WAHHABI MUJASSIMAH TIPU AL-IBANAH

Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

” AL-IBANAH ‘ALA USULI DIYANAH ” BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY’ARY.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy’ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya’ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary ‘Ala Imam Abu Hasan Al-Asy’ary oleh Ibnu ‘Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya’irah yang utama.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy’ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah ‘Ala Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA “ALLAH DUDUK ATAS ARASY” ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA’RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy’ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas ‘Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas ‘Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah ‘Ala usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy’ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya’ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy’ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya’ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas cetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya’ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Sedangkan

IMAM ABU HASAN AL-ASYA’RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas cetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK YANG MEMERLUKAN JISIM, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: