Pembongkaran Kesesatan Aqidah Agama Wahabi

Posted in Siapa Wahabi on Mei 12, 2008 by bankwahabi

Wahabi Mengatakan Allah Mempunyai Had !!

Assalamualaikum,

Pendedahan demi pendedahan dilakukan setiap hari.Penyelewengan agama wahabi kini semakin
banyak dimaklumi oleh masyarakat umum.Bagi yang wahabi pula ,mereka dengan membabi-buta ingin membela “imam” mereka dan menuduh itu ini sebagai fitnah walhal mereka tidak mempunyai dalil .Inilah wahabi.Oleh kerana dek taksub dan taqlidnya kepada kesesatan,maka apa sahaja yang dihidangkan oleh tok guru mereka adalah seperti hadis nabawi ,bahkan tidak boleh di sentuh malah dijulang walaupun perkara itu ialah perkara kufur.

Pembaca sekalian ,

kali ini didedahkan pula dengan wahabi mujassimah Bin Baz yang mengatakan Allah mempunyai had .Sudahlah menghina Allah dengan menjisimkan Allah,kini pula meletakkan had bagi Allah!!Apakah ini semua?!


Dalam nota kakinya kepada Al Aqidah At Thohawiyah ,kepala panutan wahabi ini telah berkata:

فمراده بالحدود يعني التي يعلمها البشر، فهو سبحانه لا يعلم حدوده إلا هو سبحانه

bermaksud

“apa yang dimaksudkan olehNya(had) ialah had yang diketahui oleh manusia,dan dia adalah maha suci ,tiada seseorang yang mengetahui hadnya kecuali Dia”

Ini adalah salah satu contoh yang jelas akan kekufuran Wahabi.Bagaimanakah seseorang boleh mendakwa sebagai Islam mengatakan “Allah mempunyai had(limit) tapi kita tidak mengetahuinya?”Sedangkan had ialah sifat bagi makhluk dan Allah tidak akan sekali kali serupa dengan makhluknya.

Percayalah sesiapa yng percaya atau ragu ragu dalam menyatakan Allah mempunyai apa saja had baginya ialah kufur dan akan dicampakkan ke api neraka selamanya melainkan mereka menjadi Islam kembali dan dan bertaubat dari perkara kufur sedemikian.
Semoga Allah memberi hidayah Islam kepada wahabi serta para pengikutnya.Wallahuyahdihilimayyasha`

JIHADWAHABI

jihadwahabi.blogspot.com

WAHHABIY DI PARLIMEN

Posted in Berita, Pandangan Ulama', Siapa Wahabi on Mei 12, 2008 by bankwahabi

WAHHABIY DI PARLIMEN

SINOPSIS :

Petang Isnin- Selasa (5-6hb Mei) lalu, Parlimen bergegar lagi. Kali ini isu Wahhabiy pula mencuri tumpuan. Ia diutarakan oleh YB Zulkifli Nordin, YB Hamim Samuri dan lain-lain. Ringkasnya, para YB meminta penjelasan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Zahid Hamidi tentang kedudukan fahaman Wahhabiy. Dan saya tak terkejut dengan jawapan yang diberikan Menteri.
Sememangnya, Majlis Fatwa sudah 6x bersidang berkaitan fahaman Wahhabiy ni. Walau tiada fatwa rasmi mengenai kesesatan Wahhabiy, keputusan Majlis Fatwa adalah jelas untuk menghalang Fahaman ini dari disebarkan di negara kita. Tak percaya, cuba dapatkan penjelasan dari JAKIM : 03 – 88864000. Penjelasan itu semestinya berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya, ulasan pegawai tertentu.
Apabila tiada kajian tentang metodologi dan implikasi fahaman Wahhabiy, maka tiada sebarang hitam putih mengenainya. Lagipun, di cawangan Akidah, masih terdapat beberapa individu yang bios kepada fahaman Wahhabiy. Saya bukan menuduh. Tapi, ini satu hakikat yang perlu diperjelaskan. So, macamana nak keluar fatwa? Akhirnya, senyap je laa. Tapi, bila ada isu berbangkit..mula lah semua pihak tertanya-tanya. Ada juga yang menggelabah.

CARA KITA :

Secara mudahnya, negara kita mempunyai metodologi tersendiri dalam menunjangi Isu Agama mahupun isu pengurusan Islam di Malaysia. Dasarnya diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Islam (MKI) yang dipengerusikan YAB PM dan dianggotai oleh EXCO Agama Negeri. Ia diuresetia oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Semenjak dari merdeka sampai sekarang, dasar ini masih releven. Bahkan menampakkan perkembangan yang efektif dalam memartabatkan agama Islam di negara kita. Cuba bayangkan…dulu..kita hanya ada UNIT AGAMA JPM. Kini, JAKIM dan pelbagai ajensi agama.Rasanya, tak perlu seinci pun untuk mengambil pendekatan menurut gaya Wahhabiy.

KLASIFIKASI WAHHABIY :

Ketahuilah bahawa Fahaman Wahhabiy kini terbahagi kepada tiga kelompok utama : Golongan Wahhabiy Muqallid, Wahhabiy Sederhana dan Wahhabiy Ekstrem (Ghuluw). Kelompok Wahhabiy Muqallid dan Sederhana hanya mencetuskan beberapa permasalahan biasa sahaja. Kebanyakkannya bersifat feqhiyyah. Tapi, kadang2 menjalar kepada masalah akidah. Walaupun Wahhabiy ni kategori biasa @ sederhana, namun.. Wahhabiy tetap dari latarbelakang sejarah yang satu.

Di sudut yang lain, terdapat kelompok Wahhabiy Ekstrem. Atau dengan istilah lain dikenali dengan Wahhabiy TOTOK. Kelompok ini dikesan memberi masalah besar kepada umat Islam sedunia. Samada dari sudut akidah, syariah, akhlak, perpaduan ummat (sosial), politik dan keselamatan negara.

WAHHABIY M’SIA :

Gejala ekstremis Wahhabiy di Malaysia bermula 1930an lagi. Di zaman penjajah mereka mengetahkan fahaman baru ala ‘modernisme’ agama menurut tafsiran Muhammad Abdul Wahhab. Kemudiannya obor Wahhabiy ditiupkan pula oleh Muhammad Abduh, Jamaluddin Afghani, Rasyid Ridha dan lain-lain di timur tengah. Penuntut agama yang terkesan dengan ‘revolusi’ ini pula cuba menerapkan perjuangan yang sama di Tanah Melayu waktu itu. Muncullah watak2 ‘reformis agama’ seperti Syekh Syed al-Hadi, Us Abu Bakar Asya’ri (Perlis) Ibrahim ‘Aqidi (P Pinang) Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki, Zaaba DLL.

Perjuangan mereka dilihat berbeza dengan fahaman arus perdana kerana cuba mengetengahkan metodologi baru. Akhirnya menerbitkan pendapat yang pelik2 seperti tupai, biawak, labi2 boleh dimakan, dibolehkan ‘bercina-buta’. Mempraktikkan nusus mutasyabihat secara zahir. Kononya, itulah mazhab al-Salaf @ akidah al-Salaf. Akhirnya, mereka dikenali sebagai golongan Kaum Muda. Nak tahu kenapa mereka ini dipuji oleh Dr Asri dlm Mingguan Utusan 11 Mei lalu. Sebabnya mereka satu metodologi.

WAHHABIY KINI :

Kini, gelombang ekstrem Wahhabiy kembali lagi. Berselindung di sebalik NGO Islam, Ajensi Agama dan parti politik. Mereka mendakwa hanya mereka satu-satunya golongan yang memperjuangkan Islam @Sunnah yang sebenar. Menjenamakan diri mereka sebagai ‘Salafiyyah” (pengikut kpd golongan Salaf = generasi awal umat Islam). Selain itu, mereka turut memperaga beberapa nama : Ittiba’ al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Tajdid Agama, Modernisme Agama, Salafi DLL. Kalau Salafi sebenar eloklah. Tapi, Hakikatnya, mereka memperjuangkan tafsiran Agama menurut metodologi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Justeru, walau apapun jenama, mereka tetap Wahhabiy. Kalau Wahhabiy biasa, tak kisah sangat. Tetapi, mereka memperjuangkan metodologi Wahhabiy yang ekstrem. Berikut merupakan sebahagian metodologi Wahhabiy ekstrem :

1) Fanatik kepada Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abd Wahhab, al-Albaani DLL

2) Membid’ah, mensyirik @ mengkafir umat Islam dengan masalah furuk

3) Memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian

4) Memvisualisasikan Allah dgn Nusus Mutasyabihat secara zahir

5) Menolak pendekatan Mazhab Muktabar

6) Mentajrih ulamak yang tidak sealiran

7) Beranggapan hanya mereka sahaja yang benar

8) Mentahrif khazanah ulamak

9) Menghapus sumber dan nilai sejarah umat Islam

10) Melahirkan ekstremis (al-Qaedah, Taleban, JI Dll)

Jika anda mempunyai ciri di atas. Sah..anda salah seorang Wahhabiy TOTOK. Sedarlah, anda berada di tahap kritikal dan memerlukan rawatan kecemasan. Tetapi, jika ciri di atas sedikitpun tidak berkaitan dengan anda…bertenanglah..kita semua dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seseorang tidak perlu mengkafirkan seseorang yang lain selagi ia terdiri dari ahli Qiblat. Kecuali Mujassim dan sesiapa yg ingkar ilmu juz’iyyat. Demikian keterangan Imam al-Syafi’ie di dalam al-Asybah Wa al-Nazha’ir hlm 441 juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Bayrut, 2005.

Sebenarnya, ketika kemunculan Wahhabiy dan sebelum gerakan ini mendapat kuasa politik dan pemerintahan Jazirah Arab, para ulamak tampil dengan pelbagai fatwa terhadapnya. Antaranya : Ibn ‘Abidin, Imam al-Showi al-Maliki, Syed Ahmad Zaini Dahlan, Imam Ibn Humaid al-Hanbali DLL telah memfatwakan Gerakan Wahhabiy sebagai golongan Khawarij. Nantikan…paparan kami dari kitab-kitab mereka secara eksklusif.

Malahan, jika tuan-puan menelusuri fatwa negeri Johor, Dato Syed Alawi al-Haddad telah memfatwakan Fahaman Wahhabiy juga sebagai fahaman Khawarij. Fatwa ini senada dengan apa yang diungkapkan oleh Syeikh Abdullah Fahim (Datuk kpd PM) dalam muqaddimah Kitab Senjata Syariah yg ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah. Dan ramai lagi ulamak melayu yang tampil memperjelaskan kedudukan Wahhabiy.Namun, bila gerakan Wahhabiy mendapat kuasa politik dan pemerintahan, kelihatan tidak ramai ulamak & negara yang berani membuka mulut.

REALITI :

Justeru, apabila seorang Menteri diasak bertubi2 berkaitan fahaman Wahhabiy, maka itulah jawapannya. Jawapan yang mengambil kira faktor politik tempatan, politik antarabangsa, perpaduan melayu Muslim, mengelak tanggapan negatif non Muslim DLL. Bahkan saya amat bersetuju dengan jawapan YB Menteri bahawa..kita memerlukan forum yang lain bagi membicarakan tentang fahaman ini secara mendalam.

Kesimpulannya, secara umum, golongan Wahhabiy terbahagi kepada 3 golongan. Selagi mana mereka mengamalkan Rukun2 Islam/Iman mereka masih layak bergelar Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi jika fahaman dan pegangan mereka melampaui batasan syarak (ghuluw) dan aktif dengan teori takfir Umat Islam, secara automatik..mereka tidak layak di gelar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka terus melancarkan provokasi kepada siapa sahaja yang mengkritik mereka. Tengoklah kandungan Majalah I bulan ni. Terbaru, kononnya Syeikh Abdullah Harari mengkafirkan Imam Hassan al-Banna dan Syed Hassan al-Saqqaf mengkafirkan Muawiyah r.a. Sebenarnya, kedua-dua Syeikh berkenaan berlepas diri dari tohmahan mereka. Itu sebenarnya sebahagian dari seni fitnah Wahhabiy Ghuluw. Wallahua’lam.

http://www.al-ghari.blogspot.com/

BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN

Posted in Pandangan Ulama' on November 14, 2007 by bankwahabi

BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN

Oleh : Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari

 

 

Izinkan saya merujuk artikel HADIS PALSU MENYESATKAN MASYARAKAT oleh Dr Azwira Abd Aziz dari UKM yang disiarkan Utusan Malaysia, ruangan Agama-Mega, 5 November 2007. Saya pasti pandangan tersebut adalah pandangan peribadi. Ia bukannya satu pandangan rasmi Fakulti Pengajian Islam, UKM mahupun JAKIM. Sayangnya, pandangan beliau tidak cukup fakta, amat keras dan melampau. Para pembaca yang jujur diminta meneliti dahulu bait2 penghujahan Dr Azwira. Kemudian baru disusuli dengan hujjah saya. Jangan jadi penonton separuh masa kedua. Nanti tak tahu hujung pangkalnya. Terlebih dahulu, Minta ampun dan minta maaf..jika saya terikut-ikut dengan rentak Dr Azwira dalam penulisan ini.

 

REALITI PERMASALAHAN

 

Perlu disedari bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur merupakan permasalahan ranting agama. Ia bukannya permasalahan tunjang mendasari Iman dan Islam. Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan. Demikian betapa fleksibelnya hukum syarak dalam permasalahan ini.

 

SUSUNAN DALIL

 

Tinjauan permasalahan ini menemukan kita dengan beberapa dalil. Samada dari kitab Suci al-Qur’an mahupun al-Sunnah. Kekadang dalil berkaitan dapat difahami dan di hayati dengan baik. Kekadang ia gagal ditemui dan difahami. Lalu memanifestasi pelbagai tafsiran sonsang. Oleh itu, kita perlu memahami dalil secara jelas dengan sebaik-baiknya.

 

Dr Azwira jelas didapati gagal memahami hirarki dalil perundangan Islam. Sikit-sikit hadis, hadis, hadis…Macam dia tu perawi hadis, ulamak hadis, mahaguru hadis. Kenapa anda tidak merujuk al-Qur’an sebagai sumber utama.

 

Apabila kita membuka lembaran suci al-Qur’an didapati banyak ayat yang boleh dijadikan panduan bagi menjustifikasikan permasalahan ini. Antaranya :

 

1)      Surah alThur ayat 21

2)      Surah al-najm ayat 38 dan 39

3)      Surah al-Baqarah ayat 261

4)      Surah al-Kahf ayat 82

5)      Surah al-A’raf ayat 204

6)      Surah Surah al-Hasy ayat 10 DLL.

 

 

  

STATUS DALIL

 

Dalil syarak adakala bersifat qath’ie. Dan ada kalanya bersifat dzanni. Dalil Qath’ie adalah dalil yang jelas ketetapannya. Manakala dalil yang bersifat dzanni membuka ruang kepada ulamak untuk berijtihad. Justeru, perbezaan pendapat dikalangan ulamak adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama. Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak. Bahkan lebih akrab kepada taqwa. Sekaligus mengelakkan diri dari bersikap keras kepala terhadap amalan yang telah ‘diestablish’ para ulamak dan diperakui pihak berautoriti agama.

 

ANALISA FAKTA

 

Perlu diketahui secara insaf bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai. Adakalanya berstatus sahih, hasan, dhaif dan amat dhaif. Selain itu, kita juga yakin untuk menolak dari menggunakan hadis-hadis palsu. Antaranya ialah :

 

1. Imam Muslim meriwayatkan : “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperolehi melalui dua rakaat solat di waktu dhuha.” (Muslim bin Hajjaj al-Neisaburi, Sahih Muslim, ed : Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, t.th, Dar Ihya’ Thurath al-Arabi : Beirut, hlm 498 juz 1)

 

Imam al-Qurtubi mengatakan : “Berdasarkan dalil inilah para ulamak menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Qur’an itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”(al-Qurtubi, al-Tazkirah, Maktabah al-Iman : Mansurah, Mesir, hlm 74)

 

Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan : “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Qur’an juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.” (Abdullah bin al-Siddiq, Itqan al-Sun’ah fi Tahkik Makna al-Bid’ah, 1997, Maktabah al-Qaherah : Mesir, hlm 8)

 

2. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda SAW ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda SAW bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” (Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1)

Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”

 

3. Imam al-Thabrani meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah : “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

 

Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id hlm 44 juz 3 mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri dari kalangan perawi yang ditsiqahi (dipercayai). Manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak hlm 512 juz 3 (al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

 

Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhis al-Habir turut memperakui hadis ini. (al-Asqalani, Talkhis al-Habir, 1964, ed : Abdullah Hasyim al-Yamani, al-Madinah al-Munawwarah, hlm 130 juz 2). Juga tiada sebarang komentar dari Imam al-Zaila’ie di dalam Nusb al-Rayah hlm 302 juz 2.

 

Senario kesaksian ini juga turut dipersetujui oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Makki di dalam kitabnya Hadaya al-Ahya’ Lil Amwaat (Hadiah Si Hidup Kepada Si Mati) hlm 57.

 

Pemerincian sanad hadis ini dibuat berdasarkan kepada beberapa pandangan para pengkritik hadis. Jika para pengkritik hadis bertauliah menerimanya..kenapa tidak dengan kita?

 

Hadis di atas secara jelas menaskan kepada kita bahawa Abu al-Lajlaj Abu Khalid (Seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Qur’an di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

 

Ternyata amalan membaca ayat suci al-Qur’an di atas kubur bukanlah sesuatu bid’ah yang sesat. Bahkan ia diwarisi daripada Nabi SAW sendiri. Justeru, amalan ini merupakan satu sunnah yang terpuji.

 

4. Imam al-Baihaqi, al-Thabrani dan al-Hakim meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW : “Apabila salah seorang kamu meninggal dunia, jangan kamu menahan jenazahnya dan segeralah membawanya ke kubur. Bacalah disisi kepalanya Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)-lafaz al-Baihaqi bunyi : “..permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir m/s 44 juz 12, al-Baihaqi, Syuab al-Iman m/s 16 juz 7)

 

Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawaid m/s 44 juz 3 mengatakan : “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir. Padanya terdapat Yahya bin Abdullah al-Bablati. Dia merupakan seorang perawi yang lemah.” Seterusnya al-Haitsami mengintegrasikan sanad yang lemah ini dengan riwayat al-Baihaqi. Riwayat itu bersumberkan Abd Rahman bin al’-‘Ala bin al-Lajlaj yang diperakui kesahihannya.

 

Kedua-dua hadis ini secara jelas membuktikan kepada kita bahawa Ibn Umar dan  Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan dari Nabi SAW agar dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an di tanah perkuburan.

 

Walaupun riwayat dari Thabrani ini bertaraf dhaif, namun ia dibantu dengan beberapa riwayat yang sahih dari Imam Muslim dan al-Baihaqi sebagaimana di atas.

 

Tambahan pula, Imam Ibn Hajr al-Asqalani mendakwa bahawa ia berstatus hasan (baik). (al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379H, Dar al-Makrifah : Beirut, hlm 184 juz 3)

 

Manakala Imam al-Ajlouni ketika membentangkan hadis ini menyatakan bahawa hadis yang diriwayat al-Thabrani ini adalah marfuk. (al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’, 1405H, Muassasah al-Risalah : Beirut, cet 4, hlm 192 juz 1)

 

Al-Zurqani mengatakan : “Bahawa hadis : “Apabila seseorang kamu telah meninggal dunia jangan kamu menahannya..adalah diriwayatkan al-Thabrani dengan sanad-sanadnya yang hasan.” ( al-Zurqani, Syarh al-Zurqani, 1411H, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 127 juz 2). Kehasanan hadis ini juga turut diperakui oleh al-Syaukani di dalam Subul al-Salam. (al-Syaukani, Subul al-Salam, 1379H, Dar Ihya’ Thurats al-Arabi : Beirut, Cet 4, hlm 106 juz 2)

 

Justeru, kedhaifan sanad pada riwayat al-Thabrani secara automatik ditampung dengan riwayat yang sahih dan dhaif yang lain. Himpunan jaluran sanad yang dhaif menjadikan ia bertaraf hasan sebagaimana diperakui ulamak. Justeru, situasi ini sedikitpun tidak mencacatkan penghujahan terhadap amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Bahkan hujahnya kekal dalam kelasnya yang tersendiri.

 

5. Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasai’ie, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda: “Hati al-Qur’an adalah Yaasin. Tidaklah dibaca surah itu oleh seseorang yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan dosanya. Bacalah Yaasin kepada orang mati kamu.”

 

Hadis ini dipandang sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Ibn Hibban menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan orang mati di dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati.. pendapat ini ditarjih oleh Ibn Qayyim dengan beberapa alasan yang diberikannya. Akan tetapi Ibn Rif’ah berpegang kepada zahir hadis di atas. Lantaran itu, beliau mengesahkan bahawa surah Yaasin boleh dibacakan kepada orang yang telah mati. Al-Syaukani pula berpendapat bahawa lafaz al-Mauta pada hakikatnya bermaksud orang yang telah mati. Dan maksud hakikat tidak boleh dipesongkan melainkan ada qarenahnya.

 

Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari berpendapat bahawa tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang hampir mati supaya dia dapat mentadabbur bacaan itu. Manakala tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang telah mati supaya seseorang itu mendapat manfaat pahalanya.” (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah, hlm 87 )

 

6. Imam al-Baihaqi meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad katanya : “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya dari Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.”

 

Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadis ini bertaraf mauquf dan hasan.

 

Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Imam Yahya bin Ma’in (sarjana hadis yang mashyur) sendiri turut membenarkan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur.

 

 

7. Imam Muslim meriwayatkan : “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah(Muslim, Sahih Muslim, no: 870, hlm 539 juz 1).

 

Imam al-Tirmidzi mengatakan : “Perkara yang dimaksudkan ‘Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan’ bermaksud jangan jadikan ia (rumah) sunyi dari berzikir dan melakukan ketaatan (kebaikan) sepertimana tanah perkuburan dan orang mati..” (al-Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwazi, t.th, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 146 juz 8)

 

Perintah hadis ini bersifat umum. Iaitu menggalakkan kita untuk membaca al-Qur’an di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada. Asalkan bertunjangkan kepada niat, cara, tempat yang baik dan munasabah.

 

Kandungan hadis ini sama sekali tidak menjustifikasikan larangan membaca Al-Quran ditanah perkuburan. Ini kerana kebenaran membaca al-Qur’an di tanah perkuburan tsabit dengan pemerincian hadis-hadis di atas.

 

Oleh yang demikian, hadis yang bersifat umum tidak boleh digunakan hujjah untuk membatalkan galakkan yang bersifat khusus. Hal ini penting bagi mengelak percanggahan hadis.

 

Tambahan pula, galakkan Rasulullah SAW supaya kita membaca al-Qur’an khususnya surah al-Baqarah ternyata ada kelebihan tersendiri. Bacaan surah ini dapat menghalau syaitan dari bermastautin kerana penghuninya telah menghidupkan suasana rumah dengan ibadat.

 

Mafhum sebaliknya, jika kita tidak membaca al-Qur’an di tempat kediaman, maka jadilah tempat kediaman itu sunyi sepi bagaikan tanah perkuburan. Walaupun kediaman dihuni makhluk hidup tetapi suasana kediaman itu bagaikan dihuni orang mati apabila tidak diserikan dengan ibadat. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan.’

 

Berdasarkan keterangan ini bolehlah diandaikan bahawa hujjah Dr Azwira yang mendakwa ‘kekerapan mereka membaca al-Qur’an di kubur daripada rumah menyebabkan segala syaitan yang ada di kawasan itu berpindah ke kawasan perumahan umat Islam” amat kelakar. Dan layak diketawakan sahaja kerana ucapan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan kiasan oleh seorang yang bergelar Doktor Falsafah dari Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah contoh seni analogi yang fasid dan menyimpang dari kebenaran serta tidak diluahkan oleh orang-orang yang berakal.

 

Pembongkaran ilmiah ini juga menemukan hakikat bahawa Dr Azwira sendiri sebenarnya yang cuba memandai-mandai melarang umat Islam dari membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Secara tak langsung, Beliau memanifestasikan rekaan hadisnya: “Jangan membaca al-Qur’an di atas kubur, nanti Syaitan yang ada disitu akan datang ke kawasan perumahan kamu.” Renunglah wahai mereka yang mempunyai akal fikiran!

 

Sebenarnya, hadis-hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur masih banyak, tetapi sengaja didatangkan beberapa hadis untuk disesuaikan dengan fokus perbincangan. Jika seseorang itu benar-benar celik hatinya dia pasti akan menerima hujjah dan kebenaran ini. Jika hatinya buta dan keras..hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah.

 

 

PENDAPAT PARA ULAMAK

 

Sebenarnya isu klasik ini telah diselesaikan para ulamak dengan jayanya. Antaranya :

 

  1. Muhammad bin Ahmad al-Muruzi berkata : Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata : “Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.”

 

  1. Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk : “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan : “Al-Syafi’ie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan : “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Qur’an. Mereka mengatakan : Jika mereka mengkhatamkan al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah : Beirut, 1996, hlm 142 )

 

  1. Imam al-Zahabi di dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan : “Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Qur’an di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.”

 

  1. Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata : “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Qur’an di kubur. Lalu beliau menjawab : “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya : “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Qur’an di sisinya.”

 

  1. Al-Khara’iti di dalam kitab al-Kubur menyebutkan : “Menjadi Sunnah kebiasaan ornag-orang ansar apabila mengusung mayat mereka membaca surah al-Baqarah.”

 

  1. Al-Qurtubi mengatakan : “Sebahagian ulamak kami mengemukakan dalil sampainya bacaan al-Qur’an ke pada si mati dengan hadis berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi SAW. Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian Baginda bersabda : “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.” Riwayat al-Syeikhain : Bukhari Kitab Wudhu 218 dan Muslim al-Thaharah 111/292)

 

Bagi saya, jika pacakan pelepah tamar yang basah dikubur boleh memberi manfaat kepada si mati, bagaimana pula halnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati.? Tentunya bacaan ayat suci itu lebih istimewa dari pelepah tamar berkenaan.” Cumanya perbuatan Baginda memacak pelepah tamar tersebut adalah salah satu dari kepelbagaian yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Wallahu’alam.

 

  1. Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepad si mati beserta dalilnya) mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159)

 

  1. Imam Ibn al-Solah ketika menjawab penghujahan ayat 39 surah al-Najm mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah seseorang itu tidak mempunyai hak atau menadapat balasan melainkan apa yang diusahakannya. Ini tidak termasuk amalan yang dilakukan untuknya secara sukarela oleh orang lain seperti membaca al-Qur’an dan berdoa…”

 

  1. Syeikh Ibn Taimiyyah mengatakan : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…”            Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau;”Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya” (Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324)

 

  1. Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu’ mengatakan : “Tidak dilarang untuk membaca al-Qur’an di atas kubur atau tanah perkuburan. Telah dinaskan ke atasnya oleh Abu Bakar, al-Qadhi dan sebahagian ulamak dan ia merupakan pandangan mazhab…” (Ibn Muflih al-Hanbali, al-Furu’, hlm 304 juz 2)

 

 

KESIMPULAN

 

1.                  Amalan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an di atas kubur merupakan salah satu dari permasalahan ranting agama. Galakkan ini bersumberkan dalil-dalil yang sahih, hasan dan dhaif.

 

2.                  AL-Qur’an al-Karim sepatutnya dijadikan dalil utama. Manakala sumber hadis dijadikan dalil sekunder dalam apa jua permasalahan umat Islam.

 

3.                  Himpunan dalil yang ada menjustifikasikan amalan ini sebagai amalan sunat. Ia dilihat sebagai amalan aksesori sahaja.

 

4.                  Kita perlu memahami permasalahan usul dan furu’ secara menyeluruh beserta dalil-dalil dan kaedah syariah yang jelas. Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak. Di samping boleh mengelakkan diri dari bersikap fanatik dan melampau.

 

5.                  Dr Azwira gagal membuktikan bahawa amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan sebagi bidah yang sesat. Pendapat seperti ini sebenarnya tidak diperkatakan oleh ahli ilmu. Amat malang bagi seseorang yang mempunyai Doktor Falsafah menduduki kerusi pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah tetapi jahil tentang kedua-dua. Bahkan terus keras kepala bila hujjah ini dilihat menandasi pandangannya. Beliau hanya bijak memanjangkan ketaksuban terhadap al-Baani semata-mata. Sehinggakan membutakan mata hati beliau bahawa dari menilai kebenaran jumhur ulamak. Justeru, pandangan kontroversi ala Wahhabi ini perlu di tolak.

 

 

 

SYOR DAN CADANGAN

 

1.                  Fakulti Pengajian Islam, sepatutnya tidak membenarkan pensyarahnya mempergunakan jenama UKM untuk melariskan idea individu tertentu. Terutama dalam mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan arus perdana.

 

2.                  JAKIM perlu membuat penyelarasan dengan pihak media agar isu-isu kontroversi agama tidak dibincangkan secara meluas dan emosional. Situasi ini dikhuatiri menyemarakkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia.

 

3.                  Perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan generasi Salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

 

4.                  Para cendikiawan, profesional, pendakwah, pelajar Universiti sewajarnya sedar tentang aliran-aliran pemikiran yang tumbuh dalam persekitaran mereka. Jika anda mempunyai kekuatan, buatlah analisa secara sedar. Jika tidak, awasi dan jauhi diri anda dari pelbagai makhluk perosak zaman kini. Wallahu’lam.

Wahabi Kekurangan Modal!

Posted in Uncategorized on November 13, 2007 by bankwahabi

Assalamualaikum.

Awas Para Pembaca,  wahabi2 sibuk menyamar untuk memecahbelahkan ASWJ.

Wahabi Menyamar???

Posted in Uncategorized on November 13, 2007 by bankwahabi

Assalamualaikum ,

Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang situasi yang baru sahaja berlaku baru2 ini.Ketika melawat ke blog bahrusshofa , saya terkejut apabila ada seorang yang yang menggunakan nick ar rifaie memberikan komen disitu.Kelihatan pada mulanya saya sangkakan adalah seorang daripada kita tetapi bila saya halusi isu yang dibawanya iaitu isu Nur Muhammad dan pengkafiran membuta tuli barulah saya sedar rupanya dia hanyalah musuh2 ahlussunnah yang menyamar.

Perkara yang sama juga berlaku kepada blog abu syafiq,dimana nick tersebut cuba mengapi ngapikan permusuhan diantara blog2 anti wahabi.Apa sudah jadi?

Bila saya teliti gaya bahasa yang agak kurang ajar nick tersebut,saya agak yakin yang dianya bukanlah dari ahlussunah.Kelihatan nick tersebut hanya terdapat di blog ahlussunah sahaja seperti blog saya(jihad wahabi),bahrusshofa,abu syafiq.Ini salah satu petanda lagi yang menunjukkan niat jahat pemunya nick untuk melaga lagakan antara ahlus sunnah.

Nampaknya lakonan mereka ini tidak berjaya akhirnya.Saya telah meneliti hujah2 mereka ini contohnya

  1. Isu Nur Muhammad.
    -Jelas disini pemunya nick tersebut ingin menggunakan taktik kotor atas perbezaan pendapat antara Syekh Abdullah Alharari tentang nur Muhammad.Bagi mereka yang pernah mengambil ilmu dengan bersanad dengan Syekh Abdullah,semstinya itu adalah pegangan mereka dan tidak sama sekali kami akan menyerang sesama ahlussunah walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat(Nur Muhammad).Musuh jangan dicari,tetapi inilah taktik kotor wahabi menggunakan isu khilafiyyah untuk memecah belahkan ummat.
  2. Isu Kafir tak Kafir? -Lagi sekali saya menjumpai kata seperti kafir tak kafir ni.Didalam roudhah.net mereka yang menggunakan nick ibnhajar juga mengambil kesempatan menyamar kononnya mereka adalah ahlussunah tetapi menampakkan kemelampauannya dalam menulis.Ini tidak lain tidak bukan hanyalah niat jahatnya untuk memburuk-burukkan aliran ahlus sunnah.Hanya Jauhari yang mengenal manikam, saya tahu mereka ini hanyalah menyamar sebagai ahlussunnah tetapi menunjukkan kemelampauannya dalam usaha untuk memburuk burukkan sesuatu aliran ahlussunnah.Ini tidak menghairankan kerana terpalit dalam sejarahwahabi seperti agen agen yahudi dalam usaha wahabi untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah. boleh rujuk juga di sini http://yossyrahadian.wordpress.com/2007/03/14/peran-lawrence-di-balik-berdirinya-kerajaan-arab-saudi/
  3. Tembelang pecah Sebenarnya hujah mereka ini saya pernah lihat di website2 wahabi seperti Aizam Jakim,Abu Syuaib dan beberapa yang lain,dan saya mengagak mereka menggunakan semula hujah tersebut sebagai reverse pshycology untuk menyerang ahlusunnah semula.Sudah-sudahlah,tembelang kamu (wahabi)sudah dipecahkan ,inikan pula mahu menyamar untuk melaga lagakan ahlussunnah.Identiti mereka ini boleh diteka dengan mudah.

Ikhwah sekalian,setelah di kaji wahabi ini sebenarnya inilah misi utama wahabi untuk memecah belahkan umat.Mereka akan gunakan apa sahaja taktik kotor,tidak kiralah menyamar ,membunuh atau apa sahaja demi hajat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam tercapai dalam masa yang sama memberi kemenangan kepada pihak sekufu mereka iaitu yahudi .Kepada wahabi,tidak usahlah kamu berselindung dengan nama Ahlussunah,Salafi, dan sebagainya.Semakin lama kamu menipu masyarakat semakin jelas penyelewengan kamu akan didedahkan.Wallahu a`lam.

Salam perjuangan
JIHADWAHABI

http://jihadwahabi.blogspot.com/

RISALAH BUAT PENYOKONG IKHWAN MUSLIMIN & IMAM HASAN AL-BANNA

Posted in Pandangan Ulama', Siapa Wahabi on November 13, 2007 by bankwahabi




AKIDAH IMAM HASAN AL-BANNA

Oleh: Abu Syafiq ( Tel Hp 012-2850578 )

Alhamdulillah, Wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah.

Ramai pengaku diri sebagai ‘ustaz’ menyanjung perjuangan Imam Hasam Al-Banna yang mengasaskan Ikhwan Muslimin sebenar. Namun kejahilan ilmu menyebabkan semangat mereka mengatasi hakikat sepatutnya mereka lalui.

Sebahagian parti, individu, Wahhabi dan selainnya sering mengunakan nama perjuangan suci Imam Hasan Al-Banna. Lantas menjaja nama Imam Hasan Al-Banna dan Ikhwan Muslimin berdasarkan hawa nafsu masing-masing dan kepentingan yang tersasar dari matlamat sebenar Ikhwan Muslimin.
Ditambah pula dengan mereka tidak berakidah sepertimana yang disajikan oleh Al-Quran dan Hadith melalui fahaman yang tepat dan benar sedangkan ianya telah di sebut terang-terangan oleh Imam yang mereka juga sanjung ini iaitu Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ta’ala.

IMAM HASAN AL-BANNA TERANGKAN MENGENAI AYAT MUTASYABIHAT
Mari sama-sama kita renung penerangan yang hebat oleh Imam Hasan Al-Banna sekaligus menjadi alternativ menyelesaikan pertelingkahan akidah. Semoga yang murtad memeluk Islam kembali.

Berkata Imam Hasan Al-Banna selepas menyatakan ayat 5 surah Toha:
Menyanggah dan menolak mereka yang mendakwa kononnya berpegang secara zahir ayat Quran dan Hadith mustasyabihat secara zahir merupakan mazhab As-Salaf.
Sebenarnya ringkasan daripada dakwaan palsu itu merupakan Tajsim iaitu menjisimkan Allah dan Tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk, kerana zahir lafaz tersebut adalah apa yang telah diletakkan makna baginya.
Maka tiada makna ‘Tangan’ secara hakikat zahirnya kecuali anggota badan dan begitu juga selainnya.
Manakala mazhab As-Salaf tulen tidak berpegang secara zahir pada ayat dan hadith tersebut”.
Rujuk scan kitab di atas, dipetik dari Majmuk Rasail Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada kitab Al-Aqoid m/s 415.

Dinyatakan oleh Imam Hasan AL-Banna lagi: “ Sesungguhnya ulama As-Salaf tulen dan ulama Al-Khalaf bersepakat tidak berpegang secara zahir ”.
Rujuk scan kitab di atas, m/s 418.

Saya ( Abu Syafiq ) menyatakan:
Demikian jelas Imam Hasan Al-Banna menolak daripada berpegang secara zahir pada ayat Istawa Allah kerana ertinya adalah bersemayam/duduk.
Begitu juga Imam Hasan Al-Banna menyanggah dakwaan kononnya ulama As-Salaf berpegang secara zahir pada ayat-ayat dan hadith-hadith mustasyabihat.
Ini kerana ulama As-Salaf tulen tidak berpegang secara zahir kerana zahir ayat dan hadith tersebut merupakan sifat makhluk bukan sifat Allah.
Bahkan Imam Hasan Al-Banna menyatakan sesiapa yang berpegang secara zahir maka dia adalah Mujassim dan Musyabbih.

Nah!
Kepada sebahagian parti politik, Wahhabi dan selainnya yang menjaja dan mempergunakan nama Imam Hasan Al-Banna pengasas dan ketua Ikhwan Muslimin soalanku kepada kamu semua… adakah akidah kamu sama dengan Imam yang kamu sanjung atau kamu kafirkan Imam Hasan Al-Banna dalam akidah?!

Jahat dan dusta sungguh mereka yang mempergunakan nama Imam Hasan Al-Banna sedangkan Imam Hasan Al-Banna berlepas tangan dari mereka.

-Imam Hasan Al-Banna tidak kata Allah Bersemayam/duduk, tetapi mereka kata Allah Duduk.

-Imam Hasan Al-Banna, ulama Salaf tulen dan Khalaf tidak berpegan secara zahir pada ayat 5 surah Toha dan ayat-ayat serta hadith-hadith mutasyabihat yang lain, tetapi mereka berpegang secara zahir.

-Imam Hasan Al-Banna menghukum Tajsim dan Tasybih terhadap sesiapa yang berpegang secara zahir pada ayat dan hadith mutasyabihat.
Tetapi sebahagian parti politik yang bertopengkan nama Ikhwan Muslimin serta sebahagian Wahhabi mereka berpegang secara zahir, maka ini bererti mereka adalah Mujassim dan Musyabbih sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam hasan Al-Banna sendiri.

Semoga kebenaran terus berpihak kepada mujahid Islam.
Hidup Ikhwan Muslimin Tulen!

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

A-AL-HAFIZ AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH: ALLAH DUDUK

Posted in Pandangan Ulama', Siapa Wahabi on November 13, 2007 by bankwahabi


AL-HAFIZ AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH: ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK

Oleh: Abu Syafiq ( Tel HP 006-012-2850578)

*Bersemayam yang bererti Duduk adalah sifat yang tidak layak bagi Allah dan Allah tidak pernah menyatakan demikian, begitu juga NabiNya.
___________________________________________________________________________

Hakikat kebenaran tetap akan terserlah walaupun lidah syaitan Wahhabi cuba merubahnya.
Kali ini dipaparkan bagaimana rujukan utama Wahhabi iaitu Al-Hafiz Az-Zahabi sendiri mnghukum kafir akidah sesat: Allah Bersemayam/Duduk yang dipelopori oleh Wahhabi pada zaman kini. Az-Zahabi adalah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz bin Abdullah ( 673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan kitab-kitab lain termasuk Al-Kabair.

Az-Zahabi mengkafirkan akidah Allah Duduk sepertimana yang telah dinyatakan olehnya sendiri di dalam kitabnya berjudul Kitab Al-Kabair. Demikian teks Az-Zahabi kafirkan akidah “ Allah Bersemayam/Duduk” :

( RUJUK SCAN KITAB TERSEBUT DI ATAS )
Nama kitab: Al-Kabair.
Pengarang: Al-Hafiz Az-Zahabi.
Cetakan: Muassasah Al-Kitab Athaqofah,cetakan pertama 1410h.

Terjemahan.
Berkata Al-Hafiz Az-Zahabi:
“Faidah, perkataan manusia yang dihukum kufur jelas terkeluar dari Islam oleh para ulama adalah: …sekiranya seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR”. Rujuk scan kitab tersebut di atas m/s 142.

Perhatikan bagaimana Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk. Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir.
Fokuskan pada kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang itu kata Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan tetapi amat jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang mendakwa Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari seluruh ulama Islam.

Wahai Mohd Asri Zainul Abidin dan Wahhabi yang lain…ketahuilah apabila anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah dihukum oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam.
Tidak perlu ditunggu kenyataan “ Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru nak dihukum kafir akan tetapi dengan mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur terkeluar dari Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi.

Bertaubatlah wahai Wahhabi.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

Apa Kesudahannya!

Posted in Tulisan Tuan Rumah on November 10, 2007 by bankwahabi

Assalamualaikum…

Apa kesudahannya?

siang malam sibuk membanters wahabi….Walaupun sibuk hal duniawi, bekalan untuk akhirat mestilah diutamakan..

siang malam menuntut ilmu…tapi adakah ilmu itu yang wajib dituntut? kalau dulu ramai yang nak jadi alim, nak belajar mendalami ilmu2 agama, tapi sekarang lain pula..ilmu fardhu kifayah wajib dan fadhu ain tak perlu..nanti dah besar, pandai2 lae kome ikut tok2 guru yg kome rasa okay…erm..inilah masalahnya, bila mencari silap jmpa tok batin dan tok bomoh..pastu macam2 jampi serapah tok batin ajar..yg penting kena taat dia, baru kamu boleh jadi mujtahid bomoh…inilah yang barangkali berlaku pada golongan juhala’ yang sibuk membomohkan masyarakat dengan ilmu2 hitamnya…bagi mereka yang belajar ilmu putih, sibuk membasmi masyarakat yang terkena sihir tersebut..ada yang jenis bagitahu siapa yang buat dan ada yang senyap sahaja…barangkali inilah perbezaannya..tapi semua yang belajar ilmu putih akan membasmi ilmu2 karut yang hitam…

siang malam golongan ilmu hitam terkumat kamit menyihir orang ramai, malah hairan pula dia sebab apa ramai yang tak nak ikuti dia, adakah ilmunya tak berkesan..nampaknya sihir dia tak hebat sangat…mungkin juga wujud golongan ilmu putih yang sentiasa memastikan kesucian masyarakat dna jauh daripada sihir tok bomoh2 tadi….

Tapi ada satu masalah besar, golongan yang minat dan mengagung-agungkan ilmu hitam nie makin beranak pinak, yang cintakan imu putih makin tenggelam, kalau ada pun senyap, tak nak tolong masyarakat yang sudah termakan sihir…si penyihir pulak mcm2 dia bagi..tapi biasa dan penting sekali adalah duit bulanan..kalau tak ada si bomoh tersebut pun tak nak payah2 menyihir orang….

Apa kesudahannya…entahlah, hanay Allah SWT yang Maha Mengetahui..yang penting aku nie bukan penyebar ilmu hitam..dan aku nie masih lagi dok menuntut ilmu putih, sekadar yang aku mampu aku tolong..lebih2 kena tanya tok syeikh besar..walau pun Al-Quran dan kitab2 Ahadith depan mata atau di CD, tapi aku bukan mujtahid mcm ahli2 sihir ilmu hitam..kato guna Al-Quran dan Al-Hadith tapi guno utk sesatkan org sbb depa pun tak phm…jadi aku nie ikut mcam mana tok guru aku ajor…nak kondem aku? terpulanglah….

wslm

Asadullah

BankWahabi

Penjelasan Tentang Hukum Bagi Sesiapa Menisbahkan, Memberikan, Meletakkan, Mengangap Wujudnya Tempat Bagi Allah SWT.

Posted in Pandangan Ulama', Siapa Wahabi, Tulisan Tuan Rumah on November 9, 2007 by bankwahabi

Bismillahhirrahmanirrahim.

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه

Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, dengan ‘inayah dan rahmat Allah SWT, kami akan menjelaskan sedikit sebanyak pandangan jumhur Ulama’ Salaf, khalaf dan hinggalah masa kini; tentang hukum bagi golongan mujassimah yang menjisimkan Allah SWT, wal’iyazubillah.

 

Penjelasan Tentang Hukum Bagi Sesiapa Menisbahkan, Memberikan, Meletakkan, Mengangap Wujudnya Tempat Bagi Allah SWT.

 

Penjelasan tentang permasalahan tajsim ini telah lama wujud; bukan masalah baru dalam sejarah Islam, malah di zaman salaf sudah wujud kaum tajsim ini. Oleh demikian, kami akan bentangkan sebanyak yang mungkin tentang hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Jumhur Ulama’ ASWJ yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sesiapa yang ber’itiqad atau beranggapan bahawa Allah SWT tinggal dilangit, atau bersemayam atau duduk di atas arays atau apa jua yang bersangkut-paut dengan tempat, atau arah; maka hukumnya seperti berikut:

 

1.      Imam al-Mujtahid Abu Hanifah an-Nu’man (150H) RAH, dalam kitabnya “Fiqh al-Absat”[1]. Imam Abu Hanifah telah mengkafirkan sesiapa yang menisbahkan atau mengisbatkan tempat bagi Allah. Kata Imam Abu Hanifah; “Barangsiapa yang berkata bahawa dia tidak mengetahui bahawa Allah itu di langit atau pun di bumi, maka dia itu jatuh kafir, dan begitu juga barangsiapa yang berkata bahawa Allah di atas arrays, dan begitu juga jika dia berkata bahawa dia tidak tahu bahawa Allah di atas arrays atau di langit atau di bumi.”

2.      Syeikh ‘Izz Ibn Abdus Salam Rahimahullah (660H); dalam Kitab “Halli ar-Rumuz”[2]. Syeikh ‘Izz juga bersependapat dengan Imam Abu Hanifah dalam menyatakan hukum kafir kepada mujassimah yang menisbahkan tempat bagi Allah. Kata Syeikh ‘Izz  “Sesunnguhnya dengan perkataan tersebut(tidak tahu samada Allah di atas arasy atau di langit atau di bumi) boleh mengwahamkan(membayangkan di kepala dan fikiran) bahawa untuk Allah itu tempat, dan barangsiapa yang membayangkan perkara tersebut, maka dia itu seorang musyabbihah.”

3.      Syeikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafiy; dalam Kitab Syarah Fiqh al-Akbar[3]. Syeikh telah berkata “dan tiada syak lagi sesungguhnya bahawa (Syeikh)Ibn Abdus Salam daripada Ulama’ yang diperakui dan agung, maka wajiblah kita mempercayai atas apa yang telah dinaqalkan(nukilkan dalam kitabnya Halli ar-Rumuz tentang kata-kata Imam Abu Hanifah an-Nu’man).”

4.      Imam Al-Hafiz Al-Faqih Al-Hanafi Abu Ja’afar At-Thohawi As-Salafi (321H); dalam matan Aqidah Thohawiyyah yang masyhur dan telah banyak disyarahkan. Tetapi berwaspadalah pada syarah “Abi al-‘Izz Al-Hanafi” kerana telah dicemari dengan pandangan Tajsim dan Musyabbihah. Kata Imam Abu Ja’afar “Barangsiapa yang mengsifatkan Allah dengan makna daripada makna-makna manusia, maka dia telah jatuh kafir.”

5.      Imam Abu Qasim Al-Qusyairiy (465H); dalam Risalah Al-Qusyairiyyah[4]. Kata Imam Abu Qasim “Aku telah mendengar bahawa Al-Imam Abu Bakr Ibn Faurak Rahimahullah telah berkata: Aku Telah dengar Abu Usthman Al-Maghrabi berkata: aku telah ber’itiqad sesuatu tentang hadith jihhah(arah/tempat), dan ketika kami sampai di Baghdad telah pergi perkara tersebut[5](arah/tempat bagi Allah) daripada hatiku, maka aku tuliskan khabar tersebut kepada sahabat-sahabat kami di Makkah: Sesungguhnya aku telah Islam sekarang dengan memperbaharui Islam.”(dengan meninggalkan ‘itiqad yang salah dan mengucapkan syahadatain).

6.      Syeikh Lisan Al-Mutakallimin Abu Al-Mu’in Maimun Ibn Muhammad An-Nasafiy Al-Hanafi (508H); dalam Kitab Tabshirah Al-Adillah[6]. Kata Syeikh “dan sesungguhnya Allah SWT telah menafikan penyerupaan(mumathalah) di antara zat Allah dan sesuatu selainnya, maka kata-kata yang mengisbatkan(menetapkan atau ber’itiqad) tempat untuk Allah adalah ditolak(tidak diterima) kerana dalil daripada Al-Quran <laisa kamithlihi syaiun: tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Nya>; oleh kerana kata-kata yang berikut (kata-kata tentang tempat bagi Allah) tidak ada sebarang makna yang lain kecuali makna zahirnya; maka menolak nas/hukum daripada Al-Quran adalah kafir, semoga Allah menjaga kita semua daripada masalah/perkara tersebut.”

7.      Syeikh Zain Ad-Din yang masyhur dengan Ibn Nujaim Al-Hanafi (970H); dalam kitabnya Bahr Ar-Raiq: Pada Bab Hukum Orang-Orang yang Murtad[7]. Kata Syeikh Zain Ad-Din As-Syahir bi Ibn Nujaim “dan telah kafirlah bagi mereka yang menisbatkan/menetapkan al-makan(tempat) bagi Allah, dan jika dia berkata: Allah di langit, jika dimaksudkan tentang kisah apa yang telah di riwayatkan pada zahir al-akhbar(hadith) tidak kafir, dan jika yang dimaksudkan itu al-makan(tempat) maka kafir.”

8.      Syeikh Syihab Ad-Din Ahmad Ibn Muhammad Al-Mishriy As-Syafi’e Al-Asy’arie yang terkenal dengan panggilan Ibn Hajar Al-Haithami (974H); dalam kitabnya Al-Minhaj Al-Qawiim[8]. Kata Syeikh Ibn Hajar Al-Haithami “dan ketahuilah bahawa Al-Qarafi dan lain-lainnya menceritakan bahawa; daripada imam As-Syafi’e dan Imam Malik dan Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah RAH; bahawa kafirlah mereka yang berkata: arah dan jisim dan mereka bermaksudkan hakikat tersebut.”

9.      Syeikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafiy (1014H); dalam kitab Syarah Fiqh Al-Akbar[9]. Kata Syeikh “Adalah tersangat zalim seseorang yang menipu Allah SWT dengan mendakwa dengan dakwaan yang tertentu; seperti: menetapkan tempat, keadaan, arah yang bertentangan atau berhadapan, dan menetapkan jarak dan penyerupaan yang seperti berikutnya; maka jatuhlah Kafir tanpa penafian”. Kata Syeikh juga[10] “barangsiapa yang ber’itiqad bahawa Allah SWT tidak mengetahui sesuatu sebelum berlakunya sesuatu; maka dia itu kafir, walaupun ianya dikira daripada golongan pembid’ah, dan begitu juga bagi sesiapa yang berkata: bahawa Allah itu mempunyai jisim dan tempat, dan peredaran masa bagi Allah dan apa juga yang sepertinya; Kafir, kerana tidak ada pada mereka itu hakikat keimanan[11].”

10.  Syeikh Mulla Ali Al-Qari; dalam kitab Mirqatul Al-Mafatih[12]. Kata Syeikh “Bahkan telah bersepakat mereka semua(daripada Ulama’ Salaf) dan daripada Ulama’ Khalaf; bahawa mereka yang beraqidah arah(Tajsim/Musyabbihah) adalah Kafir; sepertimana yang telah dijelaskan oleh Al-‘Iraqi<sesungguhnya kata-kata tersebut adalah daripada Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Asy’arie, dan Imam Al-Baqillani>”

11.  Syeikh Al-‘Allamah Kamal Al-Din Al-Bayadhi Al-Hanafi (1098H); dalam Kitab Isyarat Al-Maram (ms/200). Syarah Syeikh pada kata-kata Imam Abu Hanifah tentang hukum kafir bagi mereka yang beraqidah tajsim.

12.  Syeikh Abdul Al-Ghani An-Nablusi Al-Hanafi (1143H); dalam Kitab Al-Fath Al-Rabbani Wal Al-Faidhu Ar-Rahmani (ms/124). Kata Syeikh “dan sesungguhnya pembahagian kufur itu dengan mengikut syarak ada tiga pembahagian yang menyeluruh dalam pelbagai jenis kekufuran: 1) At-Tasybiih 2) At-Ta’thil 3) At-Takziib…dam maka at-Tasybiih itu adalah ‘itiqad bahawa Allah SWT menyerupai sesuatu daripada makluk Nya, seperti mereka yang ber’itiqad bahawa Allah SWT jisim berada di atas arasy, atau ber’itiqad bahawa Allah mempunyai yadan yang bermaksud jarihahatan(dua anggota tubuh badan ‘tangan’), atau untuk Allah itu penyerupaan dengan sesiapa atau cara/kaifiyat sesiapa, atau cahaya yang boleh digambarkan dengan aqal, atau di langit, atau di satu arah dari arah yang enam, atau di satu tempat daripada tempat-tempat, atau di seluruh tempat, atau memenuhi ruang alam semesta…..”

 

Para Pembaca,

Ada banyak lagi pandangan ulama’ ASWJ tentang hukum bagi mereka yang beraqidah tajsim. Tetapi apa yang saya nukilkan hanya sedikit sangat jika mahu dibandingkan dengan ribuan ulama’ ASWJ yang menjelaskan hukum dan penafian tempat bagi Allah. Bagi para pembaca yang sudah arif, jelas, alim dan yakin bahawa Aqidah tajsim ini sesat dan mengeluarkan individu itu daripada millah, janganlah berdiam diri walaupun ianya pahit, janganlah sentiasa berwaspada sehinggakan secara tidak langsung kita membenarkan masyarakat yang kejahilan terus terjerumus dalam kekufuran Aqidah dengan mengagung-agungkan pelopor tajsim dulu dan kini. Mereka yang sedar dan tahu tentang hal ini; khususnya golongan yang mempunyai authority dalam bidang Aqidah, tidak seharusnya berdiam diri, takut, risau dan ragu-ragu.

Asadullah

BankWahabi


[1] Kitab Fiqh al-Absat; Himpunan Risalah-Risalah Imam Abu Hanifah; dengan Tahqiq Imam Az-Zahid Al-Kauthari (ms/12).

[2] Kitab Halli ar-Rumuz; Syiekh ‘Izz Ibn Abdus Salam; Bersependapat dengan Imam Abu Hanifah dalam No: 1.

[3] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/198).

[4] Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah: Abu Qasim Al-Qusyairiy (ms/5).

[5] Telah aku tinggalkan segala ‘Itiqad tentang tajsim.

[6] Kitab Tabshiroh Al-Adillah; Syeikh Abu Al-Mu’in Maimun Ibn Muhammad An-Nasafiy Al-Hanafi (1/169).

[7] Kitab Bahr Ar-Raiq: Bab Hukum Orang-Orang Yang Murtad; Syeikh Zain Ad-Din, Ibn Nujaim Al-Hanafiy (5/129)

[8] Kitab Al-Minhaj Al-Qawiim; Syeikh Syihab Ad-Din Ahmad Ibn Muhammad Al-Mishriy As-Syafi’e Al-Asy’arie Al-Ma’ruf bi Ibn Hajar Al-Haithami (ms/224)

[9] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/215)

[10] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/271-272)

[11] Maksudnya: seseorang yang beraqidah tajsim, hakikatnya tiada iman dalam hati mereka; maka mereka itu Kafir.

[12] Kitab Mirqaatul Al-Mafatih; Syeikh Mulla Ali Al-Qari (3/300).

Penjelasan Aqidah Ibn Taimiyyah dan Wahabiyyah al-Muassimah

Posted in Pandangan Ulama', Siapa Wahabi on November 9, 2007 by bankwahabi

Bismillahhirrahmanirrahim.

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه

Assalamualaikum.

 

Para Pembaca,

Ini saya jumpa satu lagi blog yang mendedahkan kesesatan wahabi; walaupun alamat blog tersebut agak pelik, tetapi maklumat tersebut insya Allah boleh manfaatkan kita.

Saya sudah edit[1] sedikit sebanyak dalam artikel di bawah; salah dan silap, saya amat berharap keampunan dan rahmat daripada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Penyayang ke atas hamba-hamba Nya.

Antara Perkara Yang Dijelaskan:

1.      Penjelasan Aqidah Ibn Taimiyyah.

2.      Pandangan Ulama’ ASWJ dalam Menafikan Tempat Bagi Allah.

3.      Hukum Bagi Mereka Yang Menetapkan Tempat Bagi Allah.

 

www.nerakawahabi.wordpress.com

Awas inilah bukti-bukti yang dipaparkan untuk membongkar kesesatan mereka(wahabi mujassimah)! Di sini dinukilkan sedikit kata-kata IBNU TAIMIYYAH yang membuktikan akidahnya yang tersasar dari akidah Ahli sunnah Waljamaah.  Aqidah Ibn Taimiyyah ini Di petik daripada kitab Sharh Al-Akidah Al-Wasatiyyah, karangan Al–Allamah Muhammad Khalil Harras yang telah disebarkan oleh Arif[2] ex-UIA. Cetakan Mu’sasah Al- Haramayn Al- Khayriyyah Riyadh 2003.

 

Antara Aqidah Ibn Taimiyyah:

1.      Wajib ke atas setiap orang-orang yang beriman mengimani segala apa perkara yang dinisbahkan oleh Allah terhadap dirinya daripada segala perbuatan yang berhubung dengan zat-Nya seperti; bersemanyam di atas Arasy, hadir, datang dan turun ke langit dunia, ketawa, reda, murka serta benci.(m/s 150)

2.      Tafsiran salah Surah Al-Ikhlas,bahawa Allah disifatkan oleh rasul-Nya bahawa Allah turun ke langit dunia, pada setiap malam dan menghampiri orang-orang haji di padang Arafah. Ahlu Sunnah Wal Jamaah beriman dengan turun-Nya Allah itu sebagai satu sifat yang hakiki bagi Allah mengikut cara yang Allah kehendaki. Rasulullah S.A.W  menceritakan bahawa Allah itu turun  dan Rasullullah tidak pula menceritakan  caranya. (m/s 158)

3.      Mengithbatkan(menetapkan) sifat muka bagi Allah. Kesemua nas-nas menafikan takwil golongan pelampau yang mentafsirkan muka dengan  makna pahala atau zat.(m/s 92)

4.      Allah datang serta turun dan hampir(dekat) sedangkan Allah berada di atas Arasy-Nya dan nyata daripada makhluk-Nya. Maka semua merupakan hakikat perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala. (m/s 91)

5.      Allah Ta’ala menyeru Nabi dengan suara-Nya, begitu juga menyeru Nabi Adam & Hawwa, menyeru hamba-hamba-Nya di hari kiamat dengan suara dan segala wahyu-Nya dengan suara.

Terbuktilah dengan ‘iktiqad(Aqidah) yang di bawa oleh Ibnu Tamiyyah itu menyebabkan dia terjerlus(terjatuh dan terjerumus) ke  lubang  kesesetan dan kekufuran.

Wahai kaum  muslimin ketahuilah (penyakit dan kesesatan) yang dibawa oleh Ibnu Tamiyyah ini akan (sudah) mengjangkiti pegangan iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Di sini  saya akan membuktikan kepada golongan muslimin sekalian dengan dalil-dalil   daripada ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal Jammah muktabar yang menolak dan mengtahzirkan(memberi amaran) dengan iktikad yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah membawa kepada kekufuran.

 

Berikut adalah senarai-senarai dalil-dalil tersebut:

 

Dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari, Rasulllalah S.AW Bersabda: Terjemahannya: Adalah Allah itu tidak menyerupai dengan sesuatu makhluk. Kesimpulan hadis ini: Membuktikan dan menjelaskan bahawa kewujudan Allah tidak memerlukan kepada tempat, barangsiapa yang menyatakan Allah wujud dengan bertempat, maka dia telah membayangkan ada sesuatu yang lain daripada sifat-Nya yang azali. ‘Iktiqad seperti berikut sudah tentu membawa kepada Syirik.

 

Kata-kata Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang menafikan bahawa Allah mempunyai dab bertempat Tempat:

 

Kata- kata Ulama’ Zaman Salaf:

1.      Saidina Ali Bin Abi Talib Radhiyallahhu’anhu: Saidina Ali berkata sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur Al –Baghdadi: Terjemahannya: “Sesungguhnya (Allah) telah ada dan tiada tempat ketika itu, dan bahawa Allah wujud Sekarang seperti mana keadaan asal Nya; iaitu (tanpa bertempat dan tanpa memerlukan tempat)”

2.      Dan Saidina Ali Bin Abi Talib Radhiyallahhu’anhu berkata lagi: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencipta Arasy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya(Qudrat Allah), dan tidak sama sekali menjadikan(mengambil) arasy sebagai tempat untuk zat-Nya.

3.      Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie Radhiyallahu’anhu: Tafsiran Kata Imam As-Syafie “Dalil untuk itu (tiada bagi Allah itu tempat) ialah bahawa Allah telah Ada  dan tempat itu tiada, lalu  dia menciptakan tempat dan Dia masih  bersifat Azali sama seperti dahulu  sebelum terciptanya tempat, dan tidak boleh berlaku Perubahan ke atas zat-Nya dan tidak berlaku pertukaran ke atas sifat-Nya.

4.      Imam Abu Ja’far Al-Thohawiy Radhiyallahhu’anhu berkata: maknanya “Allah tidak berada di salah satu daripada arah yang enam(atas, bawah, belakang, kiri, kanan) seperti sekalian makhluk.

 

Kata-kata Ulama’ Zaman Khalaf:

1.      Imam Abdul Al-Qahir Bin Tohir Al-Baghdadi Rahimahullah dalam kitabnya yang berjudul Al-Farqu Bainal Firaq berkata: Maknanya “Mereka (Ahlus Sunnah Wal Jamaah) telah berijmak bahawa Dia (Allah) tidak bertempat.”

2.      Imam Al-Baihaqi Rahimahullah; salah seorang daripada ulama hadis yang terkemuka dan masyhur: dalam kitabnya Al –Asma ‘wal Sifat: terjemahan yang kata-kata Imam yang bermaksud: Sebahagian sahabat kami(Ahlus Sunnah Wal Jama’ah) menafikan tempat bagi Allah dengan berdalilkan Kata-kata  Rasullullah SAW “Engkaulah Al-Zohir yakni zahir di atas setiap Sesuatu dengan penguasaan dan kekuatan & kemenanagan.

3.      Al-Hafiz Ibnu Al-Jauzi Al –Hanbali Rahimahullah; antara ulama terkenal dalam mazhab Hanbali Menyatakan: maksudnya, Sesungguhnya telah sabit di sisi ulama bahawa Allah Taala tidak dikandung oleh langit, bumi dan berada di bahagian-bahagian Tertentu.

 

Hukum orang yang beriktikad Allah mempunyai tempat.

1.      Imam Ja’far Al-Sidiq Radhiyallahuhu’anhu; Imam Ja’far Al Sadiq Radhiyallahu’anhu (Wafat 94H) berkata: Maksudnya: “Barangsiapa yang mendakwa bahawa Allah berada pada sesuatu, atau daripada Sesuatu atau berada di atas sesuatu ,maka sesungguhnya dia telah syirik . Jika (Allah) berada pada sesuatu maka Allah terbatas, jika (Allah) berada di atas sesuatu Maka (Allah) dikandung, jika Allah daripada sesuatu maka Allah sama seperti Makhluk. Nauzubillahhiminzalik.

2.      Syaikh Mulla Ali Al-Qari Rahimahullah; (Wafat 1014H) berkata: Maksudnya: “Begitulah juga dengan sesiapa yang menyatakan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu jisim atau bagi-Nya tempat dan dan berlalu(peredaran) ke atas-Nya masa  dan Seumpamanya itu maka Dia Kafir kerana tidak sabit baginya hakikat iman.

3.      Al-Allamah Al-Hamman Al-Syaikh Nizam Rahimahullah: Di dalam kitab Al-Fatawa Al Hindiyyah disebutkan: maksudnya “Dan jadi kafir Dengan mengisbatkan tempat bagi Allah.

 

Tambahan Daripada BankWahabi Tentang Hukum Kafir Bagi Mereka yang Beraqidah Tajsim: Kafir Tanpa Penafian Jika Keluar Kata-Kata Yang Shorih(Jelas); dan Sesiapa Yang Meredhoi(Redha), atau Berdiam Diri Seperti; Tawaqquf, Sedangkan Tahu, Jelas dan Yakin Bahawa Kata-Kata Tersebut Menjatuhkan Si Fulan Tersebut Keluar Daripada Islam; Ini Bermakna Dia Redha Atas Satu Kekufuran.

 

Demikianlah penjelasan daripada ulama’ ASWJ, bagi mereka yang menisbahkan diri kepada ASWJ; Bertaqwalah kepada Allah SWT dan Berkatalah benar walaupu ianya pahit(walau kana murran).

 

Wassalam.

 

Asadullah

BankWahabi


[1] Yang diedit ada di dalam kurungan ()

[2] Seorang penggerak wahabi di UIA, pernah menjadi imam masjid UIA, menjadi tenaga pengajar di UKM, menjadi idola wahabi-wahabi UIA.