WAHHABIY DI PARLIMEN

WAHHABIY DI PARLIMEN

SINOPSIS :

Petang Isnin- Selasa (5-6hb Mei) lalu, Parlimen bergegar lagi. Kali ini isu Wahhabiy pula mencuri tumpuan. Ia diutarakan oleh YB Zulkifli Nordin, YB Hamim Samuri dan lain-lain. Ringkasnya, para YB meminta penjelasan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Zahid Hamidi tentang kedudukan fahaman Wahhabiy. Dan saya tak terkejut dengan jawapan yang diberikan Menteri.
Sememangnya, Majlis Fatwa sudah 6x bersidang berkaitan fahaman Wahhabiy ni. Walau tiada fatwa rasmi mengenai kesesatan Wahhabiy, keputusan Majlis Fatwa adalah jelas untuk menghalang Fahaman ini dari disebarkan di negara kita. Tak percaya, cuba dapatkan penjelasan dari JAKIM : 03 – 88864000. Penjelasan itu semestinya berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya, ulasan pegawai tertentu.
Apabila tiada kajian tentang metodologi dan implikasi fahaman Wahhabiy, maka tiada sebarang hitam putih mengenainya. Lagipun, di cawangan Akidah, masih terdapat beberapa individu yang bios kepada fahaman Wahhabiy. Saya bukan menuduh. Tapi, ini satu hakikat yang perlu diperjelaskan. So, macamana nak keluar fatwa? Akhirnya, senyap je laa. Tapi, bila ada isu berbangkit..mula lah semua pihak tertanya-tanya. Ada juga yang menggelabah.

CARA KITA :

Secara mudahnya, negara kita mempunyai metodologi tersendiri dalam menunjangi Isu Agama mahupun isu pengurusan Islam di Malaysia. Dasarnya diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan YAB PM dan dianggotai oleh EXCO Agama Negeri. Ia diuresetia oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Semenjak dari merdeka sampai sekarang, dasar ini masih releven. Bahkan menampakkan perkembangan yang efektif dalam memartabatkan agama Islam di negara kita. Cuba bayangkan…dulu..kita hanya ada UNIT AGAMA JPM. Kini, JAKIM dan pelbagai ajensi agama.Rasanya, tak perlu seinci pun untuk mengambil pendekatan menurut gaya Wahhabiy.

KLASIFIKASI WAHHABIY :

Ketahuilah bahawa Fahaman Wahhabiy kini terbahagi kepada tiga kelompok utama : Golongan Wahhabiy Muqallid, Wahhabiy Sederhana dan Wahhabiy Ekstrem (Ghuluw). Kelompok Wahhabiy Muqallid dan Sederhana hanya mencetuskan beberapa permasalahan biasa sahaja. Kebanyakkannya bersifat feqhiyyah. Tapi, kadang2 menjalar kepada masalah akidah. Walaupun Wahhabiy ni kategori biasa @ sederhana, namun.. Wahhabiy tetap dari latarbelakang sejarah yang satu.

Di sudut yang lain, terdapat kelompok Wahhabiy Ekstrem. Atau dengan istilah lain dikenali dengan Wahhabiy TOTOK. Kelompok ini dikesan memberi masalah besar kepada umat Islam sedunia. Samada dari sudut akidah, syariah, akhlak, perpaduan ummat (sosial), politik dan keselamatan negara.

WAHHABIY M’SIA :

Gejala ekstremis Wahhabiy di Malaysia bermula 1930an lagi. Di zaman penjajah mereka mengetahkan fahaman baru ala ‘modernisme’ agama menurut tafsiran Muhammad Abdul Wahhab. Kemudiannya obor Wahhabiy ditiupkan pula oleh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani, Rasyid Ridha dan lain-lain di timur tengah. Penuntut agama yang terkesan dengan ‘revolusi’ ini pula cuba menerapkan perjuangan yang sama di Tanah Melayu waktu itu. Muncullah watak2 ‘reformis agama’ seperti Syekh Syed al-Hadi, Us Abu Bakar Asya’ri (Perlis) Ibrahim ‘Aqidi (P Pinang) Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki, Zaaba DLL.

Perjuangan mereka dilihat berbeza dengan fahaman arus perdana kerana cuba mengetengahkan metodologi baru. Akhirnya menerbitkan pendapat yang pelik2 seperti tupai, biawak, labi2 boleh dimakan, dibolehkan ‘bercina-buta’. Mempraktikkan nusus mutasyabihat secara zahir. Kononya, itulah mazhab al-Salaf @ akidah al-Salaf. Akhirnya, mereka dikenali sebagai golongan Kaum Muda. Nak tahu kenapa mereka ini dipuji oleh Dr Asri dlm Mingguan Utusan 11 Mei lalu. Sebabnya mereka satu metodologi.

WAHHABIY KINI :

Kini, gelombang ekstrem Wahhabiy kembali lagi. Berselindung di sebalik NGO Islam, Ajensi Agama dan parti politik. Mereka mendakwa hanya mereka satu-satunya golongan yang memperjuangkan Islam @Sunnah yang sebenar. Menjenamakan diri mereka sebagai ‘Salafiyyah” (pengikut kpd golongan Salaf = generasi awal umat Islam). Selain itu, mereka turut memperaga beberapa nama : Ittiba’ al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Tajdid Agama, Modernisme Agama, Salafi DLL. Kalau Salafi sebenar eloklah. Tapi, Hakikatnya, mereka memperjuangkan tafsiran Agama menurut metodologi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Justeru, walau apapun jenama, mereka tetap Wahhabiy. Kalau Wahhabiy biasa, tak kisah sangat. Tetapi, mereka memperjuangkan metodologi Wahhabiy yang ekstrem. Berikut merupakan sebahagian metodologi Wahhabiy ekstrem :

1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL

2) Membid’ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk

3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian

4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir

5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar

6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran

7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar

8) Mentahrif khazanah ulamak

9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam

10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)

Jika anda mempunyai ciri di atas. Sah..anda salah seorang Wahhabiy TOTOK. Sedarlah, anda berada di tahap kritikal dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi, jika ciri di atas sedikitpun tidak berkaitan dengan anda…bertenanglah..kita semua dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seseorang tidak perlu mengkafirkan seseorang yang lain selagi ia terdiri dari ahli Qiblat. Kecuali Mujassim dan sesiapa yg ingkar ilmu juz’iyyat. Demikian keterangan Imam al-Syafi’ie di dalam al-Asybah Wa al-Nazha’ir hlm 441 juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, 2005.

Sebenarnya, ketika kemunculan Wahhabiy dan sebelum gerakan ini mendapat kuasa politik dan pemerintahan Jazirah Arab, para ulamak tampil dengan pelbagai fatwa terhadapnya. Antaranya : Ibn ‘Abidin, Imam al-Showi al-Maliki, Syed Ahmad Zaini Dahlan, Imam Ibn Humaid al-Hanbali DLL telah memfatwakan Gerakan Wahhabiy sebagai golongan Khawarij. Nantikan…paparan kami dari kitab-kitab mereka secara eksklusif.

Malahan, jika tuan-puan menelusuri fatwa negeri Johor, Dato Syed Alawi al-Haddad telah memfatwakan Fahaman Wahhabiy juga sebagai fahaman Khawarij. Fatwa ini senada dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kpd PM) dalam muqaddimah Kitab Senjata Syariah yg ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah. Dan ramai lagi ulamak melayu yang tampil memperjelaskan kedudukan Wahhabiy.Namun, bila gerakan Wahhabiy mendapat kuasa politik dan pemerintahan, kelihatan tidak ramai ulamak & negara yang berani membuka mulut.

REALITI :

Justeru, apabila seorang Menteri diasak bertubi2 berkaitan fahaman Wahhabiy, maka itulah jawapannya. Jawapan yang mengambil kira faktor politik tempatan, politik antarabangsa, perpaduan melayu Muslim, mengelak tanggapan negatif non Muslim DLL. Bahkan saya amat bersetuju dengan jawapan YB Menteri bahawa..kita memerlukan forum yang lain bagi membicarakan tentang fahaman ini secara mendalam.

Kesimpulannya, secara umum, golongan Wahhabiy terbahagi kepada 3 golongan. Selagi mana mereka mengamalkan Rukun2 Islam/Iman mereka masih layak bergelar Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi jika fahaman dan pegangan mereka melampaui batasan syarak (ghuluw) dan aktif dengan teori takfir Umat Islam, secara automatik..mereka tidak layak di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka terus melancarkan provokasi kepada siapa sahaja yang mengkritik mereka. Tengoklah kandungan Majalah I bulan ni. Terbaru, kononnya Syeikh Abdullah Harari mengkafirkan Imam Hassan al-Banna dan Syed Hassan al-Saqqaf mengkafirkan Muawiyah r.a. Sebenarnya, kedua-dua Syeikh berkenaan berlepas diri dari tohmahan mereka. Itu sebenarnya sebahagian dari seni fitnah Wahhabiy Ghuluw. Wallahua’lam.

http://www.al-ghari.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: