi’ dalam pandangan sejarawan.

Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi saat lawatan beliau ke Madinah sebagai: “Al-Baqi’ terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi
makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadan dengannya pula
makam Ibrahim, putera Rasulullah (s.a.w.) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pulaadalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang
mashur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman hinga mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin
Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib.
Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat di atasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di
tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera
Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah puteri Rasulullah (s.a.w.) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk untuk bersedih atas kemangkatan
ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya.
Kemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bunda Ali bin Abi Talib
Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu
Jubair. Beliau menambah “Di permakaman Al-Baqi terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali
nama makam mereka.” Rumah Fatimah, Madinah

 

Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19.
Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian
dibunuh.

Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi Puak Wahabi percaya bahawa menziarahi pusara-pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan fahaman mereka akan dibunuh dan
harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini Wahabi dikenali sebagai pemerintah negeri teluk telah menghasilkan
bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepaskan jika tidak setuju dengan fahaman mereka.

Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mencapai banyak
kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat
suci dan kubah di sana termasuk tenda di atas telaga
Zam-Zam. Dalam tahun 1221 Hijrah, Wahabi memasuki Madinah untuk
mencemarkan Al-Baqi, begitu juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan atas sebab-sebab
tertentu dan mereka berputus asa. Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab
Saudi meletakkan syarat sesiapa pun yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak
memasuki Mekah.

Al-Baqi musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Lantas Raja Al-Saud menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah rampas . Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyeksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.

Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah Al-Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan semua makam-makam suci dari kemusnahan.

Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan diusir
keluar. Undang-undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Kaherah kemenangan ini disambut
selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara. Pada tahun 1818 masihi, khalifah
empayar Usmaniayah Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemuliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam
ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tingi belanjanya iaitu hampir tujuh ratus ribu Pounds dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi daripada kumpulan derma di makam Rasulullah (s.a.w.).

 

Rompakan kedua oleh puak Wahabi.

Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55
buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya
seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau. Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pada tahun
1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka.

Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: “Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya.” 1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang
tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.). Ibnu Jabhan telah berkata: “Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji.
Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud
bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.

Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma’la di Mekah dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam. Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan, punyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya. 1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:

1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah), jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
2. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.

3. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.

4. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.

5. Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
6. Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.

Bantahan dari negara-negara lain:

Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.

Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.

Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).

-Permakaman Hawa di Jeddah.
-Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
-Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad
Rasulullah (saw).
-Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
-Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
-Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah
dari Mekah.
-Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
-Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
-Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina
Hasan dan Husein
-Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.

UTK MAKUMAT LNJUT & GMBAR2 LAYARI http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/04/jenayah-keji-penganut-ajaran-sesat.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: